RESEPI KERABU MAGGI SEDAP GILA WEHHH! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Sunday, December 10, 2017

RESEPI KERABU MAGGI SEDAP GILA WEHHH!


Hai, busyra nak share dengan korang resepi kerabu maggi yang sangat mudah untuk buat. Bahan-bahannya pun senang cari.. Busyra memang penggemar kerabu maggi cumanya kena pandai kawal ja. haha. mana tak nya, maggi kan tak bagus kalau makan selalu.. siapa yang suka makan sayur-sayur yang fresh-fresh tu, tanpa rebus kita geng! sebab tu tekak boleh telan makan kerabu maggi ni..

Bahan-bahan:

1. 2 pek maggi (perencahnya simpan, jangan buang pulak. hehe)


2. Ayam, Sotong dan Udang (kuantiti bergantung pada korang)
3. Sayur-sayuran (2 biji tomato, sedikit carrot, 1 biji bawang holland, daun sup) -hiris
4. 1 sudu sos sotong/ sos ikan
5. Air limau kasturi (2 biji) -kalau tak ada guna limau biasa pun boleh (agak-agak rasa masam)
6. Sedikit air rebusan ayam, udang dan sotong 
7. 2 biji cili padi (kalau nak pedas, kalau tak nak tak perlu letak)


Cara-caranya:

1. Rendam maggi (jangan rendam lama, sekejap saja) kalau kembang tak sedap. maggi jenis ni cepat sangat kembang..
2. Rebus ayam, sotong dan udang (simpan air rebusan)
3. Sediakan bekas besar, kemudian masukkan ayam dan seafood serta semua bahan hirisan (sayur-sayuran) 
4. Masukkan maggi, perencah maggi, sos sotong, air limau, cili padi dan air rebusan.
5. Kacau rata dan siappp!


Selamat Mencuba!

16 comments:

  1. Terliur tengok. Mcm best je maggie buat kerabu. In shaa Allah, nanti boleh try 😊

    ReplyDelete
  2. Pedas sikit...huissss peluh dahi makan...

    ReplyDelete
  3. Haishh..yang masam2, masin, pedas tuh memang kalau makan. Terangkatttt terus!!

    ReplyDelete
  4. Mmg sdp sgt nih.. Pnh gak buat dlu².. Puas hati mkn..ltk seafood byk²πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa.. 😍😍nanti nak cuba buatla..senang je rupanya

    ReplyDelete
  6. Sally pun baru je maggi ni masa blk kg...beli seotak terus..hahahaha..nak buat kerabuuu maggi jugak :P

    ReplyDelete
  7. alaa sedapnyaa.hantar sini skit
    hee

    ReplyDelete
  8. Wahhhh sedapnya nampakkkk... nak cuba juga lah. Kecur ayaq liur tgk gambar tu.

    ReplyDelete
  9. uish kecur air liur, tak pernah cuba mkn tp bila tgk resepi homemade ni rasa terus nk cuba.tq for sharing

    ReplyDelete
  10. terus rasa terliur...sedap tapi pedas ya amat..hehehe

    ReplyDelete
  11. memang sedap sesangattt..

    http://www.umifuzy.com/2017/05/repeat-kerabu-maggi-lagi.html

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa dh lama cari resepi nk bt.. senang juga. nina ambil resepi ya πŸ˜€

    ReplyDelete
  13. CCL kalau teringin nak makan kerabu maggie , lebih suka buat sendiri , daripada beli ,

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved