WATERMARK SIMPLE GUNA PHOTOSHOP - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, February 13, 2017

WATERMARK SIMPLE GUNA PHOTOSHOP

Hai..


baru-baru ni aku ada baca entri pasal watermark di blog kak Lea Azleeya.. memang selama ni nak buat watermark baru pun, cuma masa tu tak sempat. aku ni jenis lepas edit, nak edit lagi.. sampai lah puas hati.. even hanya simple, tapi cukuplah memadai ada watermark.. dah lama rasanya aku tak ada official watermark.. maksud aku, yang betul-betul punya.. gambar-gambar yang sebelum ni semua aku edit satu-satu ni photoshop.. contoh kalau entri semalam pasal makanan, so letak tajuk makanan pada watermark tu dan sebaliknya lah.. kalau pasal review, letak tajuk review... letih woooo gituuu. haha.. edit satu-satu.. sekarang ni bila dah ada watermark sendiri, just drag ja masuk dalam gambar, tak perlu nak edit lagi..

aku edit menggunakan adobe photoshop CS5 dan save image dalam png, bukan jpeg ye, sebab kalau png adalah gambar yang transparent. so mudah nak jadikan ia sebagai watermark pada gambar.. hanya tambahkan gambar bulu ayam seperti ala-ala pen yang ditulis diatas kertas.. dan tak kan berpisah la dari warna favorite aku, putih dan gold! so apa pendapat korang? tulisan tu nampak crowded tak? di bawah adalah contoh watermark aku bila dah masuk dalam gambar..


bila aku masukkan dalam gambar, aku pudarkan warna tulisan, supaya lebih kabur dan menampakkan ia sebagai watermark.. if korang ada sebarang komen atau nak tanya apa-apa, just tinggalkan komen korang di bawah ye.. at least aku boleh edit dan betulkan apa yang patut. Thank you.. <3

13 comments:

  1. Cantik dah busyra, yang penting kena ada yang sesuai dengan gambar gelap, sesuai dengan base putih, dah cukup dah. Hahahaha tetiba rasa jeles sbb takda watermark, apakan daya mampu jeles jelah sebab malas pula,kekeke.

    ReplyDelete
  2. Saya tak kesah rupa bentuk watermark.
    Gambat busyra tu kalau orang copy lepas tu dia crop, buang watermark, so.

    Tapi tak kan nak letak watermark kat dahi kan.

    ReplyDelete
  3. Saya kurang pandai dalam photoshop... lagipun nak dapat photoshop kena beli license dia.. Cari free version tak jumpa2.. :-)

    ReplyDelete
  4. Pergghhhh terbaikkkk.. Cantik dan kreatif.. nnti buleh buat kat akak satu.. Hahahahaa...

    ReplyDelete
  5. paling malas nak letak watermark..kalau terlebih rajin je letak..hahaha

    ReplyDelete
  6. Paling malas kalau nak buat watermark ni haha .Tapi yang busyra punya ni nice and simple ja :)

    ReplyDelete
  7. pandainya busyra main edit guna photoshop nnih.. jeles pulak hii ..ok dah tu.. comel molek

    ReplyDelete
  8. Saya semalam pergi kedai gambar nak beli watermark. Dia kata dia tak jual watermark.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved