ARGANIA OIL MELEMBAPKAN KULIT SEPANJANG HARI - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, January 04, 2018

ARGANIA OIL MELEMBAPKAN KULIT SEPANJANG HARI


Hai.. Alhamdulillah salah satu barang yang busyra beli dari hasil Voucher yang Lazada bagi dah sampai.. Busyra memang dah lama nak try Argania Oil ni cuma belum berkesempatan sebelum ni.. tapi lepas dapat voucher tu, terus grab dekat Lazada.. Barang sampai dengan selamat dan tak pecah.. Mula tu risau juga nak order barang kaca dengan Lazada, tapi seller yang busyra beli ni, balut argania oil dengan kemas.. balut dengan bubble wrap lepas tu letak kotak lagi.. Alhamdulillah.. So, jom busyra nak story pasal Argania Oil dekat korang! sekali pakai pun busyra dah jatuh cinta.


Apa yang best sangat dengan Argania Oil ni adalah sesuai digunakan diseluruh badan.. maksudnya boleh apply pada muka, tangan, kaki, rambut ataupun bibir.. Serbaguna! sebabnya ia memang daripada minyak semulajadi.. Packaging nya kecil je tapi boleh guna dalam jangka masa yang lama. Sangat jimat! senang dan mudah busyra nak bawa ke mana-mana.. Boleh terus masuk dalam handbag!


Lepas busyra apply pada muka dan bibir, kulit rasa moist sangat.. Even muka busyra memang jenis yg kekadang minyak, kekadang kering.. tapi dengan Argania ni rasa kulit sihat je. letak setitik ke dua titik saja sudah memadai untuk satu muka. sapu belai-belai sikit muka tu.. hehe

Selain dari boleh jadikan pelembap, Argania Oil ni memang sangat sesuai untuk makeup base. Apply dulu Argania Oil ni, lepas tu baru letak foundation.. kulit muka akan nampak glowing. Sangat mudah untuk blend kan foundation dan cepat serap ke kulit muka..


Okay, bila cakap pasal bibir kering, yes! bibir busyra bila duduk dalam bilik aircond lama-lama akan kering.. So then try la apply Argania ni.. terus jadi lembap!

Macam mana Argania merawat bibir?

1. Melembapkan bibir
2. Mengelakkan bibir hitam
3. Mengelakkan dan merawat bibir menggelupas dan berdarah
4. Sapu argania sebelum memakai lipstick untuk menggelakkan bahan kimia lipstick masuk ke bibir.
5. Bibir nampak lebih cantik dan memikat!


Rating untuk Argania Oil ni 4.5/5.. terbaik! dah lama busyra cari serum yang bagus untuk kulit. Finally dapat pun! Rasanya ini yang last kot.. tak mau tukar-tukar dah.. haha. 

p/s: Nantikan review busyra pasal mosturizer pulak ye. Coming soon!

8 comments:

  1. wahhh menariknya produk ni harus kena cuba ni

    ReplyDelete
  2. Bagusnya argan oil ni utk bibjr teruja Pula bila mama.baca

    ReplyDelete
  3. Bagus ye sebab boleh apply satu badan. Nk bawa travel pun senang sebab botol kecil lepas tu serbaguna. Nak usher juga lah. Bibir kak ana pun kering teruk skrg ni.

    ReplyDelete
  4. Akak sedang mencari jugak oil begini untuk digunakan. Dah banyak produk di pasaran kan. Ada kelulusan ke produk ni? Kalau ada, akak nak cuba. Berminat dengan packaging dan review Busyra :)

    ReplyDelete
  5. dulu ingat kulit jenis berminyak x elok pakai oil base macam ni rupanya lagi membantu. and yes.. mekap akan lagi terletak cantik ^^

    ReplyDelete
  6. Argania oil ni sama cam argan oil tak . Hehhe ..

    ReplyDelete
  7. minyak ni dari pokok apa ya? 1st time jugak dengar

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved