Gigi Coffee Aman Central.. first time minum Buttercream Latte

Friday, March 10, 2023

Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Gigi Coffee Aman Central.. first time minum Buttercream Latte | Hai korang. Gigi Coffee dah buka di Aman Central, Alor Setar.. Aku dah lama nak try, tapi setakat ni favorite aku Zus Coffee lah. Cawangan Gigi Coffee tak menyeluruh lagi di semua negeri.. Dekat kedah rasanya ada dua ja, satu lagi di Amanjaya Mall. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Nampak yang aku ketinggalan zaman.. haha. Orang lain dah lama cuba tapi aku baru nak merasa. ahhhh pedulikan. yang penting dapat merasa. haha. Kawan aku ada cakap yang Gigi Coffee lebih sedap dari Zus Coffee. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Warnanya pun lebih kurang Zus! tak tau la kalau owner nya adik beradik ke apa kan. hehe. yang pastinya aku suka gila warna brand dorang. biru tuuu nampak premium! 


Antara menu yang popular adalah Buttercream Latte. Moh ler kita try!


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Harganya RM12 dan rasanya sangatlah berbaloi.. kena dengan harga. Rasa lemak-lemak buttercream tuu.. huhh sedap! Rating 4.5/5.. Untuk aku yang first time, aku sangat berpuas hati dengan rasa kopi sesedap ni. Cumanya air dia tak boleh nampak sebab packagingnya macam tu. bukan cup yang lut sinar.


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Then tengah-tengah layan perasan minum menghadap menara Alor Setar, rasa teringin pulak nak try Tom Yam Chicken Puff.. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Harganya RM6. sedapp! Rating 4/5.. Rasa tomyam dia tuu kena. Roti dia pun lembut.. tapi untuk yang tak makan daun limau, memang tak boleh telan puff ni sebab bau daun limau dia agak kuat.. tapi untuk aku yang pencinta tomyam, memang suka lah.. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

korang yang peminat coffee tu dah try belum Gigi Coffee?

3 comments

  1. Minggu lepas anak kak ana out station alor setar cerita dia maii minum GG Coffee sini,, :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah try lg! tp air dia tak nampak la pulak. haha. mungkin daun limau letak byk sgt sbb tu bau kuat

    ReplyDelete
  3. There's one new branch near my place and sampai sekarang tak ada oppportunity nak try lagi. Kena tunggu my cheat day sampai dulu!

    ReplyDelete