Mengopi Buttercream Latte di Simpol Cafe Alor Setar

Saturday, April 20, 2024

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Hai semua.. Semalam lepas balik kerja aku singgah Simpol Cafe di Alor Setar. Cantik betul vibes cafe ni dan sangatlah luas. Memang selesa lah orang yang datang mengopi. Boleh pilih nak duduk di dalam cafe ataupun menikmati coffee di luar. Tengok langit dan pokok-pokok hijau. Sebelum adanya Simpol cafe, tempat ni pernah diambil Banana Bro Restaurant tapi sekarang dorang bertempat di Aman Central pula.

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Mungkin sebelum ni orang-orang Alor Setar ada yang kenal Simpol Cafe di Pekan Cina. Itu tempat lama dorang, disitu premis kecil dan susah untuk orang nak parking. Maybe sebab tu sekarang ni dorang dah pindah tempat baru disini. Lebih selesa. Haaa kalau tempat baru sekarang memang luaslah parking. Sangat mudah!

Aku order Croissant dan Iced Buttercream Latte.. Sumpah sedap korang! Ini satu-satunya cafe yang jual pastri paling sedap aku pernah rasa di Alor Setar. Korang wajib cuba kalau ke sini.. Even croissant yang aku ambil ni kosong je tak ada apa-apa flavor tapi cukup buatkan dia sedap dengan rasa manis tepung yang dibakar.. 5/5 rating aku bagi! 

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Croissant tu aku biarkan lama, dekat 15 minit tapi still lembut dan tak keras langsung. Cicah pulak dengan buttercream latte. Sedappp! Aku bukan orang yang sukakan pastri tapi kalau bagi yang ni memang tak boleh tolak.. haha. Kawan aku order Chocolate croissant, punnn sedap!

BCL.. Iced Buttercream Latte lagi ye, bukan Bunga Citra Lestari. Haha.. 5/5 jugak rating aku bagi.. Aku suka coffee yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit.. Rasa creamyyy.. Untuk harga, korang boleh usha list dibawah.

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Ini kali kedua dah aku ke Simpol Cafe. Keduanya tak mengecewakan.. Rasa pastri tetap sama! Mesti dorang masuk kelas belajar kan. Effort dorang tu berbaloi sebab dapat hasilkan pastri sesedap ni.. Ahhh aku fikir sampai ke belajar eh.. hahaha..

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Memang layan coffee sampai kemalam.. Vibes malam lagi best koranggg.. Dengan suasana sejuk, sembang santai. Borak pasal life dengan bestie. Feeling tu best sangat.

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

📍12-C, Jalan Istana Kuning, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Jumaat (12.00 tengahari - 9.00 malam)

5 comments