MUKA NAMPAK LEBIH NATURAL DENGAN BLUSHER SILKYGIRL - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, December 19, 2017

MUKA NAMPAK LEBIH NATURAL DENGAN BLUSHER SILKYGIRL

Blusher Silkygirl

Hai semua.. Siapa disini suka pakai blusher? Dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang blusher favorite busyra dari dulu sampailah sekarang.. Blusher SILKYGIRL menampakkan muka kita lebih natural dan lebih ceria.. Sememangnya ramai yang dah tau, jenama Silkygirl memang terbaik dan dipercayai.

Blusher Silkygirl

Blusher Silkygirl ada 4 jenis warna iaitu Nectar Blush, Dune Rose, Flashing Rose, dan Honeywoo.. Bagi busyra keempat jenis warna ni memang cantik.. lebih kepada warna kulit. tapi disini busyra nak bagitau tentang 2 jenis warna yang busyra dah pernah guna.

Pertama adalah warna jenis Dune Rose. Warna ni lebih kepada warna kulit dan akan nampak lebih glowing.. ala-ala shining gitewww.. sangat sesuai dengan semua jenis kulit. Busyra suka sangat warna ni. maaf la ye ambil gambar pun blusher dah habis. baru sempat nak buat entri pada korang.

Blusher Silkygirl

Jangka masa penggunaan adalah sangat lama. sampaikan busyra tak tau berapa lama. berbulan-bulan rasanya. ye la kan. busyra bukan jenis selalu 24 jam dengan blusher. maksudnya kalau keluar pergi kedai runcit tu tak da la nak pakai blusher. hehe.. buang tabiat rasa. Jadi blusher lebih tahan lama. tak cepat habis. Blusher warna Dune Rose ni akan nampak glitter-glitter pada muka.. memang cun habis . rasa macam retis-retis.. hahaha.

Blusher Silkygirl

Kod warna boleh tengok dibelakang kotak blusher. Dune Rose adalah kod 02..

Blusher Silkygirl

Okay next! Warna Flashing Rose. warna ni memang ayu je rasa kalau pakai. sebabnya warna dia yang soft pink buatkan muka rasa natural sangat. rasa macam tak pakai blusher pun.. sweet-sweet je.

Blusher Silkygirl

Warna flashing rose ni berbeza dengan warna dune rose sebabnya untuk warna flashing rose, korang calit sikit pun dah nampak dah blusher. sudah memadai.. tapi untuk kod dune rose tadi kena calit banyak sikit. yelakan dune rose kan warna seakan kulit.

Blusher Silkygirl

Warna Flashing Rose ni adalah kod pertama yang busyra beli dulu sebelum dune rose.. ni lepas dah habis dune rose berpaling semula pada flashing rose. sebab warna dia tak boleh move on beb! hehe. Kod warna untuk Flashing Rose adalah kod 03..

Blusher Silkygirl

Selain dari dua warna ni, nanti ada duit lebih rasa nak try beli yang lagi dua warna lain pulak.. Silkygirl memang menepati taste busyra.. warnanya semua cun-cun! Nak try kod 01 Nectar Blush dan 04 Honeywoo pulak.. warna nampak lebih kurang sama tapi bila di apply pada muka, akan nampak kelainan untuk semua jenis kod. 

Blusher Silkygirl
Selain dari 4 jenis warna blusher ni ada lagi kombinasi warna blusher lain.. Silkygirl ada juga keluarkan blusher 2 in 1.. Korang beli 1 tapi boleh guna 2 warna.. best jugak yang ni, busyra pun belum try lagi.. warnanya lebih menyerlah..

Blusher Silkygirl

So, blusher macam mana yang menjadi pilihan korang? Brand apa? suka yang nampak lebih menyerlah atau natural saja? Share lah di ruangan komen. :)

12 comments:

  1. Busyra pakai apa pun dah nampak cantik. Pelolesss ! tapi macam menarik untuk dicuba ira tak pernah lagi beli blusher selalu calit dap2 dengan lipstick je hehe

    ReplyDelete
  2. Flashing rose tu cantik la...rasa kalau nak lebih jimat ok guna flashing rose sebab guna sikit dah nampak warnanya..

    ReplyDelete
  3. Kak ana sampai sekarang kalau blusher wajib beli silkygirl ni. Suka amik yg duo color tu sebab combination warna dia comel je. Xcari lain dah so far.

    ReplyDelete
  4. saya suka blusher ni.. ada beli yang duo.. warna cantik bila pakai.. hehe

    ReplyDelete
  5. heheh mellya pun ada blusher ni, kecik senang nak bawak.

    ReplyDelete
  6. wa,,pemerah pipi lagi berseri - seri lah busyra nanti

    ReplyDelete
  7. Kak Sha suka Flashing Rose.. Warna dia nampak sangat menawan..

    ReplyDelete
  8. cantiknya sis pakai ^^ macam nak try pulaa. :D

    ReplyDelete
  9. Mrs.A pun suka guna blusher tapi yang light ajelah dan nampak natural.
    Sebelum ni memang guna silky girl tapi sebab masa nak beli takde stok color yang Mrs.A nak terus try beli ST alhamdulillah Mrs. A tersuka la pulak.

    ReplyDelete
  10. dulu pakai gak silkygirl.. skrg tukr maybelineee

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved