ID.AZ DERMASTIC SHEET MASK MELEMBAPKAN KULIT WAJAH!

Friday, November 01, 2019

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

ID.AZ DERMASTIC SHEET MASK MELEMBAPKAN KULIT WAJAH! | Lama rasanya busyra tak review mask. Bukan saja nak review, nak manjakan wajah dengan mask pun tak sempat tau.. Serius lately ni busyra busy sangat. Siang ke kerja, malam fokus siapkan design customer. Oh masa!! So now, ada sikit masa ni nak story pasal Produk dari ID.AZ Dermastic Sheet Mask.

Produk ID.AZ 

Dihasilkan di sebuah hospital kecantikan yang terbaik di Korea yang lebih dikenali dengan 'Asia Beauty Care' dan diberi nama ID Hospital. AZ pula maksudnya merangkumi semuanya bermula dari A sampai Z. ID Hospital memang pakar dalam bab kecantikan kulit dan jenama ID.AZ salah satu jenama yang popular di Korea.

3 Variasi ID.AZ Dermastic 

Dikeluarkan dalam 3 variasi iaitu dan ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask, ID.AZ Dermastic WATER-Fit Mask, ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask..

1. ID.AZ Dermastic GOLDEN -Fit mask > Nutrition

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask adalah sejenis hydro gel gold sheet mask yang mengandungi 99% emas sebenar yang memberikan nutrisi terbaik kepada kulit ibarat penjagaan kulit mewah. Bahan-bahan lain seperti madu, royal jelly, propolis, red ginseng, collagen, ceramide, aloe dan panthenol juga terkandung dalam golden-fit mask. Kalau nak tahu, golden fit-mask ni adalah rawatan yang paling popular di ID Dermatology. Kemewahan nutrisi golden fit-mask setanding dengan rawatan popular dermatologi.

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Harga: RM19.90

Dengar nama Golden -Fit Mask ni memang buatkan busyra tak sabar nak cuba. Bila dah cuba. Yes! memang best. Nama pun dah wauu! Golden! Tak perlu lagi dah sibuk-sibuk nak ke spa.. buat saja dirumah. Tenang dan muka pun ada sinar gold gituuu. hehe

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Mask ni di datangkan dengan 2 bentuk saiz, atas dan bawah (asing-asing). Apa yang bestnya, mask ni memang mudah melekat di muka. Tapi bila time nak pakai, kena slow-slow sebab muka terkoyak. Apapun Golden-Fit Mask ni terbaikk!! 

2. ID.AZ Dermastic WATER- Fit Mask > Hydrating

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Kadang kalau kita seharian ada dalam air-cond, kulit pasti kering kan? Kulit jadi tak moist dan rasa kering sangat.. Apa guna ada Water-Fit Mask kan?? Dengan penggunaan yang konsisten mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit muka korang. Bahan-bahan yang penting seperti sea water, hydrolyzed collagen, asid hyaluronik, panthenol, betaine, dan allantoin. Betaine adalah humectant dan anti-iritasi yang terdedah kepada ikatan hidrogen (berinteraksi dengan air) dan meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan.

Harga: RM12.90

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Sheet mask ni tak tebal dan tak nipis tau! best-best je. Warna putih macam mask biasa. Betul-betul melekap dan padan dengan bentuk muka. Sukanya pakai Water-Fit Mask ni. Rasa kulit muka lebih segar dan anjal. Water - Fit Mask ni adalah aura water sheet mask yang membuatkan kelembapan berganda pada kulit muka secara mendalam. Rasa kulit muka lebih lembap dan lembut selepas pemakaian water fit-mask, hanya 10-15 minit.

3. ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask > Brightening

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

ID.AZ Dermastic Brigh-Fit Mask ini mengandungi pearl extract, ortulaca oleracea extract dan berry complex yang membantu mencerahkan tona kulit menjadi lebih cerah. Apa yang bestnya dia tak melekit tetapi kulit wajah rasa lebih tegang dan licin. Terbaik! Yang nak kulit lebih cerah bolehlah selalu amalkan pakai Bright-Fit Mask ni. Lepas korang dah buang mask dari muka, terus sapu lebihan ekstrak intipati pada kulit wajah. Mesti rasa segar lepas tu!

Harga: RM12.90

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

For those yang ada masalah kulit tak sekata, sunburn ataupun kulit kusam, ia sangat-sangat berkesan! Membantu merawat kulit lesu supaya jadi lebih segar dan bermaya. Busyra akan amalkan seminggu sekali pakai mask ni. Lembutnya tuuuu, alahaiii bila pakai best betul! Then tidur.. Nyenyaklah tidur malam anda.. hehe. Mask ni besar sikit, penuh satu muka kalau pakai. Sesuai untuk semua jenis muka.

Cara Penggunaan ID.AZ Dermastic Mask

1. Cuci muka dengan air bersih.
2. Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan plastik.
3. Pakai mask pada muka dan lekatkan mengikut kesesuaian muka.
4. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian tanggalkan dan sapu muka perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit.

Boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih atau beli secara online melalui website atau media sosial di bawah.

Info lanjut:

Read More

5 BENDA YANG MAK WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL BERSAMA ANAK KECIL

Wednesday, September 25, 2019

5 BENDA YANG MAK WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL BERSAMA ANAK KECIL | Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun kebawah ni. Percutian bersama anak yang masih kecil mesti dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tak la berasa stress sepanjang percutian.

Okay, busyra nak share 5 benda yang mak-mak wajib bawa ketika travel bersama baby atau anak kecil supaya mak yang handle anak tak panik dan stress.

1. MAKANAN BAYI KHAS UNTUK TACKLE PICKY EATERS KETIKA TRAVEL

Ha..baby bila lapar atau tak makan on time kadang boleh menyebabkan diorang ni restless time travel atau holiday. Tapi kadang-kadang nak travel dengan anak cerewet makan ni bukannya senang. Habis semua makanan diorang memilih dan reject untuk makan. Sampai stress kepala kita fikir nak bagi anak kita makan apa kan?

So busyra nak suggest mommy yang ada anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun untuk try travel dengan Baby Sadoo.

baby food, makanan bayi ketika travel,

Baby Sadoo ni merupakan makanan baby yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun tanpa tambahan garam, gula & pengawet tau.

Baby Sadoo ni dibuat khas oleh bekas jururawat berdaftar yang pernah bekerja hampir 7 tahun bersama Sime Darby Medical Center.

Apa yang best dengan Baby Sadoo ni sebab dia lengkap nutrisi, dalam 1 botol tu dah siap dah carbohydrate, protein dia, fiber dia, callorie dia. So waktu travel senang, mak-mak tinggal panaskan je Baby Sadoo ni tak sampai 1 minit dah boleh terus suap anak makan kat mana-mana je termasuklah bila diorang lapar dalam kereta, flight, train, atau time tengah janjalan menikmati pemandangan percutian pun boleh.

Apa yang best dengan Baby Sadoo ni sebab dia lengkap nutrisi, dalam 1 botol tu dah siap dah carbohydrate, protein dia, fiber dia, callorie dia. So waktu travel senang, mak-mak tinggal panaskan je Baby Sadoo ni tak sampai 1 minit dah boleh terus suap anak makan kat mana-mana je termasuklah bila diorang lapar dalam kereta, flight, train, atau time tengah janjalan menikmati pemandangan percutian pun boleh.


Baby Sadoo ni best sebab menu dia menarik dan sedap-sedap dari bahan semulajadi dan senang tak payah nak tambah apa-apa dah dan tak payah nak pening fikir nak masak apa untuk anak cerewet makan ni time travel. Ia sangat praktikal untuk mak-mak yang nak travel dengan anak cerewet makan untuk bawak Baby Sadoo yang food on the go ni.

Botol dia ni pun selamat untuk nak panaskan terus dalam microwave atau water heater. Botol pun jenis botol kaca yang berkualiti. So tak adalah nak risau tindak balas kimia dari botol ni pindah ke makanan baby atau apa time panaskan. Yang penting baby suka sangat makan dan sekali makan kadang-kadang tak cukup sebotol.


Senang travel dengan Baby Sadoo ni. Panaskan, terus suap je makanan sihat, berkhasiat, sedap dan lengkap nutrisi untuk baby cerewet makan kita. Tak payah nak tambah apa-apa dah dalam Baby Sadoo yang 'Complete Meal' ni. Senang sangat.

Haa. kalau mommy nak tahu Baby Sadoo ni jugak merupakan antara Makanan Bayi No. 1 di Malaysia yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan tau dan terbukti mempunyai hampai lebih 3000 testimoni dari ibu-ibu yang mempunyai masalah anak cerewet makan, bantu ibu bekerjaya yang tak sempat sediakan makanan bayi sihat dan berkhasiat untuk anak-anak dirumah atau bekalan ke rumah pengasuh dan bantu memudahkan mommy yang nak travel bersama anak picky eaters ni.

Ramai mommy2 kat Malaysia pilih untuk travel dengan Baby Sadoo yang convenient for travelling ni. Recommended sangat. Sebab senang, Panaskan je sebotol Baby Sadoo, tak payah nak tambah apa-apa dah, boleh terus suap baby makan makanan bayi yang 'complete meal'.

Kalau mommy nak dapatkan Baby Sadoo atau berminat untuk apply for agent reseller boleh Follow :

FB/ IG: Baby Sadoo HQ
https://www.facebook.com/babysadoobabyfood/
https://www.instagram.com/babysadoohq
Contact: wasap.my/60196649388/babysadoobabyfoodsblogger
Location: https://maps.app.goo.gl/JDftjtTaECCiyJ4RA

2 ) ALAT HIBURAN, TOYS ATAU EDUCATION TOY MUDAH TRAVEL

Ketika sediakan barang perjalanan, jangan lupa mak bekalkan satu atau dua toys untuk anak bermain ketika flight atau sepanjang travel. Untuk membantu mak supaya anak tenang dan tenteram sepanjang percutian, mak boleh bekalkan gadget seperti Ebookku Islamic, Buku Islamic Berbunyi dan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop. Gadget seperti ini akan membuatkan anak leka explore sesuatu yang baru beserta berilmu dan menghiburkan. 


baby food, makanan bayi ketika travel,



Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop ini juga dapat membantu menenangkan anak dengan fungsi white noise untuk baby bawah usia sebulan, lullaby (lagu dodoian anak) ketika letih ingin tidur serta terdapat fungsi butang alunan bunyi pantai yang mendamaikan. Bukan itu sahaja, terdapat butang surah-surah terpilih buat peneman anak ketika travel. Jika anak peminat tegar kartun Omar Hana, ibu bapa harus dapatkan Islamic Audio Device ini dari Mama Zie Kerlazz Shop kerana ada beberapa lagu hits dari kartun Omar Hana untuk hiburkan hati anak sepanjang perjalanan ibu bapa bercuti.

FB/IG: Mamazie Kerlazz
https://www.facebook.com/mamaziekerlazz/
Contact: 018-3962999

3) IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD

Sekiranya bayi mommy sudah boleh makan, jangan dilupa bawa bekalan makanan instant yang sihat buat mereka. Instant di sini bermaksud mudah disediakan tetapi sihat kerana tidak mengandungi bahan terlarang yang belum mampu ditapis oleh usus bayi anda.

Izliyah Kitchen menyediakan makanan bayi yang mudah disediakan ketika travel. Pastinya memudahkan kerja mak-mak tatkala travel tidak perlu membawa periuk nasi dan segala bahan mentah untuk dimasak atau perlu prepare awal2 dari rumah sebelum mula travel. Produk izliyah telah diiktiraf dengan sijil HALAL dari JAKIM. Produk ni juga tidak sama sekali mengandungi bahan pengawet dan gula sintetik.


Terdapat beberapa jenis makanan bayi di Izliyah Kitchen iaitu:

Bubur (ada bubur kasar dan bubur halus)
Biskut (ada pelbagai perisa seperti kurma,kismis dan pisang)
Serbuk perasa (ada serbuk ayam, serbuk bilis, serbuk sayuran dan serbuk buahan)

Ke semua di atas adalah mesra travel kerana amat mudah untuk disediakan. Konsep kami, menyediakan bubur segera dengan hanya bancuh air panas tetapi sihat dan bebas bahan pengawet.

Contact: 017-772 3571

4) PENEYELAMAT ANAK DARI BATUK & SELESEMA

Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap susah nak nafas, sebab hidung tersumbat atau berkahak teruk. Tak lalu makan dan muka pucat bila jadi macam ni. Malah, jika tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa!

So sis nak ingatkan mak-mak untuk always standby benda wajib ni ketika travel dengan anak kecil.

Ramai juga yang tanya. Ada ke sapuan bayi yang boleh bantu atasi masalah ni secara semulajadi? Jawapan nya ADA! Gunakan jer sapuan bayi Mamz. Paling penting Mamz ni ada pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibuat dari bahan semulajadi Habbatus Sauda. Memang elok untuk bayi. 



Mamz Spray merupakan penawar bagi masalah utama bayi seperti masalah berkahak, masalah selsema dan masalah batuk. Sesuai digunakan oleh bayi seawal dalam pantang sehingga berusia 6 tahun.

Mamz Spray juga sangat sesuai digunakan sebagai sapuan harian bayi walaupun telah sihat bagi menggantikan minyak telon. Sapukan selepas mandi agar antibody bayi semakin kuat dan sapukan sebelum tidur agar bayi tidur lebih lena.


Kalau ibu-ibu nak tau lebih lanjut mengenai Mamz ni boleh je terus ke www.mamz.com.my  atau boleh juga lihat kt https://www.facebook.com.my/MamzOfficialHQ . Testimoni yang dah guna Mamz ni pun da beribu dah. kalau nak baca testimoni tu klik jer link wasap bawah ni.

Contact: 019-6449092
Website: www.mamz.com.my

5) SNACKS & BISKUT SIHAT UNTUK ANAK KECIL

Rush Baby Food menjadi pilihan utama ibu-ibu yang mengutamakan #BMF dan yang terbaik untuk bayi mereka tetapi cepat mudah dan pantas.

Bubur bayi segera keluaran Rush Baby Food dalam bentuk flakes beras semakin mendapat permintaan tinggi kerana ianya yang hanya perlu dibancuh dengan air panas sahaja, bila-bila masa sahaja boleh disediakan sama ada di dalam kereta, train, flight, tepi pantai dan sebagainya. Rasanya yang sedap dan harum seakan ibu baru lepas memasak diatas dapur membuatkan bubur bayi Rush Baby berbeza dari yang lain. Terdapat dua pilihan iaitu beras putih dan beras perang. Bancuh flakes sahaja pun dah licin bayi makan apatah lagi jika di tambah dengan Serbuk Buah Mango, Serbuk Ayam atau Serbuk Purple Sweet Potato yang juga dikeluarkan oleh Rush Baby Food. Tabur-tabur je dah siap, tak perlu masak pun. Senang kan?
baby food, makanan bayi ketika travel,

Bukan sahaja bubur, malah Rush Baby juga ada menyediakan Biskut bayi dengan nama Bone Broth Cookies. Mula diperkenalkan pada November 2017, ianya terus menjadi bualan mulut ibu-ibu yang lebih prefer Homemade Babyfood. Apa yang istimewanya tentang biskut bayi ini, salah satu kandungan di dalamnya ialah Chicken Bone Broth.

Banyak khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada Chicken Bone Broth dan ternyata ianya sangat bagus untuk perkembangan bayi seperti yang dinyatakan oleh Dr Suriyakhatun merupakan Doktor Perubatan Homeopathy. Kelebihan lain yang ada pada biskut bayi ini ialah tidak terlalu gebu dan tidak mudah hancur. Seawal 7 bulan bayi dah boleh mencuba Bone Broth Cookies ini walaupun belum ada gigi. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu kurma yang menjadi best seller, kemudian apricot raisin dan yang terakhir adalah avocado cheese.


Ketiga-tiga biskut bayi ini diadun menggunakan bahan yang berkualiti seperti unbleach flour, anchor unsalted butter, puree buah sebenar, tepung jagung dan juga Chicken Bone Broth.

Yang baru merancang percutian atau yang tengah bercuti, boleh je dapatkan Makanan bayi keluaran Rush Baby Food ini daripada agen-agen berdekatan anda atau dari butik-butik baby terpilih seperti Tateh, One Baby World, Yons dan banyak lagi. Boleh juga layari terus Facebok dan Instagram Rush Baby Food HQ untuk dapatkan info lebih lanjut.

Contact: 0199559334

Read More

JANA 4 ANGKA SEMINGGU, BERNIAGA DI SHOPEE!!

Tuesday, September 03, 2019

JANA 4 ANGKA SEMINGGU, BERNIAGA DI SHOPEE | Sekarang ni semakin ramai seller yang menggunakan pendekatan Shopee sebagai platform utama dalam berbisnes. Tapi tak ramai yang mampu menjana income 4 angka dalam seminggu. Woww!! Boleh ke dapat sampai beribu?? Berniaga online je pun! Jika kita tahu panduan yang betul, semuanya tak mustahil..

panduan shopee, jana empat angka seminggu, buat duit dengan shopee, bisnes shopee, ebook shopee,

Bagi busyra, laman website Shopee adalah satu medium yang power untuk peniaga online meluaskan bisnes masing-masing. Cari keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebagai penjual kita perlu ada target utama dalam perniagaan yang dijalankan. Tak boleh main redah saja. Perlu ada plan dan startegi yang bagus. 

Panduan Lengkap Cara Berniaga di Shopee

Sayang la kan kalau kita masuk Shopee asyik habiskan duit saja. Apa kata kita pula mainkan peranan sebagai seller?? Pasti menguntungkan. Apa yang perlu kita buat untuk step pertama? Confirm lah kena daftar terlebih dulu akaun persendirian di website Shopee.. 

"Macam mana tu saya tak tahu".......

Tungguuu! Baca sampai habis, mesti korang akan dapat jawapannya nanti.


Sebab itulah kita kena ada panduan lengkap untuk bisnes di Shopee. Ikut saja step by step untuk jana income. Nak buat akaun Shopee memang mudah tapi nak jalankan selama berbulan-bulan itu perlukan strategi hebat seperti yang busyra bagi tau tadi. 

Apa Yang Best Jual Barang Kat Shopee?

Shopee ni lebih kurang sama je macam Ebay, Lelong dan juga Lazada. Ianya sebuah website marketplace iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang. Bahasa mudahnya.. Shopee ini adalah sebuah PASAR.. Tetapi secara online.

Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya. Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, korang pernah menjual di FB atau IG serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale. Memang leceh sikit kalau guna cara tu.

Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale. Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah! Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer. Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga. Siap! Kalau ada orang beli nanti akan dapat notification dari pihak Shopee. Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab melayan customer yang belum tentu pun nak beli.

Apa yang paling menarik? Di Shopee ni, pelawatnya ramai. Ramai giler! Secara kasar bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan.. Iaitu kira-kira 700,000 orang sehari. 

Apa yang lagi-lagi-lagi best pasal shopee ni? Pelawat-pelawat kat website/apps Shopee adalah dari golongan yang mempunyai keinginan membeli yang tinggi. Sebab itulah mereka masuk/buka apps Shopee. Tujuan utama memang nak membeli. Tidak seperti di Facebook atau Instagram yang kebanyakkannya orang buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja. Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & IG untuk cari dan beli barang. Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & IG payah sikit. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!

Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di Shopee ini!

Banyak Ke Dapat Sale Kat Shopee?

panduan shopee, jana empat angka seminggu, buat duit dengan shopee, bisnes shopee, ebook shopee,

panduan shopee, jana empat angka seminggu, buat duit dengan shopee, bisnes shopee, ebook shopee,

Kalau korang betul-betul nak berbisnes, jom gunakan e-book ini sebagai panduan utama untuk jana pendapatan. Bukan calang-calang penulis tau yang menulis e-book ini, beliau adalah seorang yang berjaya menjana income yang kebabom menerusi Shopee. Jangan risau, panduan ini cukup lengkap dan mudah difahami. Apa yang korang perlu buat adalah baca dan faham serta laksanakan!

Ebook Panduan Lengkap Shopee

panduan shopee, jana empat angka seminggu, buat duit dengan shopee, bisnes shopee, ebook shopee,
Jika korang berminat untuk mengetahui tentang selok-belok rahsia kejayaan jana 4 angka seminggu dengan Shopee boleh dapatkan e-book di pautan ini sekarang -  Ebook Panduan Bisnes Shopee (harga RM100)

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila korang membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email korang dan korang perlu download ia ke komputer atau smartphone sendiri. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah korang.

p.s: Sekarang ni tengah promosi, bila-bila saja harga ebook ini akan naik harga. Jadi korang rebutlah peluang yang ada. Walaupun ianya RM100 tapi bermanfaat untuk selamanya..

Read More

RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT

Wednesday, August 28, 2019

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT | Hai korang! Harini busyra nak share resepi mudah buat donut.. Donut ni kalau makan waktu petang mahu pula masa tu hujan.. fuhhh. sedap! Busyra makan pelik sikit cicah dengan sambal ikan bilis. hehe. disebabkan gula yang ada pada donut dah manis, so kena gabungkan dengan pedas pula. Okay! Jom tengok resepinya!

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Bahan A:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 1/2 cawan air suam
2 sudu gula
**campurkan bahan ni dan biarkan kembang selama 15 minit**

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Bahan B:

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1 sudu teh/kecil baking powder
1 sudu teh/kecil garam

Cara-Caranya: 

1. Ramaskan bahan B hingga sebati.
2. Kemudian campurkan dengan Bahan A, uli dan gaul rata.
3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

4. Adunan memang jadi lembik tapi korang jangan risau ye.. Jangan cuba-cuba nak tambah tepung tau.. haha
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan tekap. (busyra terlupa beli acuan nya, so terpaksalah buat secara manual. haha. buruk naww).
6. Biarkan lagi selama 30 minit.. Lepas tu baru boleh goreng. Pastikan minyak betul-betul panas.. Goreng dengan api sederhana perlahan.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Nak buat frozen pun boleh!! goreng dulu 1 minit kemudian simpan dalam plastik, masukkan dalam peti bahagian atas sekali. Bila petang, bolehlah goreng makan panas-panas.. Jika korang buat frozen,  keluarkan dulu dalam 20 minit baru goreng ya.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Selamat Mencuba!

Read More

RANCANG PERCUTIAN JIMAT DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION 2019

Saturday, August 24, 2019

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

RANCANG PERCUTIAN JIMAT DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION 2019 | Hai korang, dah nak dekat akhir tahun ni mesti terfikir nak bercuti kan? Dalam kepala ni asyik terfikir tempat-tempat menarik je ni, ye la mana tak nya setiap hari badan ni penat dengan bekerja sesekali nak juga tenangkan fikiran.. Tak kisah sebenarnya dapat bercuti dalam atau luar negara, yang penting bercuti yukkk! hehe. Sementara masih ada masa ni, jom rancang percutian jimat dengan Traveloka Saleabration!

Bila sebut saja percutian ni pasti macam-macam nak kena fikir. Yang paling menjadi keutamaan adalah tiket penerbangan dan hotel penginapan.. Busyra bukan lah seorang yang kaki travel, tapi pastinya suka travel! hehehe. Busyra sendiri ada tempat idaman yang nak sangat pergi dari dulu.. Banyak perkara yang kita kena research before travel. Dari A sampailah Z tau bukan main-main bedal je nak bercuti.. haha. Tambahan pula kalau pergi luar negara.

Pada bulan Mac yang lepas, ramai kaki travel yang tidak terlepas untuk menghadirkan diri dalam Matta Fair 2019. Event ini adalah pesta pelancongan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan terkenal sebagai pameran pelancongan terbesar yang diadakan pada setiap tahun. 

TRAVELOKA SALEABRATION & MATTA FAIR 2019


traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,
Antara tawaran yang ada adalah seperti diskaun tiket kapal terbang, diskaun hotel, pakej untuk luar negara dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang yang ada, sememangnya tak lekang lagi dengan tawaran pakej percutian yang menarik dan murah! Busyra sendiri tak sabar nak tunggu apa promosi yang akan berlangsung di website Traveloka nanti. Mana tahu boleh terus grab peluang promo yang lebih murah dari harga asal serta berbaloi baloi..

