JOM SHOPPING DI NILE.COM.MY

Wednesday, February 24, 2016

Assalamualaikum, hai

haa mesti bagi yang dah bekerja tak sabar nak tunggu gaji kan. sebab khamis ni dah dapat. so, apa kata cuci mata di Nile. barang dekat Nile banyak sangat yang murah sebab Nile tengah buat potongan harga. ada yang dari seratus lebih dah jadi 50. so apa tunggu lagi. aku baru ja lepas beli. barang sampai cantik sama macam dalam gambar. servis Nile memang terbaik. harga asal handbag ni RM159, lepas potongan harga dapat RM69.90 and free shipping. :)

nak di jadikan cerita, aku saja la beli hari sabtu. sebab mungkin isnin dorang mula pos and dalam hari rabu sampai la kan. tapi aku salah. sebabnya barang sampai hari isnin. oh! my Nile. cepat betul servis korang. memang tak sangka barang sampai hari isnin. huhu. dekat bawah ni gambar dari website Nile

dekat bawah ni pula gambar dari aku. haha. kurang cantik position gambar ni. 


apa pun tq pada Nile sebab berikan servis yang terbaik. nanti boleh shopping lagi. 

Read More

KEEP SMILE & ALWAYS FIGHTING

Sunday, February 21, 2016

Assalamualaikum..

tak lama lagi rasanya aku nak stay dekat rumah. huhu. terpaksa balik ke uitm untuk selesaikan perjuangan yang masih belum selesai. tinggal lagi 1 semester. 26hb ni aku dah kena balik ke uitm, and kuliah start hari isnin 29hb. untuk 3 semester lepas aku study di uitm shah alam. tapi untuk semester akhir ni. diarahkan fakulti senibina dipindah ke uitm puncak alam. aduh.. tempat baru lagi. tapi tak pe la kan. selagi kita masih belajar ni. jelajah lah ke tempat baru. ambil udara baru. haha. 

sebenarnya malas nak balik uitm. tapi aku juga tak sabar untuk habiskan study. sebab umur macam aku ni rasanya dah boleh bekerja dan bantu mak ayah. inshaAllah mak ayah, one day i will make you proud, i promise. inshaAllah bulan 7 aku akan habis study. doakan aku ya kawan2. nampak gayanya misi bermula lagi nanti. tak tidur malam, jadi burung hantu. kos aku memang sangat2 perlukan kekuatan mental dan fizikal. kadang tu nak ke kelas esoknya tu, pening ja rasa. dah tak tidur malam sebab siapkan kerja studio. rasa penat geram semua ada. tapi ingat satu benda saja. ingat kenapa aku disitu. semuanya untuk mak ayah. so, keep smile and always fighting. :)
Read More

HADIAH DARI ZALORA DAH SAMPAI!!

Friday, February 12, 2016

Hai, Assalamualaikum..

i'm happy today! why? sebab aku dah dapat hadiah shopping dari Zalora. hehe. lama jugak aku tunggu dekat seminggu. ya la kan sebab cuti raya cina lagi. so take time untuk barang sampai ke rumah. aku suka sangat sebab barang yang sampai tu sama warna dengan apa yang aku tengok di website Zalora. maklum lah kan kalau kita beli di online ni mesti kadang tu warna tak sama dengan apa yang di lihat di website. tapi di Zalora memang the best. 


aku cuma beli beg yang warna dusty pink tu saja. tak tau pulak yang dapat dengan beg warna silver tu. alhamdulillah. dapat banyak jugak, even hanya satu pembelian. nak tau tak harga asal beg tu RM199. fuh.. kalau aku nak beli dengan duit. memang tak lah. haha. tapi kali ni Zalora buat promosi semperna CNY ni. masa aku tengok haritu time shopping cuma RM90 saja. tapi ni aku baru buka website Zalora, naik sikit.. dah RM99.50.. 


btw aku first time shopping di Zalora, first time jugak log in sebagai member. haha. mana tau kan nanti teringin lagi nak beli di Zalora. sebab beli untuk pertama kali ni, sebab dapat free. hehe. hadiah yang Zalora bagi. harap2 lepas ni Zalora bagi free lagi. haha. try la korang shopping di sini. memang puas hati. 

tq for reading :)
Read More

My Favourite Vanilla Ice blended

Tuesday, February 09, 2016

Hai,

sekarang ni kan musim panas. kalau dapat ice blended. fuh.. memang sodap! haha. and siang tadi memang aku dah dapat ice blended! kempunan nak makan. akhirnya tercapai. sedap! sebab flavor vanilla. favourite!! bagi flavor lain memang tak habes. tapi kalau vanilla skejap ja dah habes. 


Read More

Puisi#14 Satu Hari Kau Sedar...

Sunday, February 07, 2016


"satu hari kau sedar betapa pentingnya mereka buat kau

satu hari kau sedar kau perlukan mereka untuk disisi bersama

satu hari kau sedar tak ada pentingnya selain ibu dan bapa

satu hari kau sedar kau cuma manusia yang kerdil

satu hari kau sedar kau tak punya apa apa

satu hari kau sedar kau juga akan mati..."

-busyratakiyudin 2016-
Read More

PUISI#13 LENYAP

sumber gambar: google

"puas untuk aku lupakan 
semua kisah kita
semua kenangan
semuanya

hati yang kau lukai ini
masih berparut
dan tak mudah untuk hilang
parut itu kekal selamanya

semua yang sempurna hanyalah dimata
apa yang kau kejarkan 
apa yang kau mahukan 
tak akan kau dapat

kau tak tahu apa itu setia?
lebih baik kau belajar 
cara bagaimana setia itu terbina
sebab tanpa setia kau tak kan bahagia

sedar lah
apa yang kau lakukan sekarang salah
sampai bila mahu begini
mungkin sampai kau tua

satu aku pesan
kau kena hargai
hargai sesuatu yang di depan mata nanti
sebab satu hari ia akan lenyap

kau tak tahu aku mati matian
berusaha menjaga hati
untuk terus
dan terus berjuang

sampai satu masa
letih, penat
berjuang untuk sesuatu yang tak pasti
dan akhirnya begini

kini 
aku lenyapkan segala
sebab aku dah tak terdaya
akhirnya hilang, buang segala tentang kau

sekali nama kau dah hilang
ia tak kan lagi datang 
sebab aku tak mahu
kenangan yang sama datang untuk kali kedua

aku yakin DIA mendengar doa ini
doa yang aku buat untuk kau
agar kau berubah
agar kau tak menyakiti hati lain lagi

apa yang aku ada sekarang, cuma satu harapan
terus berjuang 
tetapi bukan untuk kau lagi 
hanya untuk sendiri."

-busyratakiyudin 2016-
Read More

Tips Pemakaian Lipstick Tahan Lama

Friday, February 05, 2016


Pasti ramai wanita yang menghadapi masalah yang sama iaitu lipstick tidak kekal lama pada bibir lebih-lebih lagi selepas makan dan minum. Adakah kerana lipstick yang digunakan adalah dari jenama yang murah dan tidak berkualiti? Atau mungkin terdapat ‘secret way’ untuk membuatkan warna lipstick tersebut kekal sepanjang hari? Well, tentu sekali there is a secret untuk pemakaian lipstick tahan lama



Pertama sekali, gunakan lips scrub untuk membuang sel-sel mati pada bibir korang. Amalkan langkah ini setiap kali sebelum korang ingin memakai lipstick. 


Langkah yang kedua, gunakan lip balm yang berfungsi untuk merawat dan melembapkan struktur bibir korang.



Seterusnya, sapukan foundation pada bibir korang tetapi jangan terlalu tebal. Cukup hanya menyapu satu lapisan yang tipis. 



Selepas itu, lukis garisan bibir dengan menggunakan pensel bibir dan ingat, ia juga tidak perlu dilukis dengan terlalu pekat. 


Sekarang, baru lah korang boleh memakai lipstick seperti biasa. Tidak semestinya korang harus memakai lipstick yang terlalu mahal. Pastikan korang memakai lipstick tersebut dengan sekata pada kedua bahagian bibir korang.


Dan ini merupakan langkah yang paling penting dimana korang harus menggunakan sehelai tisu (diasingkan menjadi dua helaian yang lebih tipis), kemudian tekapkan pada permukaan bibir korang. Langkah seterusnya, sapukan bedak menggunakan berus pada bahagian bibir tersebut.

Dan final stage, buat satu lagi lapisan dengan memakai lipstick korang seperti biasa. Cubalah! Ikuti panduan ini untuk pemakaian lipstick yang lebih tahan lama. 

tq for reading!

Read More

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA KENANGAN

Tuesday, February 02, 2016

Hai, 

hari ni dating lagi dengan kawan sekolah. terasa muda lagi. hehe. seronok sebenarnya berkawan dengan orang yang sekepala ni. tak da la diam ja time keluar. ambil angin tenangkan fikiran yang semakin pulih.. haha. alhamdulillah, Tuhan masih dan izinkan kami berjumpa. tanpa izinNya, kami tak kan berkumpul macam ni. feeling2 ambil angin dulu. hehe





dah penat berwelfie. kita makan pulak. tak kisah la emosi perempuan macam mana sekali pun, yang penting makannnn. makan tu penting. haha





muak lerr makan banyak2. tadi lapar sangat.


ada masa, jodoh kita jumpa lagi ye. seronok dapat borak sama2. 

 aku kongsi rasa gembira di sini. :) btw tq sebab habiskan masa korang untuk membaca entri ini.
Read More

TIPS PEMILIHAN TUDUNG BERDASARKAN WARNA KULIT

Monday, February 01, 2016

Assalamualaikum..

hai, aku nak kongsikan sedikit mengenai pemilihan warna tudung dengan kulit korang. kadang tu rasa tak match sesetengah tudung dengan warna kulit kita kan. nak pakai hitam, eh tak gelap sangat ke? nak pakai pink, eh tak terang sangat ke? last2 nak pilih tudung pun dekat sejam. hehe. so, jom tengok tips dekat bawah ni. 


sumber google

Pemilihan tudung berdasarkan warna kulit memberikan kesan di dalam penampilan seseorang. Ia boleh sama ada membuatkan si pemakai kelihatan kusam, ceria, muda, tua dan sebagainya.

Kulit sawo matang – Warna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.

Kulit kuning langsat – Gayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.

Kulit putih – Pakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.

sumber dari blog butikdelisha
Read More

HANYA 1 KATA AKU PEGANG "REDHA"

3.10 a.m


mata masih tak boleh lelap lagi, maklumlah aku dah terbiasa tidur lewat di uitm dulu. sekarang cuti semester pun still buat perangai macam ni. terpalit satu kata yang ayah pesan pada aku siang tadi "kita perlu redha". ya Ayah! aku selalu redha dengan ketentuanNYA. 

tak kira apa saja masalah yang kau sedang alami sekarang, ingat! jangan sesekali salahkan takdir. Allah tahu dan tahu segalanya tentang kau. Dia tak akan biarkan kau menangis teresak-esak seorang diri andai dia tahu kau tak mampu untuk mengatasinya. sesakit apapun hati itu, pasti akan sembuh satu hari nanti. sesulit apapun masalah yang di alami pasti akan jumpa jalannya kelak. seperit apapun penderitaanmu pasti akan temui rasa manis itu. jangan kau sesekali bertindak bodoh!

bila kau berbisik pada Allah, maka Allah pasti mendengar setiap bait bisikan itu. kau cuma tak nampak ada satu cahaya bahagia yang Allah nak bagi lepas satu penderitaan yang kau alami. cuma satu aku pesan. kau kena banyak bersabar.


Read More