#FoodWritingChallenge - Day 2: Kek Batik resepi kegemaran dari zaman kanak-kanak - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, December 03, 2016

#FoodWritingChallenge - Day 2: Kek Batik resepi kegemaran dari zaman kanak-kanak

Assalamualaikum..

Masuk hari kedua #foodwritingchallenge.. terus mengimbau kenangan lama main masak2 belakang rumah, masak pakai tempurung lepas tu cakap dengan jiran sebelah rumah "saya hari ni nak masak kek batik, awak?" hahaha. kek batik apa benda nya la, kek batik letak daun! :p ya Allah, rindunyaa..


haaa itu lah makanan favorite aku dari budak2 sampailah sekarang. tapi aku suka makan resepi yang dibuat dari air tangan akak aku ja. kalau beli dekat tempat lain tak sama! sekarang kan ada kek betik versi lembut dan keras. aku suka yang keras, masih terasa biskut marie tuuu.. uishhh sedap ah!

sekarang ni aku nak share resepi kek batik *resepi dari akak aku sendiri.. try tau nanti dekat rumah!

Bahan-bahan:

1. 1 paket milo (paket kecik)
2. 2 sudu besar serbuk koko 
3. ½ tin susu pekat manis *ikut tahap kemanisan masing2, kalau suka manis letak lebih!
4. 1 buku buttercup
5. 1 paket biskut marie
6. 1 sudu esen vanilla 


Cara-caranya:

1. Cairkan butter dalam periuk (api sederhana) 
2. Masukkan susu, milo dan serbuk koko. Gaul sebati *jangan biarkan berketul
3. Masukkan esen vanilla dan padam api
4. Masukkan biskut marie yang telah dipatah2 ke dalam periuk dan gaul *jangan patahkan biskut marie sampai hancur pulak ye. hehe
5. Masukkan dalam bekas yang di alas dengan plastik. sebab kek batik ni melekat. so nanti mudah la nak keluarkan dari bekas. 
6. Padatkan kek batik dengan sudu, tekan2 sikit. lepas tu dah boleh masuk dalam peti ais!
7. 2 or 3 jam dah boleh makan! makan pulak time kek batik tu sejuk baru lepas keluar dari peti ais. fuh! sedap!. hehe


itulah resepi yang aku suka makan sejak dulu2 lagi. memang tak boleh nak move on dengan kek batik. haha. dah la senang nak buat then sedap pulak tu! tapi lama jugak la aku tak makan kek batik. huhu.. dannnn korang jangan lupa cuba ye.. :)

*photo credit: google

8 comments:

  1. Unni pun suka.. Tp masa kecik lagi suka.... Erkk nnti kan yerr!! Hihihi

    ReplyDelete
  2. lepas tengok resepi ni terus rasa nak buat tau . so cup ! buat weekend depan hehe

    ReplyDelete
  3. walawehh dah lama tak makang kek batikkk haha. dapnyee!

    ReplyDelete
  4. kegemaran dulu2. skrg dah lama x buat.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Bilalah M besar nie nak jadi R besar..
    Lama dah tak buat..

    ReplyDelete
  6. kami satu family pun suka sangat kek batik. kalau buat tu, satu loyang kami punya. wakaka

    ReplyDelete
  7. Yeayyy! Nie paling sedap! Resepi paling mudah dan cepat untuk dimakan. Hihi

    ReplyDelete
  8. sedapnya! Sesekali teringin memang terus buat sebab senang je kan

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved