LAPTOP DAH OKAY AFTER 2 WEEKS. -_-

Hai, morning..

kenapa aku jarang update sejak dua menjak ni? n kenapa aku tak balas blogwalking kawan2 yang singgah komen, follow di blog ni? mintak maaf semua .. laptop aku dah dekat 2 minggu lebih ada di kedai. ada baru2 ni aku update entri pun pinjam laptop akak kejap. huhu. sedih betul. rindu yang teramat dah ni dekat laptop. taukey kedai laptop tu cakap rosak motherboard. Ya Allah, dah la mahal. nak dijadikan cerita, mula tu laptop ni lembap2 ayam and ada software yang tak boleh nak buka. so, aku pun decide lah nak format. hantar la kedai. lepas tu dia call cakap laptop tak boleh nak buka lepas dah siap format semua. aku pun pergi la kedai dia and tengok memang tak boleh nak buka. gelap terus. dia pun rasa bersalah lah kan, sebab masa aku hantar elok je. 


then dia cakap dia nak bagi harga murah sikit kalau baiki nanti sebab benda ni jadi bila ditangan dia. okay lah kalau macam tu. dia kena hantar dekat kilang untuk baiki. sebab ini libatkan motherboard, rosak bahagian dalam. tunggu punya tunggu dah 2 minggu. dia pun call, laptop dah siap. melayang duit aku RM280. harga asal dalam RM350. bila dah bawak balik, laptop aku jadi renit-renit putih pulak dekat screen. haihh. dah la duit banyak melayang ni. tak boleh jadi, p balik kedai dia. then tinggal dalam sehari. kalau kena bayar lagi memang nak naik angin jugak lah aku. sebabnya masa hantar hari tu dia cakap bila dia check screen, okay ja. so masa aku hantar dekat kedai dia, screen aku memang tak ada problem. lepas tu, pagi semalam dia call laptop dah okay. sebab ada bahagian dalam laptop tu kilang kunci tak kemas, macam mana tah dia terang dekat aku. maklumlah aku bukannya paham sangat bab-bab laptop ni. huhu

btw taukey kedai laptop tu ada bagi nasihat dekat aku untuk jaga laptop and antara sebab2 keroasakan laptop aku ni.. tapi nantikan entri seterusnya. aku kongsikan dengan korang.. :)

okay.. bai...

5 comments:

  1. Hari tu pun lappy saya pernah overheat la lebih kurang..sebab bukak2 je skrin memang gelap...pastu kena bayar rm400 lebih...
    memang serik la...

    ReplyDelete
  2. nasib baik takde kena tambah duit lg..banyak gak tuuu

    ReplyDelete
  3. lappy kalo rosak demam batuk2 sesema memang susah hati sangat kan.. adeh..

    ReplyDelete
  4. Motherboard lappy CN pernah rosak dulu, selamat under warranty ;)

    Jemput join giveaway mudah CN ye : http://www.cekgunorazimah.com/2015/10/giveaway-cinta-by-cn.html

    ReplyDelete
  5. Huhu takut pulak rasanya bila awak cta nii kene jaga leklok nii

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-