RESEPI SARDIN MASAK PEDAS

hari ni masak sendiri sebab mak sibuk nak buat rendang dan ketupat. setiap tahun tak kira la raya haji or raya aidilfitri, ketupat dan rendang memang tak boleh dipisahkan dari rumah ni. hehe. okay2. nak dijadikan cerita aku masak sardin ja hari ni. resepi tiru eina azman (tengok di instagram) cuma ada sedikit pengolahan pada resepi ni. hehe. sedap nauu nauu resepi dia.


Bahan-bahan:

1. Sardin - 1 tin
2. Serai - 3 batang (diketuk)
3. Bawang merah - 2 ulas (dihiris)
4. Cili padi - 2 biji (di potong serong)
5. Cili kisar - 5 sudu besar
6. Bawang besar - 1 ulas (dihiris bulat)
7. Asam Gelugor - 1 keping
8. Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak
2. Tumis bawang merah bersama serai
3. Masukkan cili kisar
4. Masukkan sardin (digoreng terlebih dulu sebelum dimasak) dalam 3-4 minit
5. Masukan gula, garam, dan asam gelugor
6. Masukkan cili padi dan bawang besar
7. Siap! sedia untuk dimakan dengan nasi putih dan telur dadar.


selamat menjamu selera!

1 comment:

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-