TANDA-TANDA MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK

Saturday, November 14, 2015

Assalamualaikum..
entri kali ni aku nak kongsikan dengan korang tanda-tanda motherboard rosak. jangan buat perkara-perkara larangan ye pada laptop. sebabnya laptop aku dah jadi.. nak tahu cerita, baca entri ni laptop dah okay after 2 weeks. sebelum jadi sesuatu pada laptop korang, ambillah langkah awal untuk mengatasinya. 

sumber google

Jangan buat perkara ini: 

1. Jangan biarkan komputer korang panas melampau atau overheat terutama bagi laptop yang berprosesor   AMD. 

2. Jangan biarkan komputer korang ON berterusan tanpa menutupnya 24 jam kerana kegagalan kipas prosesor berfungsi akan membuat motherboard laptop korang terbakar. 

3. Jangan tumpahkan sebarang air di atas laptop anda terutama air yang berbancuh seperti kopi milo atau teh. kerana ia akan mengakibatkan kegagalan motherboard korang 

4. Jangan letak laptop korang di atas tilam atau bantal kerana ia akan menambah kepanasan komputer anda 

5. Jangan onkan Laptop korang di tempat berabuk kerana proses penyejukan laptop korang akan menyedut udara dari luar kedalam dan pasti membawa habuk melekat pada kipas dan hitsink laptop korang.

Bagaimana nak tahu Moteherboard komputer korang sudah rosak. 

1. Tak boleh on terus 

2. Boleh on tetapi tiada apa apa keluar pada skrin walaupun pada skrin luaran 

3. Ada tanda berkelip pada kekunci capslock komputer korang tapi tiada sebarang paparan skrin keluar 

Oleh itu, untuk mengelakkan kan moterboard laptop kita rosak, kita perlu lah menggunakan kipas luar untuk mengurangkan kepanasan laptop kita semasa kita ON laptop kita. 



credit to: http://komputerdananda.blogspot.my/
Read More

LAPTOP DAH OKAY AFTER 2 WEEKS. -_-

Hai, morning..

kenapa aku jarang update sejak dua menjak ni? n kenapa aku tak balas blogwalking kawan2 yang singgah komen, follow di blog ni? mintak maaf semua .. laptop aku dah dekat 2 minggu lebih ada di kedai. ada baru2 ni aku update entri pun pinjam laptop akak kejap. huhu. sedih betul. rindu yang teramat dah ni dekat laptop. taukey kedai laptop tu cakap rosak motherboard. Ya Allah, dah la mahal. nak dijadikan cerita, mula tu laptop ni lembap2 ayam and ada software yang tak boleh nak buka. so, aku pun decide lah nak format. hantar la kedai. lepas tu dia call cakap laptop tak boleh nak buka lepas dah siap format semua. aku pun pergi la kedai dia and tengok memang tak boleh nak buka. gelap terus. dia pun rasa bersalah lah kan, sebab masa aku hantar elok je. 


then dia cakap dia nak bagi harga murah sikit kalau baiki nanti sebab benda ni jadi bila ditangan dia. okay lah kalau macam tu. dia kena hantar dekat kilang untuk baiki. sebab ini libatkan motherboard, rosak bahagian dalam. tunggu punya tunggu dah 2 minggu. dia pun call, laptop dah siap. melayang duit aku RM280. harga asal dalam RM350. bila dah bawak balik, laptop aku jadi renit-renit putih pulak dekat screen. haihh. dah la duit banyak melayang ni. tak boleh jadi, p balik kedai dia. then tinggal dalam sehari. kalau kena bayar lagi memang nak naik angin jugak lah aku. sebabnya masa hantar hari tu dia cakap bila dia check screen, okay ja. so masa aku hantar dekat kedai dia, screen aku memang tak ada problem. lepas tu, pagi semalam dia call laptop dah okay. sebab ada bahagian dalam laptop tu kilang kunci tak kemas, macam mana tah dia terang dekat aku. maklumlah aku bukannya paham sangat bab-bab laptop ni. huhu

btw taukey kedai laptop tu ada bagi nasihat dekat aku untuk jaga laptop and antara sebab2 keroasakan laptop aku ni.. tapi nantikan entri seterusnya. aku kongsikan dengan korang.. :)

okay.. bai...
Read More

RESEPI AIS KRIM VANILLA OREO

Saturday, November 07, 2015


Akhirnya berjaya jugak buat aiskrim! banyak sangat post entri blogger2 yang buat aiskrim baru2 ni.. rasa teringin. dan tq pada yang sudi kongsikan resepi! okay jom tengok aku pulak buat aiskrim. jadi ke tak, hee..






siap! masuk dalam peti sejuk. tunggu beku! malam ni, baru boleh makan. btw aku nak kongsi jugak resepi dekat korang. bahan2 yang mudah dan murah!

1. 1 tin susu cair
2. 4 sudu besar susu pekat
3. ovalett
4. esen vanilla
5. 1 biji telur
6. oreo

okay! selamat mencuba..
Read More

CARA ATASI PERASAAN MARAH

apa yang buatkan korang jadi marah? Bila tengah marah apa korang akan buat?

manusia memang akan hadapi sifat marah setiap hari, samaada lama atau sekejap rasa marah tu datang. jadi kita sebagai manusia perlu tahu cara mengatasi sifat marah..

1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.

credit to: hafizamri.com

Read More

MINGGU LAWATAN PENSYARAH KE JPBD, KEDAH.

Friday, November 06, 2015


Arghh... cepatnya lawatan lecturer ke tempat praktikal aku. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Alor Setar. kawan2 aku yang praktikal di negeri lain belum dapat information apa2 lagi dari lecturer. mybe lecturer bergerak ke sebelah utara dulu kot. huhu.. untuk yang belum mengenali diri ini, ewah! bermadah pulak. hihi. aku adalah student tahun akhir dalam ijazah perancangan bandar dan wilayah. sekarang tengah praktikal di JPBD. akhir bulan 12 ni habis praktikal. petang tadi dapat call dari lecturer yang akan hadir ke tempat praktikal aku. lecturer cakap dia akan datang melawat aku dan kawan2 dalam minggu ni. tak pasti hari apa, ahad, isnin or rabu. selasa kan cuti,.... hehe. jadi persiapan perlu dilakukan dengan kadar segera. haha. buku log kena kasi settle! dan doakan aku ya untuk lawatan lecturer ni. neves sebenarnya, yelakan lecturer jumpa dengan penyelia jabatan. entah apa yang dibualkan nanti pun kita tak tau. harap semuanya berjalan lancar. amin..
Read More

HARGA ROKOK MAKIN NAIK!!

harga rokok makin naik, tapi perokok masih membeli, mungkin bagi perokok tegar susah nak berhenti. tapi aku doakan korang akan berhenti suatu hari ni. sebab rokok pembunuh nyawa dengan perlahan. bagi sesiapa yang tengah berusaha nak berhenti merokok tu, bagus! teruskan!
Read More

REVIEW DOMAIN DARI SYARIKAT SYOKHOST.COM

Wednesday, November 04, 2015


Seperti yang dijanjikan dari entri lepas, aku nak review tentang domain yang aku beli dari syarikat syokhost.com. banyak pakej yang dorang tawarkan untuk pelanggan yang berminat nak beli domain. bukan saja domain tau hosting semua lah. harga yang sangat berpatutan aku rasa. sebab aku ni jenis yang kalau nak sesuatu aku akan search sampai aku puas hati. banyak sebenarnya syarikat yang tawarkan jualan domain ni. tapi ada yang mula2 saja murah, bila masuk tahun kedua jadi mahal yang mendadak sangat. so, tak best la kan macam tu. tapi dengan syokhost ni korang renew la tahun ke berapa pun, harga nya tetap sama masa first2 dulu korang beli. seronok kan?


berminat? jom beli domain dari syokhost. sebelum tu korang kena check availability url korang dulu. okay ke idok. domain baru yang korang nak pakai ni boleh digunakan atau dah di ambil orang. lepas tu baru lah ikut step seterusnya. haaa, lagi satu yang aku senang dengan syokhost ni, kita boleh transfer duit ikut bank yang kita nak. maksud aku bukan guna sistem yang masukkan no pin bank lah apa lah. syokhost ni just korang lepas transfer duit, korang mesej saja dekat dorang. macam aku, guna maybank2u. 


okay dekat sini aku ada tunjukkan dekat korang harga bagi setiap domain yang korang akan bayar. cuba korang tengok, renew pun harga still sama. okay itu saja review dari aku. apapun korang boleh buat decision sendiri. kalau still ragu2 boleh google dan tengok sendiri domain dari syarikat mana yang terbaik yang korang akan pilih. semuanya terletak pada korang. tapi aku harap entri aku dapat membantu korang bila nak beli domain nanti ye.

tq sudi habeskan masa baca entri ni :)
Read More

SANDWICH TELUR BAWANG PUTIH

Tuesday, November 03, 2015

Selamat malam semua.
lama rasanya tak post entri makanan, jadi malam ni makanan yang tersangat lah simple. sandwich telur plus bawang putih plus lada putih. memang sedap! cuba korang try untuk bekfes esok pun boleh. lepas tu letak sos sikit. kenyang makan dua keping roti! kalau roti tu nak sapu butter pun boleh. lagi sedap,


fakta pasal tuan blog* aku memang suka bawang putih. kalau boleh semua masakan nak letak bawang putih. haha. memang tak la kan. okay, tq for reading. :)
Read More

AKHIRNYA DARI BLOGSPOT KE DOT COM

Assalamualaikum, hai korang!

ada yang perasan tak blog aku tak dapat nak buka semalaman? eh ada ka orang nak perasan.. huhu x pe la, yang penting, aku dah berjaya tukar domain. yeay! dah lama inginkan domain sendiri even blog aku ni tak ada la femes. haha. beli domain dah lama, dah 10 hari lebih, gunanya idok pun! sebab? tak tahu sebenarnya nak tukar domain ni. bila aku search kat google, kena ada manage DNS? apa tu? aku pun cari punya cari la dekat laman domain yang aku beli tu. tapi tak da pun. haihh, sebenarnya memang tak ada atau aku yang tak tahu nak cari. hihi. so, apa lagi sepanjang 10 hari tu aku berhubung dengan tuan punya syarikat yang aku beli domain tu. nak dijadikan cerita, whatsapp dia pun problem. sebab tu lambat proses berhubung. 


tapi alhamdulillah, aku minta tolong dia untuk selesaikan masalah aku yang tak tahu dimana keberadaan button manage DNS tu. haha. Lastly, dia boleh selesaikan masalah ni. button tu dah ada. jadi sekarang masa untuk aku pulak bertungkus lumus nak jadikan blogspot ke dot com. setting punya setting, ambil masa 24 jam jugak lah dekat setting tu bagitau untuk nak betulkan wayar2 yang tercabut ni. hehe. then, now! www.busyratakiyudin.com wujud dengan jayanya! tapi tak sampai 24 jam pun. dalam 15 jam macam tu ja. senyum panjang lebar ni kalau korang boleh nampak. :D mungkin aku saja yang ketinggalan untuk tukar domain ni. tapi tak apa lah kan. biar lambat asal selamat. hehe. slow slow. dan perlu di ingatkan bila domain dah berubah. maka bila orang tekan link blog aku yang lama tu, dah tak dapat akses lagi. sebab dah pakai baju. so, terpaksalah mula dari bawah.. 

ada sesapa berminat tak nak tukar domain? hee.. syarikat yang aku beli ni memang murah dan berbaloi. sebab setiap kali bila nak renew tahun depan. harga tetap sama. tak ada kenaikan. nak tahu dari syarikat mana aku beli. nantikan entri seterusnya. aku akan buat review pasal syarikat domain tu. 

okay! tq sebab sudi baca entri ni,, Assalamualaikum..
Read More

PUISI#22 BENCI

Sunday, November 01, 2015


PUISI#22 BENCI | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 

Puisi Benci

"tipulah tak ada orang benci kau
banyak sangat yang pakai topeng
sebab apa? 
sebab nak jaga hati atau memang munafik?

aku yakin
bila kau buka topeng tu
kau pengsan
sebab selama ni itu hanya palsu"

-busyratakiyudin-

Read More