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

Bagi yang terlepas entri busyra yang lepas, busyra pernah ke Kuala Lumpur pada awal tahun haritu.. Masa tu Traveloka memang dah ada dalam fikiran. Terus booking hotel penginapan melalui Traveloka. Harga masa busyra tempah tempoh hari memang berbaloi dengan hotel yang busyra pilih. Selesa dan besar. Mudah sangat berurusan dengan Traveloka. Yang paling penting, jimat masa dan tenaga. Klik-klik dah siapppp!

Kenapa Traveloka menjadi Pilihan?

Dengan Traveloka ni mudah sangat sebab kita boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Bagi yang belum tahu, Traveloka merupakan satu platform carian tiket penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara dengan lebih 100,000 laluan penerbangan dan lebih 100,000 pilihan hotel di seluruh dunia. See! busyra tak perlu dah nak cari wesbite-website lain untuk buat tempahan. Di sini lah tempat yang sesuai untuk buat semua tempahan. Tiada cas tersembunyi bagi sebarang urusan yang dibuat. Tambahan lagi, korang boleh download aplikasi Traveloka di smartphone sendiri. Lagi senang kan?

Pulau Belitung Indonesia, Pulau Idaman

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

Busyra teringin sangat nak ke Pulau Belitung, Indonesia.. Cantik! Indonesia adalah salah satu negara yang bajet untuk percutian.. Busyra ada baca satu pasal Trip ke Pulau Belitung yang mengambil kos lebih kurang RM1100 - RM1500 keatas.. Yang pentingnya kena pandai pilih tiket flight dan hotel.. Apa lagi Traveloka la tempat nak usha-usha nanti. hehe..

JOM DOWNLOAD SEKARANG!

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

Korang!! Dah bersedia untuk promosi percutian yang hebat? Jangan lupa tau Traveloka Saleabration tak lama lagi akan berlangsung iaitu pada 26 Ogos - 27 September 2019.. Sama-sama kita rebut "cheap flight deals" dan hotel yang superb jimat!

Read More

TIPS SIMPAN DUIT SELAMA 4 BULAN UNTUK MELANCONG

Wednesday, August 21, 2019

melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,

TIPS SIMPAN DUIT SELAMA 4 BULAN UNTUK MELANCONG | Semua orang suka travel, tapi tak semua yang mampu nak travel selalu ataupun ada yang tak pernah kenal pun apa itu travel. Macam-macam alasan kita beri, banyak komitmen sampaikan tak sempat nak tarik sikit duit simpan untuk diri sendiri.. Percayalah korang, jika cara kita menabung betul, InshaAllah boleh!

melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,
sumber : Google

Cara-Caranya :

1. Plan "ke mana" nak pergi .

2. Tetapkan tarikh "bila" kita nak pergi . 

3. Cari tahu kos (anggaran saja) termasuk kos minyak kereta, penginapan , anggaran belanja makan , dan berapa bajet untuk shopping.

4. Kirakan tempoh berapa lama masa kita ada untuk saving sebelum tarikh pergi .


melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,
sumber : Google

5. Misalkan sekarang OGOS, dan kita nak pergi trip on DECEMBER. So, berapa bulan kita ada ? 4 bulan!

4 bulan = 30 hari x 4 = 120 hari

Kalau anggaran bajet untuk pergi bercuti adalah RM1000

RM1,000 bahagikan dengan 120 hari 
Bersamaan, RM8.30

Sehari simpan 9 ringgit . Takkan tak boleh?

RM9 x 120 hari = RM1,080

Cukup kan? Ini cara orang susah . Kalau tak berduit, kena belajar menabung. Apa pun boleh dapat, InshaAllah. Simpan sehari sikit , pasti tak terbeban . Kalau nak simpan beratus sekali gus dalam sebulan , memang lah rasa bebannya . So, work smart okay? and tak perlu pun melancong jauh-jauh, dalam Malaysia pun okay.


Busyra jumpa tips ni dari facebook kawan busyra.. Dia kongsikan pada semua. Busyra sendiri pun sebenarnya berat nak menabung macam ni. Tapi InshaAllah, akan diusahakan. Bukan untuk orang lain untuk diri sendiri juga. Semoga bermanfaat buat semua.

Read More

FAVORITE DRAMA | SWEET DREAMS LAKONAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR

Monday, August 19, 2019

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

FAVORITE DRAMA | SWEET DREAMS LAKONAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR | Sekarang ni dah jadi fenomena sign language.. Semuanya gara-gara Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah dan Ben Amir. Arahan Michael Ang berjaya memukau ramai rakyat Malaysia untuk tidak melepaskan peluang menonton drama ini pada setiap episod. Busyra sendiri pun terjebak ni haaaa. 

Bila kita tengok sesebuah drama jangan sekadar menonton for fun, gelak-gelak, sedih-sedih then habis.. Tapi ambil lah seberapa banyak pengajaran dari sesebuah cerita. Setiap cerita pasti ada intipati tersendiri. Bukan cerita sekadar borak kosong. Dalam drama Sweet Dreams ni busyra dapat banyak input dan boleh kita contohi yang baik dan elakkan sesuatu yang tak baik.

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

First, watak Mira Filzah pegang adalah watak seorang yang bisu. Setiap orang dekat dunia ni even bisu, pekak, buta, mereka semua ada hati dan perasaan. Jadi janganlah sewenangnya saja diperlakukan yang tak baik. Watak Didi Astilah sebagai Melissa yang suka sangat buli Si Putri, sedangkan kerja Putri jauh lebih baik dari dia..

Second, pengorbanan Qash Adam watak yang dilakonkan oleh Ben Amir. Entah siapa yang dia mimpikan tapi dia tetap nak tolong walaupun tak kenal sama sekali dengan Putri. Seperti yang kita tahu dia ada penyakit kan, daripada dia kisah tentang Putri lebih baik dia sembuhkan penyakitnya..  Sampikan tidur malam pun tak tenang.. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan jodoh. 

Third, sikap adik Putri yang sangatlah tidak sopan dengan ibu dia sendiri.. Even seorang ibu tu marah-marah tapi dia tetap sayangkan anaknya. Busyra kurang suka sikit watak adik si Putri tapi dalam hati dia tu sebenarnya sayang pada mak dan kakak dia cuma mungkin sejak kecil dia di layan kasar. sebab tu la begitu jadinya.. haha. Menjadi betul watak Cempaka!

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

Banyak lagi sebenarnya pengajaran yang kita dapat. Bukan saja dalam drama ini tapi setiap drama mana pun mesti ada yang boleh kita pelajari. Apapun arahan dari pengarah hebat ini memang betul-betul mendapat sambutan. 

Read More

CARA BAYAR @ TOPUP FACEBOOK ADS DENGAN MUDAH

Sunday, August 18, 2019

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

CARA BAYAR @ TOP UP FACEBOOK ADS DENGAN MUDAH | Lama rasanya busyra tak share topik tutorial.. Jadi disebabkan tadi busyra baru saja lancarkan iklan untuk bisnes busyra maka terjadilah entri Cara Bayar @ Topup Facebook Ads dengan mudah.. Bagi yang baru ingin mencuba, jom lihat cara-caranya di bawah.. 

Cara-caranya:

1. Klik button pada hujung profile facebook, then klik "Manage Ads"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

2. Akan keluar new tab seperti gambar dibawah.. Klik "Billing"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

3. Kemudian klik "Payment Setting"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

4. Pada bahagian Payment Setting, Klik "Add Money".

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

5. Kemudian akan tertera seperti gambar dibawah. Buat pilihan sendiri mengikut cara apa yang korang nak guna.. Nak senang klik saja "Perbankan Internet"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,


6. Letak berapa amaun yang korang nak topup.. Busyra cuba ni untuk RM10 sehari.. Kemudian klik "Review Payment".

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

7. Klik "Make Payment"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

8.  Kemudian pilih bank yang korang ada.. Busyra pilih "Maybank".. Klik saja pada maybank tak perlu tekan continue..

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,
 9. Kemudian baru klik "Continue" 

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,
10. Akan tertera korang punya maybank2u.. Isi username dan password macam biasa, ikut saja langkah transfer duit. sama saja..

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

11. Selepas siap buat transfer maybank2u.. "Reload" semula page yang awal-awal tadi tu.. See, Balance duit dah ada RM10. 

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

Siap! Lepas tu korang boleh lah buat iklan di page sendiri. Step ni nampak macam banyak sebab busyra tunjuk one by one.. Selamat Mencuba!


Read More