SAPS IBU BAPA | Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak secara Online

Hai..

sekarang ni semuanya di hujung jari kan? sampaikan keputusan peperiksaan anak pun boleh semak secara online. mudah dan pantas! hehe. semua ni akan memudahkan ibu bapa sebab tak payah susah2 nak pergi ke sekolah nak tengok. just duduk depan laptop then tengok lerr keputusan anak2 sendiri. Ibu bapa zaman sekarang ni memang perlu pantas dan tangkas dalam mendidik anak2 tak kira la dari sudut apa pun, salah satunya iailah memantau keputusan peperiksaan anak2. Bila ibu bapa dah pantau keputusan anak2 dorang, dari situ lah ibu bapa boleh tingkatkan lagi subjek anak2 yang lemah.. 



eh, nak tanya ni, bila kali terakhir cek keputusan peperiksaan anak2 masing2? kena selalu cek tau! sebab anak2 zaman sekarang anak2 sangat perlukan perhatian dari ibu bapa. alaaa tak susah pun cek secara online. okay! berbalik pada tajuk tadi.. so, macam mana nak cek secara online? haaaa. meh sini nak terangkan dengan lebih detail dan sejelas-jelasnya. hehe.. 

korang pernah dengar SAPS?? untuk pengetahuan korang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi memudahkan ibu bapa untuk buat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang di buat bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. 

sejak bila ya sistem SAPS ni diadakan? Sistem SAPS ini baru saja ditubuhkan.. Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ni, ibu bapa memang terpaksa ke sekolah setiap kali keputusan peperiksaan keluar.. Ibu bapa perlu jumpa guru kelas terlebih dulu.. perkara ni sangat merumitkan dan membazir masa ibu bapa sendiri.


Sistem SAPS juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa iaitu singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Bagi mereka yang nak semak secara online boleh klik di SAPS Ibu Bapa ..kenapa ibu bapa digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak2 melalui laman link SAPS yang aku bagi tu?? sebabnya ia tak akan terjadi masalah website down.. hanya klik saja pada link yang aku bagi tadi dan ikut arahan seterusnya...

sebelum aku lupa... Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online jugak! dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan bagi setiap peperiksaan.. ada yang lagi best iaitu keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ni tau! senang sangat kan? 


sekarang ni korang dah paham kan sedikit sebanyak tentang SAPS? dengan adanya sistem SAPS ni, anak2 akan lebih di perhati oleh ibu bapa. contohnya, setiap kali peperiksaan ibu bapa perlu ambil tau pasal subjek mana yang anak2 lemah. so dari situ lah mudah untuk di ajar dengan lebih mendalam dalam subjek tersebut.

okay itu saja explain dari aku, harapnya ia dapat memudahkan korang ataupun ibu bapa yang ada dekat luar sana. kalau rasa artikel ni berguna untuk semua, jemput la korang share ye mengenai SAPS Ibu Bapa online ni.. Thanks for reading :)

Post a Comment

0 Comments