SEDAPNYA CENDOL PAK NIK SUNGAI PETANI KEDAH

Sunday, April 29, 2018

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

SEDAPNYA CENDOL PAK NIK SUNGAI PETANI | Busyra belum pernah sampai di Cendol Pak Nik even dah lama famous. Ramai yang cakap sedap dan lain dari yang lain.. Semalam akhirnya berkesempatan juga merasa.. Masa busyra sampai tu agak ramai juga orang yang tak henti masuk dan keluar. Tak sia-sia rasanya dapat makan disini. Betul la apa orang cakap, sedap!

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Suasana di bahagian depan kedai.. Ala-ala warung kampung tepi jalan tapi bahagian dalam kedai memang luas. 

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Ramai betul customer hari ni.. 1 meja dah 5 ke 6 orang.. Memang laris betul. Selain dari sedap, servis kedai Pak Nik ni juga cepat!

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Busyra order cendol pulut. Perghhh memang kena la dengan tekak time panas-panas ni kan. Apa yang lain dan best dari kedai lain adalah dia letak ais mesin bukan ais ketul tau. Sebab tu la sedap. Ais ni dorang mesin sama macam ABC.. Bukan busyra cakap kedai lain tak ada buat macam ni cumanya majoriti yang jual cendol akan letak ais ketul je..

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Favorite busyra la ni cendol pulut! Yang pastinya pulut dia still lembut even dah berendam dengan ais sejuk. dannnnn yang paling best, BANYAK! tak kedekut..

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Selain dari tu yang laris disini adalah laksa. Pekat juga kuah dia. rasa pedas, masin semua cukup.

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Zoom in sikitttt. Laksa gabung dengan cendol. Meletopss wehh! hehe

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Menu yang ada di Cendol Pak Nik. Harga yang sangat berpatutan..

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Walaupun nampak warung biasa tapi kedai dia kemas dan cantik!

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Gambar di luar kedai 

cendol pak nik sungai petani, cendol pak nik, cendol pulut, laksa kedah, bihun sup,

Terpaksa tutup hidung sebab kembang sangat lepas makan cendol pak nik. hahaha.. So bagi sesiapa yang datang ke Kedah dan kempunan nak makan cendol sedap. Sila datang ke sini. Rasa dulu baru komen. Busyra bagi 4.5/5..

Info Lanjut:

No Tel: 04-422 4687
Waktu Operasi: Buka setiap hari (11.00 am - 7.00 pm) kecuali Isnin tutup
Alamat: Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah (Berdekatan dengan Petronas Jalan Bakar Arang)

Read More

3 TIPS AMBIL GAMBAR MAKANAN UNTUK MANA-MANA KAMERA!

Saturday, April 28, 2018

tips ambil gambar, food photography, camera, edit photo, flatlay, pencahayaan, angles, props gambar, snap pic, tips,

3 TIPS AMBIL GAMBAR MAKANAN UNTUK MANA-MANA KAMERA! Hai gaisss. Lama busyra tak share pasal tips fotografi pada korang. Busyra pun still belajar cara nak snap pic bagi cun. Sebenarnya kan tak kisah pun guna phone apa, asalkan korang tahu caranya. Yelah kalau korang guna kamera phone yang sememangnya mahal itu satu advantage la orang kata kan. Tapi jangan risau bagi pengguna phone biasa, jom busyra share tips ambil gambar makanan yang ohsem!

1. Lighting

Kunci utama untuk gambar cantik adalah lighting. Ambil gambar ditempat yang cerah, baru akan nampak gambar tu jelas dan menentukan kualiti gambar yang kita ambil.. Boleh ja korang nak beli lampu untuk nampakkan cahaya tapi bagi busyra pencahayaan dari luar/cahaya semulajadi adalah paling cantik.

tips ambil gambar, food photography, camera, edit photo, flatlay, pencahayaan, angles, props gambar, snap pic, tips,

Bukan mudah sebenarnya nak ambil gambar. Apa yang busyra tau, nak gambar yang cantik kita kena tengok lighting dari 3 aspek iaitu belakang, depan dan tepi. Cahaya dari ketiga-tiga sudut ni penting tau. Sebagai contoh kan, korang perasan tak kalau korang ambil gambar akan nampak bayang dekat mana-mana bahagian? Itu maksudnya lighting tak cukup la tu. hehe

2. Angles

tips ambil gambar, food photography, camera, edit photo, flatlay, pencahayaan, angles, props gambar, snap pic, tips,

Untuk belajar bab angles pulak sebenarnya ikut kreativiti masing-masing.. Asalkan cantik dan sedap mata memandang dah cukup okay.. Sekarang ni kan famous ambil gambar dari atas ke bawah (flatlay).. Nak tahu lebih lagi pasal flatlay, boleh baca DISINI ..

tips ambil gambar, food photography, camera, edit photo, flatlay, pencahayaan, angles, props gambar, snap pic, tips,

Busyra pun tak ada la pandai mana. hehe. masih belajar dan terus belajar. Angles ni tak semestinya dari arah atas saja. Ambil dari bahagian tepi pun cantik.

3. Guna Props

tips ambil gambar, food photography, camera, edit photo, flatlay, pencahayaan, angles, props gambar, snap pic, tips,

Tambah beberapa props lain semasa ambil gambar. Sebagai contoh, korang boleh tambahkan sudu atau garfu untuk mencantikkan lagi gambar tu. Barulah orang lain tengok macam wauuu cantiknya visual gambar ni. Tapi ingat tau nak guna apa-apa props kena tengok juga adakah ia bersesuaian dengan konteks utama yang kita..

tips ambil gambar, food photography, camera, edit photo, flatlay, pencahayaan, angles, props gambar, snap pic, tips,

Ada juga yang busyra tengok sesetengah gambar tu, elemen utama adalah roti bakar then props tambahan letak madu ataupun coklat bar. Memang cun melecun!

Itulah 3 Tips utama ambil gambar makanan dan yang selebihnya korang kena edit sikit-sikit. Selain dari tu kan, masa korang ambil gambar cuba korang set time supaya pic tak bergegar..

Semoga tips ini bermanfaat buat semua. :)

Read More

CARA SOLAT SUNAT DHUHA BESERTA DOA

Thursday, April 26, 2018

solat sunat dhuha, solat dhuha, manfaat, fadhilat, cara mudah solat dhuha,
Sumber: google

CARA SOLAT SUNAT DHUHA BESERTA DOA | Assalamualaikum semua, dalam entri kali ni busyra nak kongsi cara solat sunat dhuha beserta doa.. Sememangnya ramai yang dah tahu besar manfaat bagi sesiapa yang mengerjakannya.. Dibawah nanti busyra juga akan share beberapa fadhilat nya ye. Jom sesama kita baca panduan dibawah.

solat sunat dhuha, solat dhuha, manfaat, fadhilat, cara mudah solat dhuha,

solat sunat dhuha, solat dhuha, manfaat, fadhilat, cara mudah solat dhuha,

Antara fadhilat mengerjakan Solat Sunat Dhuha ialah:

1. Diberi pahala sedekah
2. Tergolong dalam golongan orang bertaubat
3. Pintu rezeki dibuka seluas-luasnya
4. Berpahala seperti mengerjakan umrah
5. Disediakan rumah disyurga

Busyra pun jarang sekali buat solat sunat dhuha.. Jom sama-sama kita buat dan amalkan.. Mudah-mudahan manfaat berpihak kepada kita. InshaAllah semua dengan izinkan. Busyra hanya ingin kongsikan pada semua.. Semoga bermanfaat :)

Sumber: Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu.

Read More

Wordless Wednesday 3 : Sifat Memberi

Wednesday, April 25, 2018

wordless wednesday, sifat memberi, sedekah,

Note: Wordless Wednesday (WW) ialah 'Hari Rabu Tanpa Perkataan'. Selain itu maksud sebenarnya ialah pada hari rabu, blogger seluruh dunia akan membuat suatu entri tanpa sepatah perkataan kecuali tajuk dan gambar sahaja.

*lama busyra tak buat WW, sekarang nak start buat balik. 

Read More

GHOST MUSEUM PENANG BUKAN SEKADAR RUMAH HANTU BIASA

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

GHOST MUSEUM PENANG BUKAN SEKADAR RUMAH HANTU BIASA | Busyra memang seorang yang takut dan tak pernah seumur hidup masuk rumah hantu. nak cakap penakut sangat tu idok ler.. hahaha. sebab busyra boleh tengok movie seram/hantu.. cover wei cover. hehe. Busyra takut gelap sebenarnya. Tapi for the first time ni, try la jugak masuk sebab busyra rasa Ghost Museum ni bukan sekadar rumah hantu biasa.. Tapi ada ceritanya tersendiri. 

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

Ini bukan rumah hantu dekat fun fair tau yang biasa-biasa tu. haha.. Unik sangat hantu-hantu dekat sini. Apa yang busyra faham hantu yang dipamerkan ni ada sejarah tersendiri dan ia datang dari kepercayaan mengikut bangsa, negara dan perbezaan budaya. Ada bermacam versi hantu disini iaitu hantu melayu, Inggeris, Jepun dan banyak lagi.


Di sudut ni satu-satunya sudut yang bercahaya.. haha. tempat lain gelap gelita memang tak la busyra nak ambil gambar. Tempat lain lagi seram tau. tapi sepanjang kami masuk, ada staff sini yang explain pasal semua latar belakang hantu yang ada..


Sempat lagi bergambar keranda vampire.


Last station ghost museum.. Disini ada juga jual souvenirs. Boleh lah sesiapa nak beli buat kenangan.

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

Ada pelbagai jenis hantu di Ghost Museum antaranya ialah pocong, hantu cina, pontianak, toyol, zombi, hantu tanpa kepala, Ju-on, dan macam-macam lagi. Korang kena datang sendiri untuk tengok! ataupun boleh tengok gambar-gambar menarik di facebook mereka. (dibawah nanti busyra bagi detail). Even seram tapi best.

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

Sesiapa yang datang ke Penang boleh lah singgah ke Ghost Museum. Banyak pengetahuan yang akan kita dapat disini yang tak pernah kita tahu sebelumnya. 

Harga Tiket

My Kad

Dewasa: RM18 
Pelajar: RM10
Kanak-kanak: RM8

Non-My Kad

Dewasa: RM36
Pelajar: RM16
Kanak-Kanak: RM16

Info Lanjut

Alamat: 57,Lebuh Melayu 10100 Georgetown,Penang,Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00 am - 7.00 pm
Hotline: 04-2612352

*gambar tak banyak untuk entri kali ni*

Read More

TEMPAHAN 200PCS STICKER COOKIES & CAKES

Monday, April 23, 2018

sticker murah, sticker mirror kote, design sticker, print sticker,

TEMPAHAN 200PCS STICKER COOKIES & CAKES | Siap juga akhirnya design dan print sticker customer dari Sarawak. Customer busyra kali ni mudah sangat berurusan dengan dia. Dia request sticker jenis mirror kote warna pink, khas untuk bisnes cookies & cakes. Hanya dengan sekali design dia setuju dan proceed print.. Alhamdulillah.

sticker murah, sticker mirror kote, design sticker, print sticker,

Oleh sebab customer ni peminat kartun pooh, dia nak ada gambar kartun dalam sticker ni.. cute kan? Busyra design dengan 3 kombinasi warna iaitu putih, pink dan oren..

sticker murah, sticker mirror kote, design sticker, print sticker,

Busyra letak juga elemen kek dan cookies.

sticker murah, sticker mirror kote, design sticker, print sticker,

Berminat untuk order design & printing boleh pm busyra https://www.wasap.my/60146729316

Read More

NASI BERIANI SUPER SEDAP DI RESTORAN HAMEEDIYAH, PENANG

nasi beriani, restoran hameediyah, nasi beriani sedap, telur masin, kuah campur, nasi beriani hameediyah, restoran penang, george town,

NASI BERIANI SUPER SEDAP DI RESTORAN HAMEEDIYAH, PENANG | Busyra bukan peminat nasi beriani tapi bila nampak ja restoran hameediyah ni rasa tertarik! tengok pulak ayam madu diaa. fuhhh! iman tak boleh tahan. Ia terletak di George Town dan lokasinya mudah saja pada sesiapa yang nak ke sana.. Apa yang busyra tahu, restoran ni dah mula operasi sejak tahun 1907. Lama betul, busyra pun belum lahir. haha

nasi beriani, restoran hameediyah, nasi beriani sedap, telur masin, kuah campur, nasi beriani hameediyah, restoran penang, george town,

Yang nak pergi nanti boleh usha signboard ni warna hijau kuning. Restoran ni ada 2 lot kedai tau. Satu lot kedai untuk beratur ambil nasi dan satu lot lagi (gambar diatas) tempat untuk customer makan..


Nampak tak mai tengah excited tu nak makan. hehe. Haaa ini la dia satu lot kedai lagi yang busyra cakap tu.. khas untuk beratur ambil order nasi. Ramai wehhh! sampai ke luar. power tak power?? haha.

nasi beriani, restoran hameediyah, nasi beriani sedap, telur masin, kuah campur, nasi beriani hameediyah, restoran penang, george town,

Tergodaaaanya tengok syurga makanan. macam-macam jenis lauk dan masakan ada. Sampai tak tau nak pilih yang mana. Tapi disebabkan iouls suka masakan ayam madu, ambil tu je lah. Nanti ambil banyak-banyak kesudahnya tolak tepi jugak kan.. haha

nasi beriani, restoran hameediyah, nasi beriani sedap, telur masin, kuah campur, nasi beriani hameediyah, restoran penang, george town,

Kedai dia bersih, busyra suka. Dorang memang menjaga kebersihan.


Confused bila tengok ayam gorenggg! besaq besaq orang kedah kata. 

nasi beriani, restoran hameediyah, nasi beriani sedap, telur masin, kuah campur, nasi beriani hameediyah, restoran penang, george town,

And finally setelah berhempas pulas menunggu, dapat pun makanan! fuhh.. Ayam dia besar weii.. kedabak,. nasi tu of course ambik half saja. sebab kalau nasi yang biasa memang banyak. Busyra makan Ayam madu, kuah campur dan telur masin, total RM12.. Belum termasuk air tau. hehe. tapi puas hati makan sebab sedap. 

nasi beriani, restoran hameediyah, nasi beriani sedap, telur masin, kuah campur, nasi beriani hameediyah, restoran penang, george town,

Jom hampa pakat-pakat mai sini merasa nasi beriani super sedap gila! memang femes area Penang.

Info Lanjut

Waktu Operasi: 10.00 am - 10.30 pm
Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Read More

TEDDYVILLE MUSEUM ADALAH MUZIUM TERCOMEL DI PENANG

Saturday, April 21, 2018

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

TEDDYVILLE MUSEUM ADALAH MUZIUM TERCOMEL DI PENANG | Hai korang! Baru-baru ni Busyra ada jenjalan ke sebuah muzium tercomel di Penang tau. Serius comel tak tipu. hehe.. Untuk pengetahuan korang, TeddyVille dibuka sejak tahun 2016 di DoubleTree Resort, Hilton Penang. Apa yang diceritakan di sini? Sejarah beruang teddy serta budaya Pulau Pinang.. Nak tahu lebih lagi? Jom teruskan membaca.


Di Galeri TeddyVille ini lah bermula story tentang sejarah dan asal usul beruang! Unik sangat wei. Busyra sebelum ni tak pernah tau pun. heee. Koleksi-koleksi Teddy Bears ni adalah dari pelbagai negara dan era; seawal tahun 1900-an. 

Golden Teddy (America)

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Ini salah satunya. Setiap Teddy ada penceritaannya tersendiri. Tapi kalau busyra nak story one by one, esok pun tak habis . hehe


Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama


Rumah P. Ramlee

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Rumah kepada pelakon, pengarah, penyanyi, penulis lagu, komposer dan penerbit filem Malaysia.. Al-Fatihah

Warung Mamak

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Perayaan Tahun Baru Cina

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Baba and Nyonya


Free Industrial Zone Penang

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Kedai Gunting Rambut yang dibuka oleh orang India

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Datuk Jimmy Choo


Beliau seorang pereka kasut kelahiran Pulau Pinang yang berpusat di London, England.

Gurney Drive Pulau Pinang

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Tempat pelancong datang untuk merasai makanan tempatan

Pantai Batu Ferringhi


Banyak betul pelancong datang ke sini.. korang nampak tak ada perempuan cantik pakai bikini tu. :p

Proses Perusahaan Batik

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Sememangnya kraftangan batik ini menjadi tradisi Malaysia sejak dulu lagi.

Poseeee! Beary Shiok!!


Bagi Teddy lovers, korang memang wajib datang ke sini! Bukan sekadar jalan-jalan je tau tapi korang boleh mengetahui sedikit sebanyak budaya Pulau Pinang dan dapat berinteraksi dengan Cik Teddy. haha. Bergambar laaa, apa lagi kann. 


Kanak-kanak mesti suka ni. hehe.. Lepas dah selesai snap pic berjemaah, korang boleh membeli cenderahati yang menarik untuk dijadikan kenangan.

teddy ville museum, teddy ville penang, jalan jalan penang, muzium penang, muzium teddy bears,

Harga Tiket

Pemegang My Kad 

Dewasa : RM 27.00
Pelajar : RM 22.00
Kanak-kanak : RM 15.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : PERCUMA 

Bukan Pemegang My Kad 

 Dewasa: RM 36.00
Pelajar: RM 29.00
Kanak-kanak: RM 25.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun: PERCUMA

Info Lanjut

Facebook: TeddyVille Museum
Hotline: 016-550 5949
Alamat: GF ( Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang),
56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00 am – 6:00 pm)

Read More