3 TIPS UTAMA MENJADI DROPSHIP BERJAYA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, October 21, 2017

3 TIPS UTAMA MENJADI DROPSHIP BERJAYA

Hai semua..


Siapa di sini minat ataupun cenderung dalam bidang bisnes? sila angkat tangan untuk permulaan soalan ni. hehe. Kalau korang salah satunya, korang kena teruskan membaca sebab busyra nak share 3 tips paling utama menjadi dropship yang berjaya.. Masih ada ke disini yang masih belum tahu apa itu dropship? Okay, meh sini busyra nak explain dulu apa itu dropship before kita teruskan untuk kedepan ye..

Apa itu Dropship?

Dropship adalah salah satu sistem yang digunakan dalam online bisnes, dimana dalam sistem dropship penjual tidak memerlukan stok barang untuk disimpan ataupun proses untuk pengiriman barang kepada customer. Dropship adalah sebagai orang tengah dalam setiap jual beli yang dilakukan. Dropship hanya perlu promote di media sosial dan jika terdapat sebarang tempahan dari customer, dropship perlu mengambil bayaran dan detail kepada customer untuk diberikan kepada founder/stokis produk tersebut. Dropship akan menolak keuntungan sendiri dari hasil bayaran customer. Jangan ada yang keliru pulak ye, sebab ada sesetengah dropship perlu keluarkan duit untuk yuran.. Jika kita invest sikit dalam modal, pasti pulangannya lebih menguntungkan.


3 Tips Utama menjadi Dropship

1. Pemilihan produk yang ingin dijual

Sebolehnya, pilihlah produk yang kita suka.. Apa yang busyra maksudkan adalah memilih sesuatu produk yang kita suka akan buatkan kita rasa tak segan silu untuk promote setiap hari.. Jangan pilih produk diluar kemampuan kita untuk menjual. Tips untuk pemilihan produk adalah memilih produk yang hangat menjadi pilihan pelanggan.. Fikir dalam skop besar terlebih dahulu barulah kepada skop yang kecil.. Contohnya, dalam skop besar adalah kecantikan dan untuk skop kecil pula ialah menjual supplement ataupun barangan makeup.. terpulang kepada diri sendiri.. begitu juga dengan produk makanan dan sebagainya.. 

Bagi pendapat busyra sendiri, pilihlah produk apapun yang penting korang kena ada kerajinan dan usaha.. Cara untuk memilih produk adalah dengan korang boleh ke website ataupun sosial media pembekal tersebut. Kaji dulu pro dan cons setiap produk yang bakal korang pilih.. Lepas tu bolehlah terus whatsapp pembekal menyatakan hasrat korang untuk jadi dropship produk mereka.

2. Pengiklanan dan Pemasaran produk

Bila korang dah berjaya memilih produk untuk dijual, seterusnya kenalah fikir bagaimana cara untuk pasarkan dan iklankan produk tersebut.. Kedua-dua elemen ini sangatlah penting untuk dropship. Rasanya bukan untuk dropship saja tetapi untuk semua peniaga diluar sana tak kisah lah agen ataupun stokis.. Bagaimana cara untuk buat pengiklanan dan pemasaran? Zaman teknologi sekarang macam-macam ada, contohnya facebook, instagram, blog, whatsapp dan sebagainya.. Promote dan terus promote di media sosial tentang produk yang korang jual. 

Bila kita dah jadi dropship dibawah stokis atau agen pasti pihak mereka akan menyediakan info-info pengiklanan, kita sebagai dropship hanya perlu copy dan paste saja. sangat mudah! Tips yang lebih berkesan adalah, korang join 20 ke atas group whatsapp jual beli produk.. setiap hari promote jualan korang tu dalam group tersebut.. Busyra yakin 100% dalam ramai-ramai yang join group whatsapp tu pasti ada yang whatsapp personal korang untuk beli produk korang tu.. So, promote lah setiap hari

3. Rajin!

Untuk tips ini tak dapat disangkal lagi, sebabnya kalau malas memang tak berjaya lah kan? bekerja lah kita sebagai apa pun yang penting rajin! pasti berjaya, samada cepat atau lambat.. Jangan malas untuk mencari ilmu pasal dropship, jangan malas untuk iklankan dan pasarkan produk korang dekat semua media sosial pada SETIAP HARI.. 


Kenapa Dropship tidak berjaya?

Tak semua dropship tidak berjaya. Apa yang penting kita kena usaha.. Busyra sendiri pernah jadi dropship masa zaman universiti dulu dan Alhamdulillah pendapatan tu boleh la sikit-sikit beli apa yang patut.. kalau nak pendapatan lebih, kena buat full time dropship. baru untung banyak.. Apa yang membuatkan dropship tak berjaya? salah satu sebabnya adalah kita tidak paham dengan jelas konsep jual beli droship.. Kalau nak lebih paham lagi, korang kena beli ebook tentang dropship.. pergi je beli di kedai-kedai buku tersohor.. pasti ada!

SEMOGA ENTRI NI BERMANFAAT UNTUK SEMUA :)

11 comments:

  1. semoga apa yg dilakukan ka n sentisa mencapai kejayaan... drpship pun bagus tuk side income malah blh buat full time... nice sharing the tips...

    ReplyDelete
  2. Btol tu. Kena rajin lg2 marketing.

    ReplyDelete
  3. good sharing busyra!betul kena rajin promote..baru orang tahu kita jual apa..

    ReplyDelete
  4. Point ke tiga tu yg payah sikit... Hehe

    ReplyDelete
  5. pernah dulu, aida nak jadi dropship.
    tapi lepas study study, tangguh dulu hasrat tu.
    nak cukup kan ilmu :)

    ReplyDelete
  6. dulu CCL pernah jadi dropship , tapi sekarang dah pelahan - pelahan

    ReplyDelete
  7. Dropship dapat menjana income lumayan jika dibuat secara serious dan ikut tips Busyra kongsi ini, in shaa Allah 💕..

    ReplyDelete
  8. Memang kena rajin dan kreatif dalam pemasaran. Bukan senang nak tackle customer utk beli produk kita kan.

    ReplyDelete
  9. Rasanya buat kerja apa sekalipun memang kena rajin, especially kalau berniaga sendiri. Good tips Busyra. Bagusnya Busyra student2 dah pandai cari income sendiri.

    ReplyDelete
  10. Yang penting rajin tu. Kalau malas tak jadi apa

    ReplyDelete
  11. Hiii setuju tu jugak busyra akak dulu dah ada pengalamn jadi dropship sekarang naik ke agen dah,,, .. dropship ni bagus, permulaan sape2 nak belajar bisnes online camnerr

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved