CUTI SEMESTER DAH HABES | SHAH ALAM

Saturday, February 28, 2015

Hai.


sumber gambar: en google

Cuti Semester Dah Habes | Shah Alam | petang ni balik ke shah alam. doakan perjalanan aku selamat sampai. and one more thing yang aku malas sangat. isnin ni dah start kuliahhh.... bermulalah semula tak tidur malam. its so k. itu biasa bagi student -_-

ok bai.


Read More

BIHUN SUP RINGKAS BERSAMA SAMBAL KICAP

Thursday, February 26, 2015

Hai.

Bihun Sup Ringkas bersama Sambal Kicap | petang tadi lapar sangat. sampaikan teringin nak makan bihun sup dengan sambal kicap. padahal bahan2 untuk buat bihun sup bukan nya ada pun! haha. nama ja bihun sup tapi memang tak serupa bihun sup. hehe. bedal ja buat. janji boleh makan sampai malam. aku memang suka makan ulang2. 


ringkas seringkas ringkasnya kan! haha. bila dah pedas, kita buat milo ais tabur. hehe


bab habeskan milo serahkan kat aku.. 


Read More

SETELAH CUTI SEMESTER SEBULAN

Wednesday, February 25, 2015

Hai.

Setelah Cuti Semester Sebulan | huh. dah lama sangat rasanya aku kat rumah. n sampai masa kena balik ke shah alam untuk semester baru. malas pun ada nak balik. huahua. :(



Read More

MINGGU KENDURI KAWEN

Sunday, February 22, 2015

Hai

Minggu Kenduri Kawen | memang sekarang ni time kenduri kawen kan! sampai tak larat nak makan daging. apa pun kalau kenduri kawen yang masak betul2 ala kampung tu, memang sedap! sayur daging plus air asam. fuh! memang terbaik la. hehe


bersiap2 untuk ke 3 buah kenduri. jenoh nak isi perut! haha


aku memang suka edit2 gambar jadi macam ni. :d btw ada sorang lagi akak sulung tak masuk dalam ni. sebab dia la yang snap pic. huhu

okay. tq for reading :)


Read More

MASAK SIMPLE, APA YANG ADA

Thursday, February 19, 2015

Hai.

Masak Simple, Apa Yang Ada | memandangkan aku malas nak ikut mak pergi kenduri, jadinya terpaksa lah masak sendiri. sebab mak memang tak kan masak kalau ada kenduri. padan muka, sapa suruh tak ikut! haha. lagipun ikan pun tak da untuk hari ni. so masak ja la apa yang ada kan. asalkan perut kenyang.


bendi goreng pedas


sambal telur (lepas rebus, aku goreng pulak) baru sedap!

okay. tq for reading :)


Read More

KEINDAHAN MASJID ZAHIR WAKTU MALAM | WITH BESTIEE

Assalamualaikum,,

Hai.


Keindahan Masjid Zahir Waktu Malam | With Bestiee | tak lama dah nak habeskan cuti yang tersisa ni. huhu. sadis betul. masing2 dah nak balik u dah nanti. so sementara masih ada masa kat rumah ni. cari masa untuk keluar bersama. kawan dari bangku sekolah lagi. sekolah rendah okayyy. nasib bukan tadika. hihi.

pergi ke aeon big baru buka kat alor setar ni. cantik juga dekorasi kat sini. and sizzling kat sini memang sedap gila! tetiba nak sebut pasal makanan feveret dia! haha. tapi seriously, tak jumpa lagi la sizzling sepekat and sesedap ni. sebelum ni makan kat tesco biasa2 ja. *promote aeon alor staq!* haha


subhanAllah! cantik sangat. aku suka lighting kat sini time malam.



sesiapa yang tak penah lagi ke sini. jemput la, tak rugi. ramai juga orang yang berenti solat kat sini and tak lepas dari ambil gambar. ok la. bai! Assalamualaikum.

tq for reading :)


Read More

FOOD REVIEW | KENNY ROGERS ROASTERS

Saturday, February 14, 2015

Hai


Food Review | Kenny Rogers Roasters | petang tadi cadangnya nak tengok wayang suamiku en perfect 10. pandai sangatkan, pergi redah ja. x cek online dulu ada tak cerita tu kat panggung petang ni. dah sampai depan wayang. tengok semua cerita omputih. yang pelik tu selalunya ada, sebab cerita tu kan tengah hotss.. 

hmm. bosan la. jiwa sy jiwa melayu. haha. x dak mood nak tengok omputih. last2 masuk kenny rogers. rasanya tu boleh la. aku bagi 3.5/5. sbb aku tersilap order bbq. sebelum ni penah cuba blackpapper. lagi sedap rasanya dari bbq. rasa masam yang agak tinggi. haha. komen chef ni!


okay. bai! tq for reading :)


Read More

RESULT SEMESTER 5

Friday, February 13, 2015

Assalamualaikum..


Result Semester 5 | bismillah | pagi2 lagi hati dah tak tenang selagi result tak tengok. nak tengok kat portal uitm macam agak slow, mybe ramai yang buka. tunggu email tak sampai2. refresh punya refresh ada jugak email uitm sampai. Alhamdulillah untuk 10 subjek aku amek sem 5 ni, lulus dengan jayanya. tapi tak mencapai target yang aku impian kan. takpa la, nak buat macam mana kan. bila dipikir2 balik rasa bersyukur sangat sebab Allah bagi lulus semua. tak pa sem depan kita usaha lebih lagi nah! ayat nak bagi sedap hati. haha. k la. bai!

tq for reading :)


Read More

MELAYANG DUIT BUAT BUKU MERAH !

Thursday, February 12, 2015

Hai readers.


Melayang Duit Buat Buku Merah | memang mahal sekarang ni nak buat passport. dulu murah saja. tapi limit tahun nya tu cepat habes la. sekarang ni RM200 untuk 5 tahun. memang la berbaloi bagi yang selalu travel. tapi macam aku ni. setahun sekali pun payah. haha. dapat pergi ni pun sebab trip kelas. InshaAllah bulan 4 ni akan ke Bali. 

Lepas ni kena la kumpul duit banyak2 sikit. travel selagi passport belum habes limit. haha. sayang tu.. 200. haa, satu lagi, nak cakap pasal proses buat passport ni, cepat la jugak. sejam ja dorang ambil masa siapkan passport. aku buat kat utc. sebab ada jugak kawan2 cakap yang tempat dorang ambil masa 2 hari la, dua jam la. 


selfie dulu dengan buku merah saya. hehe. maklum la. cewey sat! orang lain dah lama ada passport, kita baru nak buat. hehe. okay bai!

tq for reading :)


Read More

IKAN NYOK NYOK MASAK KICAP

Wednesday, February 11, 2015

Hai,


Ikan Nyok Nyok Masak Kicap | haha. pelik kan nama ikan ni, bagi yang belum dengar memang rasa pelik. sejenis ikan ketul jugak. macam ikan besar, tapi penjual tu potong ketul2. memang manis ikan ni. sedap! late lunch dengan my mom.

p/s: akhirnya berjaya jugak update 3 entri sehari. haha. *gelak besar* padahal orang lain dah banyak dah update. kita baru nak seronok. 

tq for reading :)


Read More

CENDOL MANIS BUAT SENDIRI

Thursday, February 05, 2015

Hai,


Cendol Manis Buat Sendiri | time cuaca panas2 ni memang sedap kalau makan cendol. buat sendiri saja. beli cendol yang dah siap. balik buat santan and air gula merah. lepas tu letak ais. sedap!

tq for reading.


Read More

SUHU SEJUK DI BUKIT BENDERA, PENANG

Assalamualaikum..

Hai,

Suhu Sejuk di Bukit Bendera, Penang | berjalan bersama family. 
Memang lain dari yang lain rasa sejuknya tu. dulu sebelum ni penah jugak ke sini, tapi tak rasa sejuk pulak. kali ni best sebab rasa sejuk. nak katakan semua tempat kat sini sejuk tu tak da la. ada jugak yang panas, dekat bahagian bawah ni ja rasa sejuk. and banyak perubahan yang pihak situ buat untuk pengunjung yang datang ke Bukit Bendera, seronok pulak. rasa lain. laluan untuk ke atas bukit pun ikut laluan lain. lebih efisien. sebab laluan lama tu tengah renovate. 



kat sini best. tempat dimana pasangan yang berkapel lock kan mangga (bukan buah mangga pulak) hehe. hasratnya untuk ingin kekal bersama. ala bagi aku ni sekadar suka2 saja. sebab jodoh semua tu rahsia Allah.  


ramai jugak orang yang buat macam tu, sibuk nak lock mangga dorang tu. hehe. kat sini agak panas. huhu. dahaga betol.


taraa... ambil gambar dulu.. hehe


banyak kan! macam kat korea gitu. tapi kat korea lagi banyak la. sebab tu memang idea dari dorang. kita kat Malaysia ni ambil sedikit idea dari negara mereka. yelakan nak pergi ke korea tu bukan nya mudah. datang sini cukup la. ambil rasa macam mana situasi kat sana. hehe


macam macam yang dorang tulis. ni salah satunya. 


bila dah penat bergambar, memang tempat makan la dicarinya. kat pintu masuk tempat makanan tu ada dua orang abang ni tengah buat tangan lilin. unik!


air pun dah sampai... ais blended tu harga nya RM7. tapi memang berbaloi. sedap! coklat, kiwi and buah naga. banana split aiskrim tu pulak harganya RM10 .



lepas dah selesai minum. sambung bergambar lagi... unik betul. bergambar dulu dalam pokok periuk kera ni. hehe


Bukit Bendera lepas di upgrade memang best! sesapa yang belum pergi, boleh la pergi. ramai jugak pengunjung dari luar datang ke sini. itu saja perkongsian untuk kali ni. bai! Assalamualaikum..

tq for reading! :)



Read More