3 CARA MUDAH HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA SEBELUM RAYA!!

Hai Assamalualaikum semua..


lebih kurang lagi seminggu kita nak raya kan? tolak jumaat sabtu, pejam celik pejam celik dahhh nak habis ramadhan.. cepatnya masa berlalu.. so, sebelum raya ni, mesti semua orang nak cantik gojes comel meletops kan?? semua nak cantik.. baju, kasut, tudung, dan yang paling penting, muka! yes! kalau muka lesu pagi raya tu, sia sia pakai baju cun2! haha.. part mana yang paling penting pada wajah kita? bagi aku, mata dan mulut.. itu first orang akan tengok kau, bila berjumpa.. tak kan tengok kening kot kannn.. hehe.. kalau mata korang tu, dah timbul lingkaran gelap tu, cepat2 la amalkan tips yang akan aku bagi ni.. sangat mudah.. tak perlu habiskan duit tapi korang hanya perlu amalkan saja..  InshaAllah, boleh try seminggu before raya ni.

1. Tengok hijau-hijauan


Apa maksud aku tu? maksud iolss tu adalah korang kena selalu memandang sesuatu yang berwarna hijau, contoh paling baik adalah pokok2.. warna hijau dapat membantu kita supaya lebih cergas dan bermaya.. korang tau tak bila setiap hari korang asyik mengadap komputer, akan mengakibatkan lingkaran bawah mata.. tak percaya? sila google untuk info selanjutnya.. haha.. 

serius aku cakap ni.. ehhh tapi mesti ada yang akan cakap, "nak buat macam mana kalau dah memang kerja mengadap komputer hari2?".. no problem kakcik, bangcik.. korang beli la pokok2 kecik yang cute2 tu, letak la atas meja tepi komputer korang tu.. sekali sekala, alihkan pandangan korang pada pokok tu.. ambil masa dalam 15 minit berehat tengok hijau-hijauan.. kenapa perlu macam tu? sebabnya mata kita jugak perlu berehat seketika.. 

2. Amalkan minum air suam


Mesti ramai yang tak suka kan minum air suam.. tengah2 panas nak minum air suam, memang tak la kan.. tapi cuba korang berbalik pada misi utama korang? nak cantik di pagi raya kan? so, kenalah berkorban sikit, jangan minum ais! haha.. minum  4 gelas keatas setiap hari.. bukan cawan ye, gelas! amalkan tiap2 hari.. dalam badan kita ni banyak toksik kotor yang kita tak nampak.. ada dekat mana2 ja dalam badan, dan dah pasti lah bawah mata kita pun akan ada.. sebab tu dengan adanya air suam dalam badan kita dapat kurangkan toksik bawah mata tu!

3. Tidur secukupnya


No 3 ni paling mudah tapi susah orang nak amalkan.. betul tak? ada yang busy sampaikan tak sempat nak tidur, hanya ambil masa 2 jam saja untuk tidur dalam sehari.. huhu.. mana tak ada lingkaran gelap bawah mata uolss.. bukan saja lingkaran gelap yang muncul.. for sure, badan korang pun akan lemah dan tak bermaya.. lembik satu hari.. 2 jam mana cukup, setidaknya 5 jam dalam sehari.. 

lecturer aku pernah cakap dulu "se busy apa pun kita, banyak esaimen ke, banyak kerja ke, tidur jangan lupa.. tidur kena cukup.. sebab kita bukan kerja untuk harini tapi untuk esok dan seterusnya".. well said! dari situ, aku ikut nasihat lecturer aku.. esaimen dia aku tak siapkan sebab nak cukupkan tidur, endahkan esaimen yang ada! hahahahhaa. tak da la. gurau je.


Amalkan 3 tips ni selalu, InshaAllah, lingkaran bawah mata akan hilang slow2.. tak adala drastik ye.. jangan berharap terlalu sangat. haha. sebab ini amalan yang korang kena amalkan setiap hari, bukan komestik yang boleh hilangkan dengan cepat.. selamat mengamalkannya!

15 comments:

  1. out of 3 tu tidur mmg payah kita nak cukupkan lebih-lebih lagi kalau dh start membaca novel...mmg hancur jadual tidur tu..
    https://umifuzy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. alamak, tips no 3 tu macam tak dapat je.. huhu

    ReplyDelete
  3. Sempat lagi ni nk dpt mata yg cantik. Minuk air suam dan tidur secukupnya.

    ReplyDelete
  4. Tidur secukupnya tu yang payah nak buat. Selalu tak cukup tidur =__=' mata rabak jadi mata panda

    ReplyDelete
  5. Good info ni.. boleh try.. http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. bagus tips ni, boleh amalkan lepas ni.. hehe :)

    ReplyDelete
  7. Tapi kalau yang sebab jenis keturunan agak payah jugak sebenarnya nak hilang :(

    ReplyDelete
  8. Sy selalu letak ais di area mata konon nak hilangkan lingkaran gelap tu ��

    ReplyDelete
  9. Okay. Siqah nak tidur sekarang. Hihi. Jam 1 pagi dah ni. Adoi..

    ReplyDelete
  10. Arghhh akak tiga2 tu tak buat.. adehh patut la lebam bwk mata ni makin menjadik2.. dah cam mata panda dah..

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-