Churros paling sedap di Street Churros Aman Central

Street Churros Aman Central, Churros paling sedap, stick churros,

Churros paling sedap di Street Churros Aman Central | Hai korang.. harini 1.1.2023 masuk tahun baru.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik.. Kalau nak pandang balik tahun-tahun lepas ada suka ada duka.. tapi masih tetap utuh dan kuat.. bersyukur.. Minggu lepas aku ke Street Churros Aman Central.. cawangan dorang baru buka di situ.. orang Alor Setar kalau nak pergi, kiosk dia bertentangan dengan Auntie Anne's..


Street Churros Aman Central, Churros paling sedap, stick churros,

Cute la staff dorang pakai baju warna hitam plus tudung coklat! haha. sempat lagi aku usha sambil tunggu turn.. bagi aku agak lambat jugak tunggu churros siap.. tak ada benda urgent boleh la nak order. kalau tengah rushing memang tak order la jawabnya..


warna untuk kedua-dua perisa ni lebih kurang je.. tak ada beza sangat

Street Churros Aman Central, Churros paling sedap, stick churros,

Aku suka gila perasa coklat! sedappp sangat.. churros paling sedap aku pernah rasa.. 4.5/5 star! tak boleh bagi full star.. kena simpan sikit.. haha.. stick churros ni harganya RM10.90.. korang kena cuba! Ada 3 perisa (coklat, salted egg, cinnamon).. aku ingat perisa cinnamon sedap lagi dari coklat.. rupanya salah.. haha. tak tau lah kalau korang suka cinnamon kann.. sebab aku suka coklat dia tak manis.. 

3 Comments

  1. Belum pernah cuba lagi street churros. Churros memang sedap. Kalau saya prefer coklat lah sebab cinnamon tu kadang kuat sangat bau dan rasanya.

    ReplyDelete
  2. saya pulak suka yang cinnamon. salted egg tak try lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post