ASMA FELT BOX PEMBEKAL KAIN FELT DAN BAHAN-BAHAN KRAF TANGAN

Hai semua..


Dekat sini ada tak peminat felt craft? korang tau tak apa benda yang aku maksudkan ni? bagi yang belum tau, felt craft adalah projek kraf tangan yang diperbuat daripada kain lembut menggunakan gam then ditambah pula dengan aksesori benang, butang, manik.. alaaa yang bila korang tengok yang bentuk-bentuk burung comel, love, yang kecil2 tu.. yang selalu orang buat keychain menggunakan kain felt.. So sekarang ni aku nak kongsikan dengan korang website yang boleh bantu korang untuk beli dan korang boleh lah mula untuk buat sendiri dengan mudah.. tak payah nak susah-susah pergi kedai untuk beli, zaman sekarang kan semunya di hujung jari.. Apa website yang aku maksudkan ni?

PENAWAR RABUN HANYA DENGAN 2 SUDU TRI-PEARL EYECARE SETIAP HARI!

Hai readers ku!


Zaman sekarang ni makin ramai yang ada masalah rabun.. tak kisah la rabun dekat ke jauh ke.. dan aku sendiri memang ada masalah rabun jauh.. dalam kelas tu terkadang terpaksa pakai sebab tak nampak.. bila drive malam kena pastikan spec sentiasa ada! kalau tak pakai pandangan jadi kabur, kan bahaya tuuu.. aku jenis yang rimas bila pakai spec.. ramai yang rabun diluar sana yang memilih untuk pakai lens (ini aku fokuskan pada yang alami masalah rabun ye.. yang pakai lens suka2 tu terpulang lah.. hehe. kenapa aku beria sangat nak cerita pasal masalah rabun ni? sebabnyaaa aku dah jumpa penawar untuk penyakit rabun ni dan aku tak nak lah guna sorang2.. so apa salahnya aku share dengan korang, mana tau berkat dan doa mata korang yang rabun tu akan okay sikit demi sikit..

BLOGGER WAJIB ADA BUKU PLANNER!

Hai readers semuaaa!


entri kali ni aku nak share dengan korang betapa pentingnya planner untuk aku.. aku ni jenis yang suka catat apa-apa saja perkara dalam buku.. tak kisah la perkara tu senang nak ingat ke susah ke, semuanya akan di catat dalam buku.. sebab bagi aku even kalau benda yang remeh sekali pun, kalau time kita busy, confirm kita akan lupa jugak kan? manusia weh! mana ada semua benda akan ingat dalam satu masa.. so, bagi aku, planner memang sangat penting, especially pada semua blogger.. memang kita boleh ja tulis note dalam phone.. tapi tak kan sama kan dengan catat dalam planner/ note book? siapa setuju sila kenyit mata! hehe.. dan semestinya kalau planner yang lawa lagi semangat nak tulis kannnn.. rasa macam sayang gila dekat planner tu.. korang boleh rasa tak apa aku rasa. bila first time nak tulis dekat planner yang baru, rasa macammmm, arghhh sayangnyaaa. haha

HARI PERTAMA BEKERJA SEBAGAI GRAPHIC DESIGNER

Hai semuaa..


aku nak share dengan korang hari bahagia aku sebab dah dapat kerja. haha. excited sebenarnya, alhamdulillah.. ya la kan.. aku ni dah berbulan-bulan tanam anggur dekat rumah.. sampai dah boleh makan dah. hehe.. aku dapat kerja ni pada hari rabu lepas dan start hari ni (ahad).. Alhamdulillah buat masa sekarang aku bekerja ni, bos okay, staf okay, dan environment office pun okay.. selesa ada aircond tak panas. perghhh demand betul kau! eh bukan demand pun, rasanya itu memang wajib kot ada aircond kalau duduk office kan.. hehe. masuk pukul 9, paling lewat 9.30 pagi dan balik pukul 6 petang.. tapi kan dalam bahagia ada jugak sedih.. huhu.. 

KOLEKSI FRIDGE MAGNET DARI SI PEMBERI YANG SAMA

Hai semuaaa


apa aku nak story dalam entri ni adalah aku nak share dengan korang tentang hasil koleksi fridge magnet yang aku ada dan yang specialnya, ia dari orang yang sama.. setiap kali dia travel, dia akan beli fridge magnet pada aku! sebab tu rasa teruja, actually, yang dah rosak pun ada. hehe.. sebab dah lama dah kan.. cuma baru nak update nak story pasal ni.. orang yang beri ni adalah mak njang aku sendiri iaitu kakak kepada ayah aku.. dia memang suka travel! maklum lah anak-anak dah besar dan dah kahwin pun, tinggal berdua ja dengan suami.. jadi boleh la travel satu dunia dengan suami. hehe.. dan akan datang ni dia nak ke australia.. alahaiii bestnyaaa.. kalaulah aku ditempat tu.. okay jom tengok satu-satu fridge magnet yang ada! 

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Hai readers kesayangan!


Dah nampak tajuk tu kan, rasa-rasa excited tak nak join? apa yang bestnya tentang Lazada Birthday Blogger Contest ni? yang bestnyaaa adalah korang yang menang dalam contest ni akan dapat hadiah lumayan dari Lazada sempena birthday Lazada yang ke 5.. specialnya contest ini hanya terbuka kepada blogger sahaja.. lain-lain media sosial tidak diterima.. hehe. okay kejap! jangan terus nak tekan new post dulu tau sebelum baca entry aku ni sampai habis... haha. jangan la excited dulu nak join contest ni.. :p sabar-sabar.. untuk pengetahuan korang, bagi sesiapa yang kaki online shopping tu, Lazada ada buat Birthday Sale pada 22 Mac hingga 24 Mac 2017.. masa tu, korang boleh shopping habis-habisan ye.. ok penat dah menaip, baru intro, haha.. so aku nak mula menjawab 4 soalan yang diajukan oleh pihak Lazada Malaysia..

SHELL OUT MURAH DAN SEDAP DI DECO CAFE, AMAN CENTRAL ALOR SETAR

Hai..


siang tadi aku keluar dengan kawan ke Aman Central Mall semata-mata nak tengok Syurga yang tak dirindukan 2.. betul orang cakap menangis satu panggung wayang.. haha. :p ..then lepas tu singgah di Deco Cafe, Aman Central untuk rasa sedap ke tak shell out dekat situ.. pernah dengar orang cakap sedap jugak.. so time tu memang kena sangat, lepas keluar dari tengok wayang pukul 2.30.. so sempat lagi nak order shell out sebab dia ada pakej kalau makan time lunch.. dari pukul 12 sampai 3 petang.. time masuk ke Deco Cafe tu ada 3 family dan pasangan yang tengah makan.. fuh tengok dorang makan memang berselera.. tak cakap bayak dah, terus tulis order!. sebab time tu pun memang tengah lapar.. siapa suruh masuk wayang dulu baru nak makan.. padahnya tanggung sendiri.. haha.

SEGMEN "HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET"

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Hai semua, bila ternampak post dari blogger Hasrul Hassan, aku terus klik new post untuk join segmen ni.. bagi aku blog Hasrul Hassan adalah salah satu blog sifu dalam dunia blogging ni.. bermacam entri yang menarik dalam blognya.. bukan tu saja, (pageview) pv blogger Hasrul Hassan ni memang superb tinggi! siapa tak nak dapat trafik blog macam tu kan.. hehe.. so, bila nampak entri dari blogger Hasrul Hassan, memang satu peluang besar bagi aku. InshaAllah, pv akan meningkat.. kalau pv tak naik dalam sehari tu, rasa lemau sangat.. kemana la pv aku untuk hari ni.. pv la yang buatkan setiap blogger lagi bertambah semangat untuk berblogging.. 

BLOGGER TERKENAL CIK EPAL KOMEN DI BLOG AKU


photo credit: cikepal06.blogspot.com

Hai, Assalamualaikum.. bertambah excited nak berblogging sebab blogger terkenal cik epal komen di blog aku! seriously, aku memang suka dengan blog cik epal dari pelbagai aspek. cewah! hehe.. dari segi penulisan, design blog yang simple, gambar yang menarik.. semua lah! cik epal antara salah satu blogger favorite aku.. selain dari tu, blogger namee roslan, blogger yuyu, blogger irine nadia.. dan ada beberapa blogger lain.. bila ada blogger terkenal macam ni komen di blog kita, rasa macam terkejut dia tu 7 hari 7 malam tak habis. haha.. over nau! thank you cik epal sebab sudi komen di blog picisan ni.. siapa dekat sini suka baca blog cik epal jugak?? sila angkat tangan. heee

FREE SAMPLE PIXY UV WHITENING TWO WAY CAKE

Hai semua


siang tadi aku ada terima sampul surat yang berisi free sample pixy uv whitening two way cake.. actually, aku memang pengguna bedak pixy dari dulu lagi.. kenapa aku apply nak dapatkan free sample dari pixy? salah satu sebabnya aku memang suka sample barang2 free ni.. hehe.. sapa tak suka kan, orang nak bagi kita cuba secara percuma.. selain tu, aku memang nak try cuba pixy jenis natural beige, nak tengok sesuai ke tak dengan muka aku.. sebab sebelum ni aku tak pernah tukar selain yang jenis natural white.. bedak pixy ni memang best bila pakai, sesuai dengan muka dan muka nampak natural gituuu.. macam mana nak dapatkan free sample pixy ni? haaa cepat-cepat isi form dekat page pixy sementara masih ada stok! dekat bahagian sebelah kiri klik pada 'Pixy pilihanku'..

IKAN SIAKAP 3 RASA MENU HUJUNG MINGGU

Hai semua..


hujung minggu macam ni selalunya korang buat apa dekat rumah? aktiviti bersama family ke, kawan ke or suka keluar shopping? macam aku lebih memilih duduk rumah layan blog! lagi best. hehe.. tapi siang tadi cuma keluar ke tesco beli barang dapur dengan mak dan ayah kejap.. then, mak nak makan ikan siakap 3 rasa.. terus beli ikan dekat tesco! selalunyakan tesco ni ikan semua tak fresh kan, tapi kali ni aku tengok segar bugar lagi mata tu! heee.. apa bahan-bahan yang ada dalam ikan siakap 3 rasa? bagi aku yang penting kena ada nenas dan tomato, sebab nak ikan rasa masam-masam manis gitu.. selebihnya tu, masukkan pelbagai jenis sos dan bahan-bahan yang nak diblend.. lain orang lain citarasa kan.. ada orang tak suka letak nenas, ada orang tak suka letak sos banyak-banyak.. 

HADIAH UNTUK TOP KOMENTATORS DI BLOG BUSYRA TAKIYUDIN

Hai..


seperti yang dijanjikan, aku memang berhasrat nak bagi hadiah pada top komentator di blog ni.. hadiahnya adalah Huda lipstick yang aku ada story di entri sebelumnya.. hanya 2 blogger saja yang akan dipilih.. macam mana aku kendalikan siapa top komentator di blog ni? aku guna applikasi top widget commentators.. tak da nya aku nak kira satu2.. hehe. hadiah yang aku nak bagi ni tak seberapa dibandingkan dengan kasih dan setia dorang ke blog aku. haha.. tanpa blogger2 macam ni, blog aku akan sunyi sepi.. jadi dengan hadiah ni, boleh lah dibuat kenangan dan di pakai setiap hari.. sepanjang aku ada blog sejak 2010, tak pernah sekali pun aku bagi hadiah top komen pada blogger-blogger.. memang selama ni ada niat nak bagi, cuma belum masanya.. so! siapa blogger tersebut? and taraaaaaaa.. 

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-