Biggest challenge of the year - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, November 08, 2016

Biggest challenge of the year

Hai readers kesayangan!

dalam tahun ni sebenarnya banyak jugak cabaran yang aku tempuh dalam study. yelakan sapa ja tak pernah susah time study. bila kita rasa kita dah down teruk gila time tu, but at last kita berjaya keluar jugak dari masalah yang macam sarang labah tu. berserabut! 

cabaran paling besar aku tahun ni adalah time aku struggled gila2 buat thesis. dengan kerja studio aku yang berlambak! subjek studio adalah 6 kredit hour. gila tak gila. tapi aku dah terbiasa gila sejak 2011 lagi. hahaha. yep! diploma! 


*dua buah kena hard bind!

nak kena kejar2 lecturer untuk check draf thesis kita tu. selagi tak approve, alamatnya kau buat la sampai ke subuh! sebab esok nak jumpa lagi. haha. dah la kena double check english balik. maklum lah thesis in english. kau ingat aku pandai bombastik sangat english2 ni. hahaha. serius masa tu macam nak menangis sebab penat. mana nak kejar studio mana nak kejar thesis. ermm. nak call mak nak mengadu tapi malas la nak susahkan hati dia. so aku cekalkan diri sorang2. 

tak tido sampai ke pagi itu biasa bagi aku studio base. pergi kelas hari2 tertido. haha. bukan aku ja tau. kawan2 yang lain. lecturer selalu cakap. kita study kena cukup tido. then kami jawab, kalau tido kerja tak kan siap, then esok kena marah *tapi cakap dalam hati* hahaha., 

giat punya giat buat sampailah akhir bulan 6 tahun ni submit thesis pada first dan second reader. masa tu belum berakhir tau untuk aku boleh tersenyum happy. nak dijadikan cerita full draf ni kena submit 11.6.2016 (ini tarikh contoh) sebab aku pun dah tak ingat. then aku dengan sorang kawan aku ni pun terus book tiket flight nak balik kampung lepas hantar full draf thesis ni. kami beli 12.6.2016. lepas tu kan. lecturer tukar date suruh hantar lewat dari tarikh sebelumnya tu. dalam 16.6.2016. Ya Allah memang aku agak angin la kan. so disini satu lagi pening bertambah! bukan aku sorang tau yang dah beli tiket. ramai lagi yang dah beli tiket bas semua. dan aku tak tau dorang buat macam mana submit awal or suruh orang submit.


*selit sikit gambar muka penat I buat thesis.. :p

pendekkan cerita, aku pergi tanya ketua lecturer thesis ang boleh tak suruh orang hantar. then dia cakap boleh. aku pun malas nak pening2 fikir banyak aku pun balik rumah 12.6 tu dan teruskan buat thesis. siang malam tak tido. yela aku dah dekat rumah masa tu. tak tau apa jadi dekat sana. nasib la aku dapat lecturer yang baik. dia call aku cakap apa salah aku, then dia suruh betulkan sebelum nak hantar final nanti.

buat punya buat, then aku hantar by email dekat roomate aku untuk dia print dan hantar! nasib lah ada kawan yang sangat baik hati nak tolong. okay dah settle bab kepayahan untuk hantar draf final tu. lepas cuti 2 minggu kalau tak salah. aku balik ke uitm semula untuk viva thesis dan edit dan terus hard bind dan submit *beratus kali dan dan. hahahaha. alhamdulillah aku dapat ketua panel dan 2 lagi panel masa viva yang sangat baik. dorang tegur atas kesilapan thesis aku. supervisor aku tak ada masa tu. tak dapat datang. hmm. my mommy tak ada lagi la aku nervous! second reader mesti lah ada. dia yang banyak komen. tapi semua komen tu aku ambil untuk aku betulkan semula untuk hantar final thesis!

dan alhamdulillah semuanya selamat hantar dan aku dapat A! masa result keluar bersyukur yang teramat sangat. sebab subjek ni paling banyak cabaran yang aku kena tempuh. tapi Allah bagi berita gembira dekat aku bila dah sampai ke penghujungnya. :)

itu saja cabaran terbesar aku untuk tahun ni. korang pula macam mana? 


7 comments:

  1. Samalah! Buat thesis, tapi paling best feeling masa pegang buku merah tu sendiri, rasa nak cium cium (eh memang cium pun) sbb happy sgt, hahahaha.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dapat A. saya pun tengah struggle buat thesis sekarang ni. Rasa stress

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah :) thniah. Hmm, ape ye biggest challenge mek tahun ni? Pregnant di seawal usia anak 5 bulan kot --' jgn slhkan ank.

    ReplyDelete
  4. Belajar...keja semua perlukan usaha. Penat kita berbaloi kan..

    ReplyDelete
  5. salam..

    insyalllah susah payah akan terbayar nnt..

    ReplyDelete
  6. Alhandulillah.. Berkat usaha akhirnya dapat keputusan yang patut Busyra proud of ur self

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved