Pastri dan Kopi paling sedap di Simpol Cafe, Alor Setar

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,

Hai.. Petang semalam aku singgah beli pastri dan kopi di Simpol Cafe, Alor Setar.. Lokasi cafe ni kurang startegik sikit disebabkan kedudukannya betul-betul tepi dan simpang jalan.. Al maklum lah kalau pekan cina lama memang kedainya agak kecil dan sempit.. Tapi disebabkan pastri dorang sedap, orang sanggup beli walaupun kena park kereta jauh sikit. dan orang tu termasuklah aku.. haha.


Ini kali kedua aku beli di Simpol.. Sebelum ni beli tak sempat nak tulis di blog. Korang boleh tengok di Tiktok aku. kat situ aku ada buat video.. Jujur aku cakap, pastri dekat Simpol ni paling sedap aku pernah rasa pastri di cafe-cafe yang lain.. Dorang buat dan bakar panas-panas, terus serve dekat customer.. 


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,

Lepas beli, kami terus ke Taman Rimba, Alor Setar.. orang kesana nak jogging tapi kami kesana membina lemak. haha.. Asal bahagia jela dik. Makan boleh buat kita happy.. Sebenarnya aku nak beli croissant dorang tapi habis pulak.. Kami sampai dikedai pun dah lewat dalam 5.30 petang.. Jadi dorang pun dah tak buat lagi, nak habiskan apa yang ada ja masatu..


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,


BACA NI : SARAPAN PAGI DI WARONG.CAFE ALOR SETAR

Aku terlupa nama untuk kedua-dua pastri ni.. gambar diatas ni lebih sedap berbanding gambar dibawah.. dan lebih lembut.. yang bawah ni agak keras sikit. pastri ni macam-macam jenis. Aku pun tak kenal sangat.. makan ja tau.. haha. Rating 4/5 untuk keduanya.. masing-masing ada rasa tersendiri.. 


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,

Korang yang stay di Kedah wajib cuba pastri di Simpol Cafe.. Serius sedap.. 


Makan sambil tengok orang jogging, rasa insaf sekejap.. sekejap je la. lepas tu tak rasa apa dah. hehe.. Seronok petang-petang datang Taman Rimba.. Suasana pulak redup dan tak panas..


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,


Alamat : Jalan Penjara Lama, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : Buka setiap hati (Jumaat tutup) / 12.30 tengahari - 6.00 petang


Update terkini : Tempat baru Simpol Cafe

3 comments

  1. syok la minum kopi ditemani angin sepoi-sepoi. dalam hati berangan nak jogging jugak kan

    ReplyDelete
  2. okla tu tak ada la ternak sgt lemak.. sambil makan minum.. pastu jalan2.. kira balance la (ayat nak sedap kan hati) hahahahaha :p

    ReplyDelete