Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam

Friday, May 26, 2017

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seronok rasanya kita dapat jumpa lagi dengan ramadan kali ni tahun 2017.. bagi yang mengenali aku di alam maya ni, aku nak mintak maaf kalau ada terkomen di blog korang yang menyinggung perasaan korang ye.. kita mulakan Ramadan pertama dengan baik dan sempurna, InshaAllah.. macam mana tadi? solat terawih? ramai tak dekat surau/ masjid korang tu? seronok tak terawih tadi? hehe.. banyak nauuu soalannya.. tak sabarnya nak bersahur kejap lagi.. tapi dekat rumah aku ni ada mak ayah dengan adik ja.. huhu. tak semeriah dulu ada akak akak sekali.. sekarang masing-masing dah ada family sendiri.. 

so, sahur nanti korang masak apa? mesti masak sedap-sedap kan? first puasa. aku tak tau la mak masak apa kejap lagi. hehe.. korang dah niat puasa ke belum? niat sebulan lagi bagus.. kalau lupa tak ada masalah.. kalau ingat niat hari-hari pun boleh.. lagi bagus.. 


korang perasan tak yang header aku pun sambut ramadan tau! haha.. header tu akan macam tu selama sebulan berpuasa. nanti bila ramadan dah habis aku akan letak yang asal semula.. header baru korang untuk ramadan dah buat ke? jom tukar ramai-ramai! baru nampak sikit ramadan telah tiba! hehe.. okay itu saja.. selamat bersahur ye semua.. :)


p/s: GA Free Name Card telah tamat semalam.. InshaAllah esok aku akan umumkan pemenang ye.

Read More

Resepi Nasi Goreng Kerabu Simple

Assalamualaikum semua..


Salam Jumaat, lama rasanya aku tak post gambar makanan dalam blog ni.. so hari ni ada kesempatan nak share dengan korang resepi Nasi Goreng Kerabu Simple.. aku buat nasi goreng ni sebabnya rindu nasi goreng kerabu yang aku selalu singgah dekat kedai makcik favorite area alor setar.. tapi sekarang ni kedai tu dah tutup.. aku tak tau pulak sebabnya apa.. so disebabkan rindu nasi goreng, apa kata kita try masak sendiri. bagi penggemar serai dan bunga kantan, boleh la try ye resepi ni.. aku dulu tak suka makan bunga kantan tapi bila dah try masak dengan nasi. sedap pulak! :p resepi ni sangat lah mudah dan cepat.. masuk masuk semua bahan then siap!

Bahan-bahan:

1. Isi Ayam
2. 2 biji cili padi (potong kecil-kecil)
3. sedikit serai dan bunga kantan (hiris bagi halus-halus) ikut la banyak mana korang suka
4. 1 biji bawang kecil/ merah (hiris)
5. Nasi putih
6. Perencah nasi goreng kampung

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak 
2. Masukkan isi ayam
3. Bila ayam dah masak, masukkan semua bahan hirisan (cili padi, bunga kantan, serai, bawang merah)
4. Bila dah rasa bahan hirisan dah masak terus masukkan nasi putih 
5. Akhir sekali masukkan perencah nasi goreng
6. Siap untuk dimakan!


Bahan utama sudah pasti bunga kantan dan serai.. kalau nak tambah pucuk-pucuk/ sayur lain pun boleh. lagilah bertambah sedap. aku masukkan dua bahan ni sebabnya ni ja yang ada dekat rumah.. mak tanam tepi rumah.. hehe. okay lah.. selamat mencuba!

Read More

Outfit of the Day: Pastel + Blue Black Jeans

Monday, May 08, 2017

Hai..

Malam ni sesaja nak up entri pasal outfit of the day.. before ni ada buat entri macam ni tapi jarang-jarang sekali sebab aku manusia yang tak pandai bergaya.. tapi sis cuba! haha :p sepatutnya kalau sebut oufit of the day ni kena gambar yang full. dari atas sampai bawah kaki. tapi aku berselipar masa tu.. hehe. untuk pengetahuan readers kesayangan ku semua, aku lebih selesa pakai selipar ja, even kadang tu masuk mall. :p ada aku kesahhh, janji aku selesa.. ye dakk? haha.. ikut la kan. lain orang lain gayanya.. habis bagus pun aku akan pakai kasut flat ja.. jarang sangat nak pakai bertumit.. tapi heels tu ada.. cuma macammm errr like princess kalau pakai heels.. hehe

outfitoftheday, outfit, blueblack, pastelcolors, blogger, blouse,


gambar di ambil time petang lepas balik kerja dan sudah di upload di instagram.. siapa kawan aku dekat ig, dah like belummm?.. *paksa like.. hehe. menyempattt ja bergambar depan rumah.. haha.. pastel blouse, ada lace sikit dekat lengan tu, shawl coklat cair nak mati.. then blue black jeans.. aku suka outfit macam ni.. ini lah aku.. kalau boleh sesimple yang boleh aku nak pakai. kalau pergi kerja boleh pakai t shirt memang aku dah pakai. eh korang jangan tertanya-tanya pulak.. "pakai jeans ke pergi kerja?" yela, aku keja swasta bukan government.. so enjoyyyy ja! hehe.

outfitoftheday, outfit, blueblack, pastelcolors, blogger, blouse,

Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca post ni.. love u all erat-erat! :p

Read More

Dapat Jemputan ke Cookshow di Damansara! Tapii...

Sunday, May 07, 2017

Hai semua..

cookshow, event, food, blogger, damansara,

Al kisahnyaa baru-baru ni aku ada dapat jemputan ke cookshow.. tapi aku tak dapat nak hadirkan diri ke event tu sebab jarak dan masa.. biasalah kan, kalau event macam ni mesti la area-area kl.. mana nak ada dekat kedah ni haa.. aishh, siapa tak teringin nak pergi ke event-event macam ni.. memang impian aku suka sangat nak ke event makanan! sebab dapat makan.. haha. dengan rasa sayang, aku terpaksa tolak jemputan tu.. hmm :( sepanjang aku berblogging, tak pernah lagi la dapat hadirkan diri ke event bersama blogger ni, kuciwaaaa akak! menangis tepi bucu katil! haha. :p


macam ni la kan, hidup di luar bandar.. kita berborak alam maya je la ye. haha.. aku anggap ni bukan rezeki aku lagi untuk join food event macam ni. mybe one day, food event bersama blogger ada buat dekat kedah ke kan? mana la tau.. masa depan kita tak tau kan.. *ayat penyedap hati yang lara!.. haha.. siapa dapat jugak cookshow ni? sapa area KL boleh la pergi..

bagi aku sesiapa yang dapat join kan diri dia dalam pelbagai event yang ada, itu satu pengalaman bernilai yang orang lain tak dapat. so, grab la seberapa banyak peluang yang ada bagi sesiapa yang area KL tu.. memang best!..

sooo, orang-orang area utara macam mana? sapa free hujung minggu ni? jom jumpaa.. haha. :p okay lah. tu ja untuk entri kali ni, jumpa lagi!. nanti hujung minggu aku blogwalking ke blog korang ye. bai!

Read More

DESIGN & PRINTING BISNES KAD MURAH!!

Wednesday, May 03, 2017

Hai semua..

Seperti yang semua tahu, aku ada buka tempahan design dan printing.. if korang nak order banner, pvc counter, sticker, name/ business card, button badge, keychain, kad kenduri dan sebagainya.. boleh la order dekat aku.. harga murah dan FREE DESIGN! kita bagi awak-awak semua harga kasih sayang.. dalam entri kali ni aku nak share dengan korang pasal name/ business card! kualiti card memang cantik, jenis material adalah matte! kalau nak yang lagi lawa adalah spot uv la yang design tulisan timbul tu. yang tu mahal sikit lah.. haha. tapi bagi aku material matte dah cukup memadai.. so dekat bawah ni, aku bagi korang cuci mata tengok contoh design dulu!

giveaway, namecard, businesscard, freedesign, design, printing,

ini adalah design biasa (maksud aku design yang aku saja-saja buat untuk koleksi) nanti next entri aku akan upload design yang dari customer order dan dah pun disiapkan minggu lepas.. aku design ikut permintaan customer.. korang nak macam mana, aku akan ikut sebijik-bijik.. dengan sedaya upaya yang aku boleh.. hehe..

giveaway, namecard, businesscard, freedesign, design, printing,

ini adalah warna favorite aku iaitu gold + black! design2 macam ni adalah citarasa aku.. korang pulak? nak design macam mana? sebab tu la kena try untuk order 1 kotak dulu.. baru tau cantik ke idokkk. hehe

giveaway, namecard, businesscard, freedesign, design, printing,

berapa harga untuk 1 kotak name card ni? nak tau berapa, kena order dulu ye.. hehe..then aku akan bagi free gift jugak.. ataupun bagi sesiapa yang nak cuba mana tau ada rezeki korang, boleh join GA yang aku lancarkan semalam.. hadiahnya adalah 100 pcs namecard.. meh ramai-ramai join.. kalau banyak sambutan, boleh aku tambah lagi jumlah pemenang! :) boleh ke link di bawah:

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRA TAKIYUDIN


**terima kasih pada yang telah join. nanti aku akan up entri untuk nama peserta Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin
Read More