PUISI#1 LELAKI YANG ADA DI RUANG MERAH - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, April 28, 2014

PUISI#1 LELAKI YANG ADA DI RUANG MERAH



"Hari berganti hari. Kisah dia tetap sama. Pengakhiran yang belum pasti. Tapi aku tetap terus menunggu. Lima tahun waktu terbuang sahaja. Tiada kasih sayang lagi. Rawatan kian berganti-ganti. Itu dan ini, apakan daya. Di hamparan putih aku bersujud. Memohon, menanti satu keajaiban tiba. Namun, tetap sama. Dia masih terbaring kaku. 

Kini, aku semakin tinggi. Tapi dia? tetap sama. Terus bagaimana? Aku pun tak pasti. Hospital pun sudah jemu melihat kami. Mak tak penah tahu erti lelah. Dibasuh nya kaki dia yang kian teruk. Doa sajalah pengubat segalanya. Dari tongkat empat ke tongkat dua. Sampailah tiada bantuan apa-apa. Namun kakinya masih terhenjut-henjut. Hinggalah kini, aku sudah dewasa

Bohonglah, kalau dia tak mahu kembali normal. dan aku juga ingin melihat dia. dia berjalan normal seperti lelaki lain. Ayah, satu-satunya lelaki yang ada di ruang merah. kini, aku kembali meraih kasih sayang itu yang lama hilang sejak kau terlantar dulu."

-busyratakiyudin-

3 comments:

  1. Lelaki di ruang merah... dia tetap ayah... hidup terusan berputar... kelak kau akan tahu apa maknanya dan kau pasti tak aka ulangi kesilapannya...

    ReplyDelete
  2. sedihnyee.. suka ayat paling bawah.. org tua kita kunci syurga.. Al-fatihah buat kedua org tua deqla.. :(

    ReplyDelete
  3. Entry pendek, tapi sangat menyentuh. Doa untuk yang terbaik :)

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved