PETUA UNTUK MENGHILANGKAN LOYA

Hai semua.. 

dalam masa beberapa hari ni, sepanjang entri ni tak berupdate, aku demam.. huhu. sendu betul! hari raya ketiga korban, aku terbaring atas katil sebab tak kuat sangat nak bangun. badan lesu tak bermaya. masa mulalah ingat indahnya sihat yang Tuhan bagi dulu. 


malam sebelum aku demam tu, memang perut ni dah rasa lain, perut rasa beralun dan tekak rasa loya sangat. baru aku teringat yang siang tu aku makan macam-macam. huhu. mybe makanan yang aku makan tu perut tak boleh terima. malam tu memang aku tidur dalam keadaan yang tak sedap perut. esoknya tu aku mintak tolong mak buatkan air limau panas. tapi mak cakap air limau tak elok minum pagi2. aku nak jugak. serius! memang aku loya sangat. aku terpaksa minum juga. 


lepas minum tu tak sempat 5 minit terus perut aku berbunyi dan terus nak ke toilet, nak beri-beri. sebabnya limau kan tajam. lepas tu aku muntah lagi. habes semua keluar pagi tu. lepas ja dari tu, mak buatkan aku teh o panas, terus lega dah tak loya lagi. perut pun dah tak beralun lagi. memang betul aku ada dengar orang cakap, kalau kita loya, kena muntah dulu baru perut dan tekak akan okay. kalau tak tetap loya macam tu jugak la. 

aku harap tips aku ni berguna untuk korang yang ada masalah macam aku. memang perit sikit la mula-mula tu. tapi lepas minum teh o panas buat kelat kelat sikit. nanti okay la tu. or korang ada pengalaman sendiri? meh la share dengan aku :)

okay bai! jumpa lagi! *sumber gambar:google

1 comment:

  1. seksanya jadi camtu..moga cepat sihat semula ye :)
    saya jarang loya2 ni..masa pregnant je kot? hehe..tak ingat buat apa..hehe
    benda yang masam2 la kot..

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-