KEEP SMILE & ALWAYS FIGHTING

Sunday, February 21, 2016

Assalamualaikum..

tak lama lagi rasanya aku nak stay dekat rumah. huhu. terpaksa balik ke uitm untuk selesaikan perjuangan yang masih belum selesai. tinggal lagi 1 semester. 26hb ni aku dah kena balik ke uitm, and kuliah start hari isnin 29hb. untuk 3 semester lepas aku study di uitm shah alam. tapi untuk semester akhir ni. diarahkan fakulti senibina dipindah ke uitm puncak alam. aduh.. tempat baru lagi. tapi tak pe la kan. selagi kita masih belajar ni. jelajah lah ke tempat baru. ambil udara baru. haha. 

sebenarnya malas nak balik uitm. tapi aku juga tak sabar untuk habiskan study. sebab umur macam aku ni rasanya dah boleh bekerja dan bantu mak ayah. inshaAllah mak ayah, one day i will make you proud, i promise. inshaAllah bulan 7 aku akan habis study. doakan aku ya kawan2. nampak gayanya misi bermula lagi nanti. tak tidur malam, jadi burung hantu. kos aku memang sangat2 perlukan kekuatan mental dan fizikal. kadang tu nak ke kelas esoknya tu, pening ja rasa. dah tak tidur malam sebab siapkan kerja studio. rasa penat geram semua ada. tapi ingat satu benda saja. ingat kenapa aku disitu. semuanya untuk mak ayah. so, keep smile and always fighting. :)

4 comments