ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN HARUMAN BADAN BELAIAN MENAWAN SEPANJANG HARI!

Friday, September 29, 2017


Hai.. Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Read More

RESEPI KERABU PUCUK PAKU DENGAN KERANG

Hai..


Dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang resepi kerabu pucuk paku dengan kerang.. fuh! favorite busyra la ni.. sedapnya.. scroll facebook tadi terjumpa resepi ni.. siapa peminat pucuk paku? kita geng!

Bahan-bahan:

1. 1 ikat pucuk paku (celur) 
2. taugeh semangkuk (celur)
3. kerang (rebus dulu)
4. 5 atau 6 biji bwg merah
5. 2 sudu besar kerisik
6. cili padi (ikut selera, nak pedas letak banyak)
7. sedikit belacan
8. sedikit garam
9. 2 atau 3 sudu pati santan


Cara-caranya:

1. Tumbuk atau kisar kering cili padi dengan belacan 
2. Kacau cili kisar, kerisik dan bawang merah dalam bekas yang besar (untuk memudahkan proses gaul)
3. Masukkan kerang dan kacau sebati.. Masukkan garam sedikit
4. Kemudian, masukkan pucuk paku dan taugeh yang dicelur tadi
5. Kacau rata.. masukkan pati santan dalam 2 atau 3 sudu besar 
6. Jika ada yang kurang boleh tambah mengikut selera masing-masing. 



Selamat Mencuba!

Read More

TUTORIAL STANDARDKAN SAIZ GAMBAR AGAR BLOG TIDAK BERAT

Assalamualaikum..


Terkadang kalau kita buka blog sesetengah blogger, gambar akan loading terlalu lama dan ada setengah tu gambar langsung tak keluar. terus jadi error.. tak best la kan kalau readers masuk blog kita tapi hanya dapat baca tulisan saja. Gambar adalah benda penting dalam setiap entri.. Jadi perkara macam ni perlulah dititik beratkan. jangan kita pandang mudah saja.. kita mesti happy kan bila readers baca blog kita ada unsur penulisan yang baik, gambar yang cantik dan yang pastinya gambar tidak loading terlalu lama.. benda yang simple macam ni akan bagi kesan pada blog kita juga..

Kenapa gambar di sesetengah entri berat? sudah semestinya sebab saiz gambar tersebut.. busyra tak tau la kalau korang concern ke tidak bab gambar ni.. tapi bagi busyra tersangatlah penting. lepas snap sesuatu gambar, busyra akan edit di photoshop untuk kecilkan saiz mengikut standard saiz yang tidak terlalu berat.. Macam mana tu? okay meh sini busyra ajarkan.. sangat mudah.. selain dari photoshop, busyra tak tau tools apa lagi yang boleh standard kan saiz gambar.. kalau korang tau boleh share dengan busyra ye..

Okay, korang boleh ikut langkah di bawah.. tutorial ni bagi sesiapa yang tak tau langsung pasal photoshop.. bagi yang dah tau, kacang je bagi korang.. hehe

1. Buka photoshop (busyra guna photoshop yang latest iaitu CS6)

2. Klik File dan tekan New (untuk set kan page kosong)

3. Kemudian edit saiz di 'width = 800' dan 'Height = 600' ..Ini adalah saiz yang busyra selalu set gambar dalam setiap entri blog. Saiz ni depend pada korang tapi yang pastinya jangan lebih 1000 pixels ye. dan korang boleh tengok pada resolution jugak.. pastikan ia 72 saja..

4. Lepas tu, inilah hasilnya.. Page kosong yang busyra dah set kan 800 x 600 pixels.

5. Okay tinggalkan kejap page kosong tu, sekarang ni korang klik File dan Open (cari gambar yang nak di kecilkan saiz nya)

6. Then, korang check dulu saiz gambar tu berapa pixels (cara checknya adalah klik Image dan klik Image size)

7. Adjust saiz tu di Width dan Height supaya menjadi saiz yang hampir dengan saiz page kosong yang dah set kan tadi.. lepas dah edit/tukar, tekan ok.

8. Kemudian, dragkan/ tarik masuk gambar yang bersaiz besar yang kita dah ubah saiznya tadi  (gambar asal) untuk masuk ke dalam page kosong yang kita set kan 800 x 600 pixels. **Just tarik ja guna mouse

9. Centerkan gambar bagi masuk dalam page kosong tu betul-betul.. dan jangan lupa letak watermark korang! Then klik File dan Save As

10. Akan keluar box macam bawah ni.. Letakkan nama file dan dekat Format tu cari tulisan yang tulis JPEG (*JPG*JPEG*JPE).. then klik save! siap!

Mudah saja kalau korang dah faham betul-betul.. tak sampai seminit pun buat.. practice makes perfect okay! Kalau kurang faham boleh komen di bawah ye.. nanti busyra akan reply.. Selamat mencuba.. 

*yang nak belajar photoshop, boleh request dekat busyra nak tuto apa.. nanti InshaAllah busyra buatkan entri khas..

Read More

DESIGN BUKU RESIT RASMI UNTUK BISNES ANDA

Thursday, September 28, 2017

Hai..

Tak ramai sekarang yang menggunakan buku resit untuk business mereka.. tapi masih ada client busyra yang order buku resit rasmi untuk kegunaan pejabat dan sebagainya.. Apa perbezaan custom buku resit dengan buku resit biasa? Bezanya adalah buku resit biasa sudah banyak digunakan oleh pelbagai syarikat, tapi untuk syarikat yang ada custom buku resit menampakkan syarikat mempunyai identiti tersendiri dan lebih dipercayai dengan adanya logo syarikat di buku resit..

DESIGN 1

Antara saiz popular yang selalu customer order adalah saiz A5 dan A4.. Minimum order adalah 10 buah buku resit ye. FREE DESIGN & FREE POSTAGE.. dalam entri ni busyra sediakan 3 jenis design yang boleh dijadikan rujukan korang.. tapi kalau korang nak order dan ada design sendiri, lagi mudah.. just draw atas kertas dan boleh bagi pada busyra.. InshaAllah busyra akan ikut 100% sebijik seperti yang diberi. 

DESIGN 2

Ada good news untuk korang ni! kepada yang repeat order untuk kali kedua busyra akan bagi harga lagi murah dari sebelumnya.. so, tunggu apa lagi, bila business dah meletop-letop pastikan ada buku resit rasmi dengan logo syarikat sendiri..

DESIGN 3

Untuk tempahan boleh whatsapp 014-6729316 @ email ke busyra_23@yahoo.com

Lain-lain entri:
1. 300 pcs business card serendah RM60
2. Round sticker 5cm Kuih Sepit

Read More

SELESA GUNA MEJA HOME OFFICE DARI SGSHOP MALAYSIA

Hai, Assalamualaikum..


Untuk blogger, writer ataupun yang bekerja dari rumah, majoriti pastinya ada ruang home office tersendiri kan? di reka sendiri mengikut kesukaan warna, design dan sebagainya.. sama jugak macam busyra, ada home office sendiri supaya nak buat kerja lebih selesa dan serius.. siapa tak nak kan ada home office idaman yang direka cantik.. seronok sebenarnya tengok home office orang lain cantik-cantik.. menampakkan lebih professional.. jeles betul! haha.. home office busyra biasa-biasa saja, cukup lah untuk rasa selesa bila buat kerja.. bukan saja buat kerja blogger tapi disini jugak la busyra cari ilham untuk buat design customer.


Dah lama sangat nak share dengan korang tentang home office ni, tapi tu lah masa tak sempat.. setiap kali nak ambil gambar asyik malas ja.. harini gagahkan jugak snap pic untuk update entri.. pada asalnya busyra bukannya nak kongsi pasal home office tapi busyra nak story dekat korang pasal meja komputer ni, yang busyra dapat dari SGshop Malaysia.. ingat tak dulu busyra ada share pasal shopping di SGshop dengan voucher RM900? kalau belum baca boleh baca DISINI .. dalam entri tu busyra belum story pasal meja komputer ni. sebabnya masa busyra dapat tu, bentuknya bukan macam ni ye.. kayu yang sekeping-sekeping tu.. kena DIY, pasang sendiri, paku sendiri. letih kau! haha..


Harga untuk meja ni adalah RM220.. tapi sangat-sangat berbaloi untuk sesiapa yang nak beli.. busyra suka design meja ni, rasa lain dari yang lain dan semestinya sebab dekorasi dari elemen kayu yang kukuh.. ruang nak letak barang pun sangat banyak.. ada laci dan tempat letak komputer yang luas.. cuma kerusi ja tak dapat.. haha. nanti kerusi tu nak try usha dekat Lazada lah! lenguh dah pinggang ni buat kerja. kalau kerusi empuk sikit baru best.. hehe. demand!


Ada macam-macam warna untuk meja ni.. pink, biru dan warna-warna kayu.. macam busyra ni pilih warna kayu! sila abaikan meja yang bersepah tu. haha.. bedak semua nak letak situ. siapa suruh buat ruang kotak-kotak tu banyak sangat.. kalau boleh semua benda nak sumbat masuk.. hehe.

okay lah itu saja yang busyra nak share dengan korang, kalau nak meja macam busyra ni jugak boleh beli di SGshop ye.. By the way, kalau korang ada entri pasal home office bolehlah share dengan busyra di ruang komen, busyra nak baca nanti.. so, macam mana home office busyra? bersepah ke tak?

Read More

BEAUTY REVIEW | SEP GREEN TEA JEJU MASK

Monday, September 25, 2017

Hai..

Abaikan kulit muka yang agak kusam tu.. haha

Dalam entri yang lepas busyra ada review mengenai mask tomato.. sesiapa yang belum baca boleh ke SINI.. So, dalam entri kali ni, sama jugak busyra nak share lagi dengan korang tentang mask jugak tapi dari jenama lain.. seronok betul memalam ni sejukkan muka dengan mask.. semestinya mask ni pun busyra beli dari watsons! Haritu pergi watsons borong mask.. pemburu mask betul! haha.. by the way, harga untuk mask ni adalah RM5.90

Tak rasa rugi ke pakai mask? membazir duit je.. jawapannya, tak langsung.. sebab memang suka!.. minat memakai something dekat muka before tidur.. hehe. nama pun perempuan kan.. tapi tak semua perempuan suka pakai mask.. depend la. memasing ada hobi dan benda yang dorang suka untuk buat.. 


Jeju mask ni sebenarnya ada 4 jenis iaitu tangerine mask (buah oren), canola honey mask, cactus fruit mask dan semestinya yang busyra tengah pakai ni, green tea mask!.. best sangat! rasa fresh plus kulit rasa lembut lepas bilas..  Selain dari tu, green tea mask ni membantu untuk perbaharui kulit dan melembapkan kulit.. 


Korang yang nak try, boleh dapatkan di mana2 cawangan watsons!

Read More

DRAFTING DESIGN TSHIRT KELAS SMK TELUK KUMBAR II

Sunday, September 24, 2017

Hai..


Alhamdulillah.. kali ni tempahan untuk tshirt kelas bagi SMK Teluk Kumbar II, Penang.. Customer mintak untuk design yang simple dan nak warna maroon & gold. so, busyra kena draf dekat buku dulu.. nanti baru draf design dalam photoshop.. step by step.. kalau customer okay baru kita proceed untuk printing.. 


Abaikan tulisan yang sememangnya buruk sejak azali.. haha. time malas dan nak cepat memang macam ni la jawabnya.. kalau rajin tu helokkkk la sikit.. hehe. buku ni semestinya akan di bawak kemana saja. wajib ada dalam handbag, nasib baik saiz A5!.. buku yang sememangnya khusus untuk blog dan graphic design.. segala quotation harga semua ada dalam ni.. memang orang kata kalau dalam komputer lagi senang.. yaa, dalam komputer pun ada tapi dalam buku pun wajib ada, senang nak rujuk. siapa masih menggunakan notebook untuk catat segala benda, kita geng! :D


Untuk sebarang tempahan design boleh hubungi busyra di whatsapp 0146729316 ataupun kalau nak mintak quotation harga hantar ke email busyra_23@yahoo.com

Read More

CARA BAYAR PTPTN SECARA ONLINE DENGAN MAYBANK2U

Saturday, September 23, 2017

Hai semua..

Korang dah settle belum bayar PTPTN? haaa hambekk kauu masuk-masuk baca entri terus tanya soalan ni.. haha. Busyra sendiri pun belum habis settlekan PTPTN.. dah macam mak ayah ja sebab tiap-tiap bulan wajib bayar.. untuk pertama kali busyra start bayar adalah pada bulan 7 haritu.. hehe baru je. masuk ni dah 3 bulan.. Masa busyra ke kaunter PTPTN untuk kali pertama tu, sembang punya sembang last-last masuk topik "malas nak datang ke sini lagi untuk bulan seterusnya". lepas tu abang tu cakap tak perlu lagi datang ke sini bayar je pakai online.. mudah kan. So, busyra nak share dengan korang cara-caranya..

1. Buka laman web maybank2u (http://www.maybank2u.com.my/)


2. Log in dan masukkan username dan password


3. Pilih Bill Payment


4. Pilih Make a one -off payment


5. Pilih Education & Education Loans dan klik continue


6. Pilih PTPTN (Bayaran balik pinjaman pendidikan) dan klik continue


7. Isi maklumat yang tertera (Amount, Ic no, dan Telephone no)


8. Klik continue dan macam biasa 'Request for TAC' .. akan sampai ke no telefon yang didaftarkan oleh pihak bank

9. Masukkan TAC no

10. Klik confirm dan cetak resit untuk bukti pembayaran

Semoga bermanfaat

Read More

AIR VIRAL SEDAP DARI STARBUCKS

Friday, September 22, 2017

Hai..


Kenapa lah pepagi ni busyra perlu jumpa makanan dekat wall facebook.. menggugat iman i tau.. haha. well tadi busyra ada tengok resepi air viral sedap dari starbucks.. tapi air dekat starbucks memang sedap lah kan.. itu tak dinafikan.. hehe. untuk resepi ni sejauh mana betulnya tu tak tau la sebab belum cuba lagi.. tapi akan di cuba nanti, nak tengok pening ke idok minumnya.. hehe. busyra share resepi ni dengan korang ye.. sumber pun busyra jumpa di facebook saja..
Bahan-bahan:
1. 2 sudu Milo
2. 1 paket Nescafe Latte
3. 1 paket Oldtown White Coffee Mocha
4. 1 sudu Nutella
5. 1/4 cawan Susu dutch lady
Cara-caranya:
1) Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan
2) Masukkan 2 sudu Nutella pula. larutkan dengan air panas
3) Masukkan 1/4 cawan susu putih
4) Letak ais
*Nasihat dari doktor busyra, jangan amalkan selalu nanti kena kencing manis pulak.. haha. nak try sekali tu boleh la kan sebab nak tau rasanya macam mana..
Read More

QUOTE OF THE DAY | AKHIR YANG PASTI

Wednesday, September 20, 2017

Assalamualaikum semua.


Gambar di ambil di belakang rumah busyra pada waktu petang jam 6.40 p.m

Read More

RESEPI IKAN CENCARU 3 RASA MUDAH DAN SEDAP



Hai.. Siang tadi busyra lunch dengan resepi dari bonda tercinta.. mak busyra bagi resepi ni.. so try la masak.. simple dan sedap. resepi mak tak pernah menghampakan.. resepi ni boleh diganti dengan apa saja ikan.. ikan siakap or ikan kembung pun boleh.. tak ada masalah. 

Bahan-bahan:

1. Seekor ikan cencaru
2. 2 sudu cili kering kisar
3. 1 biji tomato, 1 biji cili besar, 2 ulas bawang putih (dikisar)
4. 1 sudu sos tiram, sos cili, sos tomato
5. Sedikit nenas , timun, tomato dipotong dadu
6. Daun salad dan limau nipis
7. Gula dan garam secukup rasa


Cara-caranya:

1. Goreng ikan cencaru dan ketepikan
2. Tumis bahan kisar dan cili kering kisar
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, dan sos cili
4. Masukkan gula dan garam. Kacau beberapa minit.
5. Seterusnya masukkan hirisan nenas, timun dan tomato
6. Akhir sekali hiaskan ikan dengan daun salad dan curahkan kuah di atas ikan.. kalau yang nak ada rasa limau nipis boleh perahkan atas kuah tu ye..

Selamat mencuba..

Read More

CANTIKKAN DIRI DENGAN 6 PRODUK HIMALAYA HEALTHCARE

Tuesday, September 19, 2017

Hai semua..

Semalam bila abang posmen sampai depan rumah, hati rasa bebunga-bunga sangat.. bukan sebab hati dah terpaut dengan abang posmen hokeyyy. hahaha. tapi sebab barang yang ditunggu-tunggu dah pun sampai.. yeayy parcel Himalaya! before ni busyra bukan pengguna Himalaya. tapi dah banyak sangat busyra dengar testimoni pengguna yang pakai produk ni, semuanya positif feedback.. Himalaya bukan hanya produk kecantikan semata-mata tapi ianya menitik beratkan tentang penjagaan kesihatan jugak!


Akhirnya busyra berpeluang untuk try produk ni.. Alhamdulillah dalam parcel tu ada 6 jenis produk Himalaya iaitu untuk penjagaan luaran dan dalaman. Seperti mana yang korang tau, Himalaya ni dah ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. 

Kalau dekat kedah ni cawangan Himalaya ada di Aman Central, Alor Setar.. nanti kalau produk ni serasi dengan busyra boleh la terjah Aman Central. hehe.. 6 produk yang busyra maksudkan tu adalah Anti Hair Fall Shampoo, Protein Conditioner, Moisturizing Aloe Vera Face Wash, Nourishing Skin Cream, Neem Capsules, Lip Balm.. Kesemua produk ni akan busyra terangkan detail di bawah ye, one by one..

1. Anti Hair Fall Shampoo


Keguguran rambut lah paling kita takut sekali kan.. baik lelaki atau perempuan.. rambut adalah salah satu aset penting dekat diri kita. contohnya kalau lelaki rambut asyik gugur je pasti dorang segan nak berjumpa dengan orang ramai kan? 

Jadi disini busyra nak share tentang syampoo Anti-Hair Fall ni.. memang sangat sesuai untuk semua jenis rambut yang mengalami masalah keguguran rambut. Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik dan syampoo ni mampu menjadikan rambut lebih kuat di kulit kepala.. busyra cadangkan yang ada masalah ni cepat-cepat la try syampoo Anti-Hair Fall..

2. Protein Conditioner


Okay next! lepas korang cuci rambut dengan syampoo perlulah guna conditioner, siapa dekat sini yang guna conditioner? siapa yang guna tu memangn bagus! busyra sendiri susah nak guna, dalam erti kata lain malas!.. haha. conditioner menjadikan rambut kita lebih bermaya dan sihat.. Perempuan je ke boleh guna? ehhh siapa cakap perempuan je boleh guna, jejaka idaman malaya pun boleh uolss. haha. Ramuannya adalah aloe vera, yarrow, chick pea and sprout..

Aloe vera akan membuatkan rambut kita rasa sejuk dan best. Yarrow akan menguatkan rambut kita dan mengawal dari rambut gugur.. Chick pea pula akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjaga rambut kita supaya lebih sihat.. Last, Sprout akan menjadikan rambut kita lebih bermaya! Jadi siapa yang tak suka guna conditioner baik guna cepat! terutamanya orang yang bernama busyra.. hahaha. Cara gunanya macam mana? mudah ja just ambil sikit dan sapukan pada rambut, elakkan kena kulit kepala. Biarkan 2 minit dan bilas!

3. Moisturizing Aloe Vera Face Wash


Dalam ke enam-enam produk, ini yang paling busyra sukaaaa! sebabnya busyra sendiri tak ada spesifik cleanser untuk diri sendiri.. semua jenis cleanser busyra try.. haha. jenis kulit busyra berminyak je.. so pakai je la cleanser apa pun, janji boleh nyah kan minyak.. bila dapat clenser aloe vera ni rasa best sangat sebab boleh try benda baru.. besar pun besar. tahan lama la kalau macam ni! Apa yang busyra tau cleanser ni adalah sesuai untuk semua jenis kulit.. minyak pun boleh kering pun boleh.. sebab ianya diperbuat daripada bahan semulajadi.

Ia diperkaya dengan buah timun yang menyejukkan dan menyegarkan. Manakala Aloevera untuk melembutkan kulit kita. Selain tu, ia ada ramuan vitamin E yang sememangnya baik untuk kulit muka. Kuantitinya ada 150ml.. nanti lepas busyra dah try busyra buat review pasal ni ye..

4. Nourishing Skin Cream


Siapa penggemar pakai krim? busyra bukanlah manusia yang penggemar pada krim/lotion dan seangkatan dengannya.. hehe. rasa belengaih! bak kata orang kedah. belengaih (melekit).. tapi bila sekarang ni busyra ada masalah kulit tangan yang kering, terpaksalah cari krim wei.. tak tahan tengok tangan sendiri kering.. huhu. Dengan adanya Nourishing Skin Cream ni, busyra boleh sapu dekat tangan , muka ataupun seluruh badan.. nampak kecil tapi serba guna!

Ia dapat memberikan kelembapan dan kelembutan pada kulit kita. Antara bahan-bahan utama yang ada dalam krim ni adalah ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India.. sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya pada kulit sensitif. kalau korang pergi travel pun kan, tak perlu nak bawak lotion banyak-banyak. just bawak Nourishing Skin Cream ni saja. Mudah dan selamat!

5. Neem Capsules


Korang pernah ambil supplements apa-apa tak untuk badan korang? badan kita pun sememangnya perlukan supplements yang sihat tau.. tak semua supplements tak bagus untuk badan.. cari yang betul-betul sesuai dengan diri. Neem Capsules ni adalah disyorkan dan ia diambil pada waktu pagi selepas korang breakfast.. tak kisah la breakfast apa pun.. janji dalam badan tu dah masuk makanan.. lepas tu terus telan 1 biji..

Untuk pengetahuan korang, Neem Capsules ni berasal dari pokok semambu yang terkenal dengan pelbagai jenis khasiat.. Kelebihannya adalah dapat menyembuhkan luka, membantu membersihkan darah dalam badan dan membantu mengekalkan kesihatan kulit dan rambut. 

6. Lip Balm


Pernah tak korang alami masalah bibir kering sebab terdedah dengan cuaca dekat luar ataupun kalau duduk terlalu lama dalam bilik berhawa dingin? Busyra kan kalau berubahan tempat pun kadang tu bubir jadi kering dan sakit.. busyra ada pernah try satu jenis lip balm ni tapi tak menjadi.. huhu. sebab tu bila dapat produk Himalaya lip balm ni excited sangat nak try. 

Ada tu yang bibir sampai merekah dan ada luka yang pedih.. kesian tau, nak makan pun susah kalau sakit.. Apa yang busyra tau tentang Himalaya Herbals Lip Balm ni adalah ia akan melembapkan bibir kita secara efektif dengan bantuan ekstrak semulajadi 'wheatherm oil' dan 'carrot seed oil'.. Sangat sesuai digunakan bila-bila masa.


Bagi sesiapa yang nak cuba Produk Himalaya ni boleh la ke mana-mana cawangan Himalaya yang berdekatan dengan rumah korang.. boleh cari di sana, macam-macam jenis produk ada.. try dulu satu then baru cuba yang lain..


Website: http://himalayamsia.blogspot.my/

Phone no: 03-7956 7012

Read More