Lunch tadi terus serbu Mixue.. Teringin nak rasa air viral yang Mixue keluarkan. Ada 3 jenis iaitu Ice Cream Latte, Ice Cream Mocha dan Ice Cream Toffee Hazelnut Latte.. Aku cuba satu flavor dulu. Sumpah sedap gila! korang kena cuba. dah la murah pulak tu harganya. Mana nak dapat kopi premium semurah ni.
Untuk aku yang penggemar kopi, padu betul rasa kopi dia! Letak pulak ais krim dekat atas. Actually rasa dia agak manis untuk aku. Tapi bila hujung-hujung, baru rasa pahit kopi tu. Untuk akan datang aku nak cuba yang no sugar pulak.. Ada tengok dalam tiktok, dorang cakap untuk penggemar kopi wajib request no sugar..
Servis Mixue di lot kedai taman rakyat mergong memang cepat. Aku rasa tak sampai 10 minit aku tunggu, walhalnya ramai je orang yang order. Ada 1 lagi cawangan di Alor Setar, iaitu di Aman Central.
Rasa lemak ais krim tu yang buatkan air ni lain dari yang lain.. Bagi aku, Mixue ada plan dorang sendiri untuk komersial kan produk dorang.. ye lah mana tak nya, harga air kopi pekat, padu dan ada aiskrim, hanyalah RM5.50! kopi premium mana nak dapat macam ni. Kalau dorang buka di dalam universiti lagi lah aku rasa memang laku keras.. Harga student.
BACA INI : Sedap juga Snow Doh-Nut di Tehyeish Cafe Sik
Dalam air ni ada jelly.. Boleh je request tak nak letak if korang tak suka jelly.. Packaging dia simple je, aku lebih suka packaging macam ni dari yang ada penutup.. Lebih secure, tak risau tumpah..
Petang tadi kwn CCL ada bagitau mixue ada keluarkan coffee edition ..aaaaa nak kena try niii
ReplyDeleteSaya sekali Coba mixue di jakarta, tp yg awal2 kluar dulu. Bukan kopi seingat saya. Tp tak terlalu suka Krn susu nya kuaaaat sangat 😅😅. Dominan sendiri. Sejak itu tak pernah pesan lagi.
ReplyDeleteTp kalo ada rasa kopi, dan memang pekat, seharusnya saya bisa suka.
haha makin panjang lah queue kat Mixue yer :)
ReplyDelete