PRODUCT REVIEW: MARY KAY BOTANICAL EFFECTS CLEANSING GEL - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, April 12, 2017

PRODUCT REVIEW: MARY KAY BOTANICAL EFFECTS CLEANSING GEL

Hai, Assalamualaikum..

Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

baru-baru ni, hadiah dari Lazada dah sampai ke rumah.. korang ingat tak Lazada ada bagi voucher pada pemenang contest, dan aku dah pilih 3 barang untuk voucher yang diberikan tu.. Alhamdulillah rezeki blogging.. even tak banyak yang dapat tapi cukup lah untuk reward pada diri sendiri.. dah la sepanjang minggu ni aku tak aktif langsung berblogging, serius rindu gila! so, hadiah pertama yang baru sampai adalah produk Mary Kay iaitu Botanical Cleanser! kenapa aku pilih cleanser? sebabnya cleanser yang selalu aku pakai dah habis. haha.. so aku rasa macam nak try produk dari Mary Kay.. sebelum beli tu, dah baca sehabis mungkin pasal cleanser ni, sesuai ke idok kannn.. hehe


Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

sebenarnya cleanser yang aku beli ni, dia ada set (ada scrub, toner, moisturizer) harganya aku tak sure tapi RM300 ke atas rasanya.. yang untuk cleanser saja aku dapat dari Lazada dengan harga RM75.. sebab ada less.. kalau tak lagi mahal.. niat di hati untuk try semua satu set ni. tapi fikir-fikir balik, baik aku try untuk cleanser dulu nak tengok sama ada sesuai ke tidak.. 

Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

dekat 3-4 kali dah aku guna cleanser gel ni, dan alhamdulillah rasa segar dan lembut.. dia sejenis gel, warna jernih dan campuran daripada buah naga dan alovera.. sememangnya yang aku tau, alovera ni memang sangat bagus untuk kulit muka.. kalau sapu alorvera yang fresh dari pokok tu lagi mujarab rasanya.. hehe. aku suka tengok packaging dia sebab warna pastel yang cute! untuk pengetahuan korang, produk mary kay memang dah familiar bagi aku, sebab salah seorang kawan aku adalah Beauty Consultant Mary Kay.. so banyak info-info pasal Mary Kay dia post di facebook dan instagram yang aku boleh scroll dan baca! 

Mary Kay, cleansing gel, alovera, buah naga, botanical,

apa yang aku tau, produk mary kay memang mahal tapi penggunaan mary kay tahan pada jangka masa yang lama.. banyak lagi produk dari mary kay tapi buat masa sekarang aku try yang cleanser gel botanical ni dulu.. aku ni jenis yang tak kisah sangat pasal cleanser, semua aku bedal. haha.. asalkan dapat cuci muka, fair & lovely lah, safi lah, dan macam-macam jenis sabun.. ikut lah apa yang ada kat rumah time tu.. dan alhamdulillah jugak kulit tak sensitif.. sebab ada orang yang kena stay dengan 1 produk saja.. betul la kan, sebab kulit orang lain2.. ada tu yang tak pakai sabun pun kulit still okay!

penat dah membebel, jumpa lagi nanti! :)

25 comments:

  1. nak tunggu cleanser skarang habis ingat nanti nak cuba MK juga =)

    ReplyDelete
  2. airah tak sesuai pakai mary kay ni kulit jadi bengkak,gatal,merah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. haa mybe kulit awk tak sesuai kot guna marykay.

      Delete
  3. Wah bestnya dh redeem voucher lazada tu. Comel sgt warna cleanser tu. Sweet pink 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. bru redeem kak ana.. kannn. pinky gituww. hehe

      Delete
  4. Belum pernah try produk mary kay ni tapi kalau usha testimoni semua yang helok mungkin helok la tu kan heee

    ReplyDelete
  5. Wahhh..dah shopping...besh2...k.sha pun tggu barg smpi nii..baru order smlm..

    ReplyDelete
  6. skrg dah jadi viral produk MK ni, tak pernah cuba mybe one day i should try kan..

    ReplyDelete
  7. Love the packaging, pinky gitu. Harga dia memang wow sangat. hehe.

    ReplyDelete
  8. hai busyra akak jalan-jalan sini.. :)

    baru try pakai gel mask..best..isnin depan nak buat facial guna produk mary kay hehehe

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  9. dulu pernah jugak pakai mary kay tp hati x setia.. curang byk kali.. ekekee

    ReplyDelete
  10. So far tengok kulit Busyra dah cantik..so ok tak cleanser ni untuk kulit Busyra?

    Mary Kay mmg tengah famous skrg ni kan.

    ReplyDelete
  11. Bestnya shopping voucher free... Dktg kan tgh hot pasal mary kay...dgr products pun terbaik

    ReplyDelete
  12. Samalaa kita, jenis tukar2 cleanser dengan santainya. Sebab mudah boring, susah nak stick dengan satu jenama je. Uhuk uhuk

    Cantik betul Mary Kay punya packaging. Pandai dia nak tarik gegirl macam kita nih. Tengok jer pun rasa nak beli dah. Hehe :P

    ReplyDelete
  13. ramai ckp mary kay best. Macam nak cuba pakai jg produk ni.

    ReplyDelete
  14. Bestnya, kulit tak sensitif. Huhu.. Ni kalau nak try pun, jenuh jugak fikir beribu kali takut jadi apa-apa kat muka. Tapi sekarang mary kay ni ramai pakai kan. Pun fikir lama jugak, nak try ke taknak. 😅

    ReplyDelete
  15. ooowh. peminat mary kay rupanya busyra ni.

    ReplyDelete
  16. Ramai kawan2 akak pakai Mary Kay nie.. Katanya best..

    ReplyDelete
  17. Wahhhh syed tak guna lagi voucher tu. Nak peram dulu hehehe.

    ReplyDelete
  18. Nadia pakai Mary Kay punya lipstick je . Best jugak lah lipstick nya =)

    ReplyDelete
  19. kite baru je buat topik MK .. haha jemput la baca :) suka sangat produk MK

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved