SIAPA BLOGGER UTARA?? SILA BACA! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, February 14, 2017

SIAPA BLOGGER UTARA?? SILA BACA!


Hai.. sepanjang 6 tahun aku berblogging, macam-macam jenis blogger yang aku kenal even tak pernah jumpa sekalipun.. ada blogger utara, selatan, timur, semualah.. seronok kan sebenarnya jadi blogger ni, boleh dapat beribu riban kawan.. haha.. sepanjang korang jadi blogger ni dah berapa post yang korang dah post dalam blog? ada tak korang buat planning untuk blog korang? untuk jangka masa pendek dan panjang.. perlu ke? ehhhh.. jangan fikir main-main, blog ni macam satu career jugak tau! kena update setiap hari, kalau tak update macam buat kerja office tak selesai. hehe.. ke korang tak ada langsung plan untuk blog? macam kalau hari ni nak update, then update.. kalau esok tak nak, tak payah.. macam tu ke? tak kisah la apa pun yang korang buat, aku yakin korang ada aim korang sendiri dalam blogging.. 

berbalik pada tajuk entri aku ni, siapa dekat sini blogger utara? sebab aku tengah cari dan nak kumpul semua blogger dari utara.. 

kenapa nak cari blogger utara? 

tak ada apa yang penting pun.. salah satunya sebab aku adalah salah satu blogger yang berasal dari utara.. aku cuma nak kumpulkan semua blogger utara saja.. lepas tu aku nak letakkan semua link blogger utara pada satu ruangan khas dalam blog aku.. 

Ini satu giveaway ke?

eh tak da la.. ini bukan giveaway ke apa.. ni hanyalah suka-suka dan ingin kenal dengan blogger utara dengan lebih rapat lagi.. tapi inshaAllah, tahun ni aku nak langsung kan giveaway juga! stay tuned! tengah survey hadiah yang menarik. jangan risau sebab giveaway aku, tak ada sponsor or apa. semuanya dari aku sendiri. tujuan tak ambil sponsor? sebab aku tak berapa suka kalau sponsor banyak-banyak.. kalau satu okay la. hehe.. dan aku nak memudahkan semua blogger lain yang nak join giveaway aku nanti. :)


Nanti akan ada event ke untuk blogger utara?

itu tak tau lagi.. mungkin masa panjang sebab aku teringin sangat nak jumpa kawan-kawan blogger. thats why aku nak kumpulkan semua blogger dari utara. bukan tak nak blogger dari lain tapi untuk memudahkan proses perjumpaan.. yelakan tak semua blogger yang bekerja dan ada duit untuk jumpa. at least kalau sebelah utara ja tak da la jauh sangat kan.. korang teringin tak nak jumpa blogger-blogger lain? ke aku ja yang excited? hehe

Yang dah ada kelab blogger lain boleh join ke?

bolehhh.. tak ada masalah.. kita blogger untuk semua kan? tak kisah kalau korang dah ada kelab sendiri pun if nak drop link dekat bawah.. tak ada masalah.. 

Apa kelebihan kalau tinggalkan link di ruangan komen?

tak ada apa-apa kelebihan untuk jangka masa pendek ni.. tapi untuk jangka masa panjang, tak tau lah kan. mungkin kita dapat jumpa.. tak habis-habis nak jumpa.. haha. :p .. banyak tau kelebihan kalau blogger dapat jumpa sama-sama ni.. dapat borak lebih mendalam tentang blogging.. sebab kalau aku borak dengan kawan-kawan aku, dorang tak paham dan tak memahami pun pasal blogger. haha.. sebab dorang tak rasa nikmatnya jadi blogger. amboi kau! :p


itu saja beberapa soalan yang aku dah jawab kalau terlintas dekat fikiran korang.. if ada soalan lain, boleh tanya.. so, korang blogger utara? tunggu apa lagi, sila komen link korang di bawahh.. <3 blogger lain pun boleh nak komen untuk memeriahkan lagi kotak komen aku tu. hehe.. 

28 comments:

  1. Hi cek dari Kulim Kedah ~! hangpa jangan buat loqlaq noh..ekekekeke
    https://missobsesi.blogspot.com/

    Mestilah excited nak jumpa geng blogger, senang nak jemput majlis juga bila tahu dah dekat. Hehehehehe. Tak kenal maka tak cinta..

    ReplyDelete
  2. Saya dari Behrang, Perak.. utara lagi kan..?? Hehehe
    Teringin gak nak jumpa blogger lain..
    Http://kasihkuamani.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Salam singgah. Good luck utk semua blogger utara. jalan2x sambil klik iklan menarik di sini. :D

    ReplyDelete
  4. alahhh tak dok utara tapi dok timur.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  5. insyallah kalo xda aral mlintang, dr plan utk giveaway, boleh arrange pla utk meet up. mna tau kan =)

    ReplyDelete
  6. kalau perak kira utara ka tidak? ekeke

    try usha page Blogger Utara sbb kami ada kat sana.

    ReplyDelete
  7. Saya pernah jumpa logo Blogger Utara, btw saya blogger Selatan dan Borneo... Eh? Mana satu ntah... hehe

    ReplyDelete
  8. cek dari sabah tapi nk baca juga..hihihihi wahh bestnya Unni x pnh lagi jumpa sorang pun geng blogger lagi2 skg tgh bz tahap dewa...

    ReplyDelete
  9. hi, Murni dari team #projekbloggerutara..ada 11orang semuanya..Murni duk Bayan Lepas Penang..sudi2 kan laa jemput kami ya..hehehe

    ReplyDelete
  10. Seronok jugak kan ada event untuk blogger utara hihihi. Saya blogger dari yan, kedah
    http://reflectionoflife12.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. huhu..good luck kumpul geng utara...sy bukan org utara...hehe

    ReplyDelete
  12. Hi...Saya Eirna dan blogger dari Sg.Petani...
    Ni blog saya...www.eirna-nurasikin.blogspot.my

    ReplyDelete
  13. Alamakkk! nak tukar kerakyatan la macam ni. nak jadi orang utara la hahaa.

    ReplyDelete
  14. Hye ~
    SN orang Penang... memang excited jumpa rakan blogger, banyak ceritanya

    http://miamorzafirah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  15. macam busyra jugak .. kalo dok sembang yang tak pernah berblogging langsung ..cam sembang dengan tunggul kayu.. orang lain tak pahammm :D..betapa nikmatnya blogger ni kan

    ReplyDelete
  16. Shad singgah mai dari Jitra Kedah ni.. 😘😘

    ReplyDelete
  17. Jemput singgah, akuvsdiashadhira.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. wahhh..best2.. selamat mengumpul blogger utara.. 😊

    ReplyDelete
  19. Blogger timur mai baca jugak entry nih. Cek boleh cakap utagha apa? Padahal selalu kena marah dgn kawan dr Utara sebab over sangat katanya. Haha :")

    ReplyDelete
  20. emmm....akak dah berblog...8 tahun ++. bukan blogger utara..sbb asal Johor, dulu keja kat KL..duduk Seremban. now...dah jauh.. but still cuba meng'aktif'kan diri ngan blog.. sbb blog ni dah mcm diary...tak tulis sehari..rasa mcm tak best. accect kalau busy sgt la...seronoks sbb dpt ramai kawan..melalui blog ni. ada yg dah jadi geng pun.. best la.. follow kat sini juger..

    ReplyDelete
  21. Alaaa siqah duk shah alam. Nak gelar blogger apa pun tak tahu. Hihi. Best kan ada komuniti blogger :) Boleh berkongsi pendapat, support each other :)

    ReplyDelete
  22. jauh di mata dkt di hati yak... hehehe

    ReplyDelete
  23. Kite blogger utara jugaq.. Manjung, Perak
    http://pinkvelvet-07.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. Cik Ila kat KL tapi asal utagha...boleh kira blogger utara tak? hehehe

    ReplyDelete
  25. haa mellya orang penang, ulang alik lunas. heheh

    ReplyDelete
  26. Hai Saya Cik Ash Dari Kulim KEdah merupakan team #projekbloggerutara terdiri daripada 11 orang semuanya...

    Nak jemput team kami sila-silakan ya..

    https://cikash.blogspot.com/

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved