Saturday, December 06, 2014

UNTUK KALI PERTAMA (KONVO UITM KE 81)

Hi,

Alhamdulillah, 4 Dis 2014 officially graduated! terima kasih Allah. berita gembira ni bukan saja untuk aku tapi untuk dua cinta hatiku n keluarga yang selalu ada di belakang bagi sokongan yang tak pernah putus2.

sejam sebelum konvo, family datang ambil aku kat rumah sewa then pergi makan and beli bunga! tengoklah aku mengajar budak kecik main phone. khusyuk dia tengok apa yang aku tunjuk . hehe



sebab lama sangat tunggu orang tu buat bunga, dia pun dapat gift kitty ni. kesian budak ni, penat menunggu, sampai dah cemuih!


semua student berkumpul di dewan untuk persiapan nak masuk dewan besar. macam biasa, budak sekarang memang suka bergambar tak kira dimana. haha



dapat juga bergambar dengan pelajar anugerah naib canselor. satu2nya student town planning dapat anc. nampak tak betapa susahnya kos aku ni -_- 


selesai sidang konvo, terus keluar cari ayah. kol ayah tak dapat2. pusing2 belakang. nampak Prof Madya Mohd Noor. "awak tak nak bergambar dengan sy?" huishh, sapa tak nak bergambar dengan pm. mestilah nak. tapi maaf pm, time bergambar tak sempat nak letak phone, sebab time tu ayah dok pot pet pot pet do habaq dia kat mana. senyum ja la. hehe. (gambar dalam dewan tak da, sebab tak bawa phone masuk dewan)


bergambar sebelum family balik ke kedah. kakak sulung aku yang banyak membantu. dia dengan suami yang bawak mak n ayah datang sini. kalau tak, tak da la. kaki ayah pun sakit tak boleh nak bawak jauh2. angah n adik tak datang. 


tak dan nak cium dekat2, kak dah snap! mak peluh ka macam mana pun, tetap wangi.


dah sampai depan homestay! :( family dah nak balik. mak ayah, alang hadiahkan segulung diploma dulu buat masa ni, rasa bahagia tengok mak ayah senyum gembira. InshaAllah, next konvo untuk degree nanti. 


ALHAMDULILLAH. perjalanan masih belum selesai. gembira disini, InshaAllah gembira juga di pengakhirnya. masa untuk teruskan perjuang untuk degree. doakan aku. :)

Assalamualaikum... tq for reading. 


Read More

Saturday, November 29, 2014

DATING ♥♥

Assalamualaikum.

Hujan lebat membasahi bumi shah alam, alhamdulillah sejuk. 


22 Nov 2014

keluar dengan kawan2 sekelas, beli baju untuk konvo. banyak kedai dah masuk, tapi satu pun tak berkenan. masing2 cerewet.. termasuklah diri ini. -_-




makan abc sini tetiba teringat kat perak. sesungguhnya aku sangat merindui abc seri iskandar. 



28 Nov 2014

teman kawan beli tudung pulak. seksyen 7 ja mampu nak keluar. sebab dekat. nak keluar jauh2 susah, kena naik bas itu ini. malas. 



makan. makan


okay. itu saja.  tq for reading :)
the end.. publish!

Read More

Friday, October 31, 2014

AYAM PENYET SEDAP DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM


Hi,

petang tadi lepas bangun tidur, ajak si nisa keluar gi giant. nak beli barang sikit. kami berdua ja. boring kat bilik. entri kali ni nak review pasal makanan. sedap juga cafe dekat ngn giant ni. tak ingat pulak nama cafe nya. harga pun berpatutan. 


menunggu makanan sampai. 


my roommate. maaf ya makanan aku sampai dulu. kesian si nisa. lepas aku dah habes makan. baru makanan dia sampai. lambat betol .


ayam penyet yang sedap sangat selain ayam penyet wong solo. ni dekat giant seksyen 7, dekat dengan uitm shah alam.


and finally, makanan nisa dah sampai .beef kway teow .. sedap! 

apapun hari ni hepy ja. even berdua. okay. jumpa lagi. Assalamualaikum..


Read More

Sunday, September 14, 2014

CLASSMATES BARU. TEMPAT BARU


Hi,

baru sempat nak up entri baru. Alhamdulillah dah seminggu masuk uitm shah alam. beza dengan uitm seri iskandar, dulu kat seri iskandar jalan kaki ja nak ke kelas. but now kena tunggu bas, naik bas, then baru sampai kelas. susahnya nak ke kelas tu. serius penat. baru baru lagi kot agaknya. nanti dah lama tu biasa la kan. dah mula masuk kelas hari rabu lepas. kelas pun ada dua kelas ja kos aku.



semua bertudung hitam sebab nak ambil gambar untuk profile kelas.



smile while you still have teeth. :D


Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur


dulu time diploma kelas lain2. sekarang ni sekelas. siapa tahu perancangan Allah. 


time untuk bersukan. buang segala masalah yang ada, for a while. 

okay. thats all. ada masa update lagi. doakan aku disini. Assalamualaikum. :)


p/s: sambil2 siapkan esaimen sempat lagi menyelam update entri. :D

Read More

Friday, September 05, 2014

ROTI GULUNG CHEESE


hari ni cuba buat roti gulung cheese pulak. terasa tekak ni nak makan cheese. cair kat dalam mulut. mabeles! senang ja nak buat roti gulung ni. bahan2 roti gardiner + cheese. gulung2 siap. sumber aku tengok dalam fesbuk. terus terasa nak buat. cara cara nya macam ni.


hasil yang aku buat macam ni. cheese terlindung. haha. 


so, nanti korang boleh la cuba buat kalau teringin. resepi dah bagi tu. boleh buat untuk bekfes or minum petang. ada jugak orang tanya, aku ni update pasal makanan ja. hehe. makanan dah jadi sebahagian dari our life. so, apa salahnya aku share dalam blog. apa saja yang aku cuba/belajar masak. benda simple pun kadang boleh jadi satu makanan yang special. kan? btw I LOVE FOOD.  tengok header pun dah tahu kan. okay itu saja untuk entri kali ni. malam ni aku ngn family bertolak ke shah alam untuk daftar uitm esok. doakan perjalanan kami. Assalamualaikum. 

p/s: teringin jugak nak join #cabaran30 blogger tu. tp nanti takut tak sempat sebab dah mula busy masuk u. pada yang join tu teruskan. dan sahut cabaran itu ye. :)


Read More

Friday, August 29, 2014

PROJEK MINI PIZZA

Hi,

excited terlebih sebab nak buat pizza. akhirnya. berjaya jugak. sebelum ni tengok orang ja yang buat. terasa jugak teringin nak cuba buat sendiri. jadi tak jadi belakang cerita. actually, yang ni dah kali kedua. yang buat first hari tu. roti dia agak keras! tapi buleh la jugak telan. pejam mata makan! tapi kali ni buat. roti jadi, topping nya pun jadi. lembut gitu. heh!

first tu kena bakar roti dulu. dalam 2-3 minit. sbb nak bagi roti tu masak sikit. then, baru letak topping kat atas pizza. tapi topping tu dimasak atas kuali dlu. masukkan sos, sosej, daging kisar, bawang. then, letak chess and herba apa ntah nama nya. tabur kat atas. memang herba tu khas untuk pizza. nak bagi ada bau pizza tu sendiri.


guna tudung periuk je uolss. hehe. kampung okay! senang . mudah. try buat kecil2 ja. tapi kecil pun boleh la 2 orang makan. tu pun dah konyang.


resepi diajar dari akak sendiri. tapi resepi ni memang sedap. mak mentua dia bagi katanya.

okay la. tu ja nak share ngan korang. boring2, masak2. best jugak. sementara kat rumah ni, manfaatkan lah semua. nanti dah masuk u, rindu pulak nak masak. haha. 

Assalamualaikum.. jumpa lagi. 


Read More

Thursday, June 19, 2014

Main Cuba II - Kepah Masak Pedas #1

Assalamualaikum..

Hi,

dah berapa bulan aku kat rumah lepas habes diploma ni. kawan kawan ada yang dah mula kerja, ada jugak macam aku ni mengganggur kat rumah. sebab utama malas nak cari kerja sebab tak ada transport nak naik nanti. susah. so, berehat ja la kot kat rumah, waiting for degree. ada rezeki, Allah bagi. dapat la. InshaAllah. 

okay, hari ni decide nak masak kepah!  sambal pedas2 ni. kepah masak pedas. resepi cipta sendiri. main campak2, siap! haha. ntah apa rasanya pun tak tau la..




itu saja. selamat menjamu selera. :d babaii....

Assalamualaikum..

Read More

Saturday, May 10, 2014

Last semester's result

Bismillah..

syukur alhamdulillah sebab akhirnya tamat juga diploma. I'm free buat masa sekarang. yeay! terima kasih Allah. 3 tahun aku kat negeri orang. even tak jauh sangat tapi tetap bukan negeri sendiri, rasa lain tetap ada. rasa tak selesa. alhamdulillah, aku berjaya juga harungi semua tu. 3 tahun bukan masa yang singkat tau! orang memang selalu cakap "eh sat ja noh mengaji, tengok2 dah habes". mungkin mereka rasa sekejap.

result keluar semalam 9.5.2014 . jantung ni Tuhan ja tau. pecut 100 meter! tapi dalam takut pun still kena ngadap jugak email. blood pressure semakin menurun lepas tengok semuanya lulus. alhamdulillah. and cgpa untuk whole semester masih 3 pointer.


muka agak lain di situ. sebab itu semester 1. awal dulu masuk 2011. masih kebudak-budakan. -_-

convocation lambat lagi. hujung tahun ni maybe. perjuangan hidup belum berakhir. InshaAllah, nak sambung degree and still Town and Regional Planning. mudah-mudahan dapat. rezeki ada dimana-mana. Allah dah aturkan yang terbaik. 

ok. itu saja. Assalamualaikum.
publish!

Read More

Monday, April 28, 2014

PUISI#1 LELAKI YANG ADA DI RUANG MERAH



"Hari berganti hari. Kisah dia tetap sama. Pengakhiran yang belum pasti. Tapi aku tetap terus menunggu. Lima tahun waktu terbuang sahaja. Tiada kasih sayang lagi. Rawatan kian berganti-ganti. Itu dan ini, apakan daya. Di hamparan putih aku bersujud. Memohon, menanti satu keajaiban tiba. Namun, tetap sama. Dia masih terbaring kaku. 

Kini, aku semakin tinggi. Tapi dia? tetap sama. Terus bagaimana? Aku pun tak pasti. Hospital pun sudah jemu melihat kami. Mak tak penah tahu erti lelah. Dibasuh nya kaki dia yang kian teruk. Doa sajalah pengubat segalanya. Dari tongkat empat ke tongkat dua. Sampailah tiada bantuan apa-apa. Namun kakinya masih terhenjut-henjut. Hinggalah kini, aku sudah dewasa

Bohonglah, kalau dia tak mahu kembali normal. dan aku juga ingin melihat dia. dia berjalan normal seperti lelaki lain. Ayah, satu-satunya lelaki yang ada di ruang merah. kini, aku kembali meraih kasih sayang itu yang lama hilang sejak kau terlantar dulu."

-busyratakiyudin-
Read More