DIY BEAUTY | NAK CANTIK? KENA LA BERSEMUT DENGAN MADU SETIAP MALAM!! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, February 11, 2017

DIY BEAUTY | NAK CANTIK? KENA LA BERSEMUT DENGAN MADU SETIAP MALAM!!

Hai..


tajuk tu mungkin macammmmm... hahhh. kena letak madu dan gula tiap malam sampai semut datang ke? haha.. tak ada la macam tu.. lepas pakai tu, jangan la terus tidur, main la phone dulu ke, buka laptop blogging ke.. then lepas beberapa minit cuci laaa.. mudah ja kan? amalkan tiap malam. confirm kulit lembap sepanjang hari.. ini organik punya rahsia tau.. mungkin lambat sikit nak jadikan kulit lembap tu. tapi InshaAllah dan dijamin selamat. tiada bahan kimia. so, apa salahnya cuba kan? melekit tak?? yep! tak dinafikan memang melekit. madu kotttt. haha. tapi kejap ja pakai. then bilas la dengan air.. aku tak selalu buat sangat. kadang tu seminggu hanya 2 kali.. malas nak buat setiap malam..


Apa yang diperlukan:

1. Madu Asli (2 sudu kecil)
2. Gula (1 sudu kecil)

Cara-caranya:

1. Gaul madu dan gula 
2. Sapukan diseluruh muka selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air
3. Lakukan sekali atau 2 kali pada setiap malam 

Manfaat Madu dan Gula:

Madu ada anti bakteria yang boleh menjadikan kulit muka lembap dan mampu mematikan jerawat dengan cepat. korang tau tak bila kulit kita ni sentiasa lembap, ia akan kurangkan kedutan di muka kita. best kan? awek muda ja selalu. hehe. :p madu ni korang boleh jadikan sebagai pencuci muka, scrub ataupun masker.. tak kisah lah nak buat apa pun.. 3 in 1.. dan bagi sesiapa yang bibir tu selalu kering, should try ber'madu' setiap malam! hehe.. serius cakap. bibir jadi lembap sangat. tapi bukanlah cuba sekali terus nak lembap. kena lah amalkan selalu.. 

Gula memang sesuai dengan semua jenis kulit muka. tak kisah kering ke minyak ke..dan semestinya gula mampu buat kulit wajah lebih cerah! ia boleh buat kulit muka mengelupas sikit.. tapi jangan risau sebab ia nak bersihkan kulit yang kotor. dannn paling penting sama macam madu, jerawat akan lariiii pecut 100 meter. hehehe


nampak tak berminyak ja tu muka aku.. haha..letak dekat seluruh muka termasuk bibir,. lepas tu masuk habis dalam mulut.. manis2 ja rasa.. hehe.. aku memang sejenis yang suka buat d.i.y.. rasa best dan  boleh jadikan satu hobi try itu dan ini.. 

Selamat Mencuba!

14 comments:

  1. Ooo campur gula, ala-ala skrub la kan, no wonder tak boleh tertidur, mau malam tu rezeki semut berkawad satu-satu hora horey la. Hahahaha.

    Suka tips kulit dari Busyra!

    ReplyDelete
  2. Memang bagus pun madu dgn gula. Cuma, kerajinan tu perlu dicarilah kan. Btw tajuk tu macam menyeramkan. Haha. Terbayang semut banyak hurung muka. *over thinking*

    ReplyDelete
  3. dulu rajin je nak buat scrub dengan gula madu sekarang nampak bantal terus terlelap hewhew

    ReplyDelete
  4. o.. patut le bersemut.. hee~ dah la madu, tambah plak gula.. nanti kakak try ya !!!

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni... madu memang bagus untuk muka... madu juga dapat membuang kesan parut jerawat di muka :D

    tapi nak cari madu yang ori ni yang payah nya. banyak tiruan sekarang :(

    ReplyDelete
  6. nice tips . hahahha . akak aril slalu buat bnda ni . pastu mula en semut datang menziarah . hahahha . aril singgah ye kjap . aril ade entri baru . jom usha.

    ReplyDelete
  7. lupa nak ckap, aril dh follow blog ni. followback jum

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Busyra,

    First sis nak bagitau, blog Busyra cantik dan kemas. Suka sangat sebab mudah baca tak serabut..

    Secondly, tips kecantikan Busyra share ni memang terbaek! Barang pun mudah dapat.. In shaa Allah, lepas akak beli madu nanti, akak akan cuba amalkan..

    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  9. madu memang bagus. tp sy try buat dengan kunyit & yogurt. mmg berkesan. flawless je muka tp pedih pedih la kalau muka byk jerawat. pastu muka jadi kuningg sbb kunyit kekekeek

    ReplyDelete
  10. Saya pulak jenis malas nak diy huhuhu

    ReplyDelete
  11. smakin sweet juga la pasni =D ju pla amalkn madu cmpur dgn putih telur tp sebeum tdur la =D

    ReplyDelete
  12. oh sapu muka pun boleh ke hihihi mellya dok gosok mulut je pakai madu and gula ni. scrub mulut kihkihkih

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved