5 PETUA MUDAH UNTUK MELEMBUTKAN DAGING - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, November 22, 2017

5 PETUA MUDAH UNTUK MELEMBUTKAN DAGING

Petua mudah lembutkan daging

Busyra tak boleh makan daging yang liat dan ada urat. haha. cerewet kan! So, semestinya lah kena amalkan petua untuk lembutkan daging dalam masakan. Sebab iols peminat tegar nasi daging. dalam sebulan tu confirm mak akan masak nasi daging. kalau raya wajib ada! habis tu macam mana kalau daging tu liat, memang meleleh air mata la busyra jawabnya. hehe. okay jom kita tengok cara untuk lembutkan daging dengan mudah!

Petua mudah lembutkan daging

Petua 1: Menggunakan beberapa helai daun nangka yang akan dimasuk bersama-sama dalam masakan

Petua 2: Ambil daun pisang dan carik-carikkan, seterusnya masuk kedalam masakan

Petua 3: Setengah atau sebiji pinang tua. Kupas dan bersihkan dan masukkan dalam kuali untuk dimasak bersama daging

Petua 4: Petua ni untuk yang nak masak satay. Selepas perap daging bersama perencah, bungkus daging dengan daun betik. Biar selama sejam. dan baru bakar

Petua 5: Guna sebatang tebu dan potong secara memanjang. Masukkan ke dalam masakan rendang atau sup daging. Ia akan menambah kelazatan sup dengan kemanisan tebu.

Korang pasti ada cara tersendiri kan lembutkan daging? bolehlah share di ruangan komen. 


Sumber: http://resepimudah.blogspot.my

9 comments:

  1. oh rupanya.kebiasanya kalau masak daging kena rebus dulu sampai 2-3 jam (^_^).

    ReplyDelete
  2. yelah,bila daging tu liat,boleh hilang mood nak makan kan...thanks recipe ni eh

    ReplyDelete
  3. Kat rumah ni selalu guna petua no 1 tu je. Senang.

    ReplyDelete
  4. Sis suka baca petua.. Petua lembutkan daging no. 1 & 5 pernah tahu tapi nombor selebihnya baru tahu melalui entri Busyra ini.. Ada juga kata masukkan sudu besi semasa merebus daging, wallahualam tak pernah cuba...

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing the tips! Berguna sangat :)

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. akak pulak selalu rebus daging masuk kan sudu besi dalam periuk tu..nanti lembut la dia..

    ReplyDelete
  7. biasa mak guna sudu rebus skali dengan daging.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved