Mocha Ice Blended McD sedap gila!

Friday, April 28, 2017

Hai..

mocha, iceblended, foodie, food, mochaiceblended,

hari ni nak story pasal makan dan makan.. hehe. eh btw korang dah lunch? lunch apa hari ni? aku tadi pagi bawak mak ke tesco beli barang dapur untuk sebulan terus. huhu.. tiap-tiap bulan rutin yang sama.. ke tesco!. haha.. lepas dah penat beli barang semua tadi, terasa tekak nak minum mocha ice blended Mcd! serius sedap! aku suka sebab dia rasa pahit-pahit sweet gitewww! hehe.. drive thru je la kan.. nama pun nak beli air ja tak kan la over nak masuk beli kat kaunter.. haha! before ni aku dah pernah rasa sekali kot.. semuanya ada 3 jenis rasa mocha. so boleh la pilih nak yang mana kann.. aku baru try rasa 2 perisa yang lagi 1 tu belum.. mybe next time.. 


tadi beli untuk adik dengan mak sekali dan dorang pun nak rasa yang sama.. so tak dapat la nak tukar2 dan rasa perisa lain.. korang dah pernah try ke belum mocha ice blended ni? if belum pernah dan teringin, try lah! sebab best.. harga untuk 1 rm10 macam tu la.. termasuk gst la kot tu.. haha. 

mocha, iceblended, foodie, food, mochaiceblended,

yang aku beli tadi adalah mocha chips.. sebelum ni aku pernah try dah yang mocha biasa tu.. untuk mocha oreo belum pernah try lagi..

*aku akan blogwalking ke blog korang hari ni ye.. tungguuuuu.. :p

Read More

Break her heart & I'll break your face!

Hai semua..

rindu blog aku, rindu korang jugak! kenapa lah aku busy sangat sekarang ni kalah menteri.. hehe :p aku tak sempat plus malas nak update blog dan nak terjah blog korang.. tolong bagi kekuatan dan semangat pada aku pleaseeee! kemana perginya semangat yang dulu membuak-buak dalam berblogging ni? entah la, nak cakap internet slow. tak! sebab internet aku sekarang ni laju gila! hahaha.. tp tu lah disebabkan ada sifat malas tu yang buatkan rasa malas nak buka laptop, rasa malas nak menaip.. tajuk entri kali ni tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. hehe. sesaja nak buat gimik pagi-pagi ni.. :p




gambar lepak semalam dengan my best friend.. nak jumpa susah sekali.. bila dah jumpa tak dapat nak jumpa lama-lama. sebab masa tu terhad. huhu.. korang mesti ada best friend yang lama tak jumpa kan? bila jumpa tu semua benda nak story.. sampai tak menyempat, itu nak cakap ini nak cakap.. tapi betul la orang cakap yang kalau kawan baik kita happy, sedih, kecewa, semua tu kita pun dapat rasa sesama kan? 

sebenarnya ke disini sebab kempunan nak makan noodle tom yam secret recipe! hehe.. sebab dah lama tak makan. kempunan dia tu ya ampunnnnn.. :p haha.. okay lah nanti kita jumpa lagi k.. ada masa aku akan terjah blog korang.. <3 thank you pada sesiapa yang sudi baca dan komen tanpa jemu.. bai!

Read More

OFFICIALLY GRADUATED! MAJLIS KONVOKESYEN UITM YANG KE 86

Friday, April 21, 2017

Assalamualaikum..


Salam jumaat untuk semua readers kesayangan aku! semoga jumaat kali ni adalah jumaat lebih baik dari jumaat lepas.. hari baik ni, aku nak share dengan korang, rasa happy nya aku bila aku dah secara rasminya grad! alhamdulillah.. setelah 2 tahun aku ambil degree dan ni lah masanya aku rasa happy, syok, best, tak terkata.. even masa panggil nama untuk naik ke pentas tu terlalu cepat dan tak sempat nak senyum **harap sangat gambar konvo atas pentas tak buruk!.. haha.. apa yang best sangat adalah bila aku rasa ada orang yang paling aku sayang tengok aku naik pentas! itu satu perasaan yang Ya Allahhh... mak ayah tengok aku ni masa aku naik pentas.. alhamdulillah aku boleh buat dorang tersenyum even tak da la dapat anc kan.. hehe


ni lah best friends aku masa dekat uitm

konvokesyen, officiallygraduated, uitmshahalam, perancangbandarwilayah,

okay busyra! cukup la tu cerita pasal perasaan happy tu.. so sekarang ni berbalik pada aturcara konvo.. banyak sangat yang aku baca di blog-blog blogger lain yang sama macam aku ada konvo pada tarikh tertentu yang rasa tak puas hati dengan konvo kali ni.. ya! pada aku sendiri pun rasa tak best sangat dengan management dorang.. kena naik bas di luar uitm lah, berebut2 semua.. kami sebagai budak2 uitm tak kisah la sangat nak berjalan rebut2 naik bas tu.. tapi cuba bayangkan mak ayah yang dah tak larat tu, nak kena tunggu naik bas masuk ke dalam uitm.. kesian la kan.. harapnya lepas ni konvo uitm jauh lebih baik ye.. nak complain banyak2 pun malas dah nak menaip.. haha

konvokesyen, officiallygraduated, uitmshahalam, perancangbandarwilayah,

sempat lagi time beratur nak masuk dewan pun nak ambil gambar.. haha



ada benda yang sedih yang aku rasa macam undur balik hari konvo ni.. sebabnya gambar dengan parents satu pun tak ada!.. seriously memang tak sempat.. dengan parents aku terpaksa keluar awal dari dewan di sebabkan ada hal sikit.. hmm.. apa boleh buat kan.. hanya gambar dengan kawan2 saja. tapi tak bermakna bila gambar dengan mak ayah tak ada, dorang tak ada di hati akuu! dorang la alasan untuk aku tetap bangun dan terus bersemangat setiap hari!.. cewah berpuitis pulak dahhh.. haha

konvokesyen, officiallygraduated, uitmshahalam, perancangbandarwilayah,

gambar ni di ambil oleh parents aku. hehe. muka tak jelas la dah zoom uols! masa ni parents aku still ada, tapi lepas tu terpaksa keluar dah.. :(


bunga atau coklat? :p


yeayyyy.. alhamdulillahhh.. I'm officially graduated!!


ni bergambar dengan mak masa malam di icity.. hehe. <3


**konvokesyen berlangsung pada 16 April 2017.. tapi baru berkesempatan nak up entri.. haha.. terlambat beberapa hari.. tak pe kan? janji bulan masih sama.. :p

Read More

TEMPAHAN DESIGN BISNES DAN BLOG KINI DIBUKA DENGAN HARGA MURAH!

Friday, April 14, 2017

Hai!

design, blog, graphic designer, bisnes,

bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan design logo, banner, billboard, sticker, namecard, biz card dan seangkatan dengan nya, boleh buat tempahan dekat aku ye.. bukan tu saja, aku juga menerima tempahan untuk buat header, logo blog, watermark dan lain-lain lagi. bab harga jangan risau, aku bagi harga murah2 saja. boleh terus contact aku di busyra_23@yahoo.com ataupun di facebook.. segala jenis artwork akan aku upload dalam entri seterusnya supaya korang boleh usha-usha before tempah.. artwork akan di update dari masa ke semasa ye..  

sebelum ni aku hanya buka ruang untuk review product dan advertorial saja.. dari duduk saja mengadap laptop baik aku buat freelance graphic designer jugak kan? boleh la tambah pendapatan sikit-sikit.. dengan ada tempahan nanti, lagi selalulah aku menjenguk blog tersayang ni.. hehe.. sayang ke? entah lerrr :p haha. aku nak belanja korang satu artwork aku.. design ni customer nak buat sticker untuk pek masakan.. dia nak warna coklat dan nak gambar shellout, then sticker berbentuk petak..

design, blog, graphic designer, bisnes,

sempena pembukaan rasmi ni, aku nak bagi harga murah2 saja.. cewahh! hehe.. cepat2 buat tempahan. korang boleh la promote pada pakcik makcik, sanak saudara korang ye.. haha.. artwork lain akan menyusul di entri seterusnyaa. :)

Read More

PRODUCT REVIEW: MARY KAY BOTANICAL EFFECTS CLEANSING GEL

Wednesday, April 12, 2017

Hai, Assalamualaikum..

Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

baru-baru ni, hadiah dari Lazada dah sampai ke rumah.. korang ingat tak Lazada ada bagi voucher pada pemenang contest, dan aku dah pilih 3 barang untuk voucher yang diberikan tu.. Alhamdulillah rezeki blogging.. even tak banyak yang dapat tapi cukup lah untuk reward pada diri sendiri.. dah la sepanjang minggu ni aku tak aktif langsung berblogging, serius rindu gila! so, hadiah pertama yang baru sampai adalah produk Mary Kay iaitu Botanical Cleanser! kenapa aku pilih cleanser? sebabnya cleanser yang selalu aku pakai dah habis. haha.. so aku rasa macam nak try produk dari Mary Kay.. sebelum beli tu, dah baca sehabis mungkin pasal cleanser ni, sesuai ke idok kannn.. hehe


Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

sebenarnya cleanser yang aku beli ni, dia ada set (ada scrub, toner, moisturizer) harganya aku tak sure tapi RM300 ke atas rasanya.. yang untuk cleanser saja aku dapat dari Lazada dengan harga RM75.. sebab ada less.. kalau tak lagi mahal.. niat di hati untuk try semua satu set ni. tapi fikir-fikir balik, baik aku try untuk cleanser dulu nak tengok sama ada sesuai ke tidak.. 

Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

dekat 3-4 kali dah aku guna cleanser gel ni, dan alhamdulillah rasa segar dan lembut.. dia sejenis gel, warna jernih dan campuran daripada buah naga dan alovera.. sememangnya yang aku tau, alovera ni memang sangat bagus untuk kulit muka.. kalau sapu alorvera yang fresh dari pokok tu lagi mujarab rasanya.. hehe. aku suka tengok packaging dia sebab warna pastel yang cute! untuk pengetahuan korang, produk mary kay memang dah familiar bagi aku, sebab salah seorang kawan aku adalah Beauty Consultant Mary Kay.. so banyak info-info pasal Mary Kay dia post di facebook dan instagram yang aku boleh scroll dan baca! 

Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

apa yang aku tau, produk mary kay memang mahal tapi penggunaan mary kay tahan pada jangka masa yang lama.. banyak lagi produk dari mary kay tapi buat masa sekarang aku try yang cleanser gel botanical ni dulu.. aku ni jenis yang tak kisah sangat pasal cleanser, semua aku bedal. haha.. asalkan dapat cuci muka, fair & lovely lah, safi lah, dan macam-macam jenis sabun.. ikut lah apa yang ada kat rumah time tu.. dan alhamdulillah jugak kulit tak sensitif.. sebab ada orang yang kena stay dengan 1 produk saja.. betul la kan, sebab kulit orang lain2.. ada tu yang tak pakai sabun pun kulit still okay!

penat dah membebel, jumpa lagi nanti! :)

Read More