RESEPI DRAGON FRUIT YOGURT SHAKE SUPER SEDAP!

Wednesday, January 23, 2019

resepi dragon fruit yogurt shake, buah naga, yogurt nestle, diet, madu,

RESEPI DRAGON FRUIT YOGURT SHAKE SUPER SEDAP! | Siapa disini suka buah naga dan tengah nak diet sihat? Jom busyra share kan resepi Dragon Fruit Yogurt Shake yang sedap nau nau ni! hehe. serius tak tipu.. Tak terlalu manis dan memang terasa sejuk dek tekak..

resepi dragon fruit yogurt shake, buah naga, yogurt nestle, diet, madu,

Resepinya: 

1. 1 biji buah naga (dikupas kulit dan potong)
2. 5-10 sudu besar madu (ikut yang korang suka)

resepi dragon fruit yogurt shake, buah naga, yogurt nestle, diet, madu,

3. 2 sudu besar Yogurt Set Asli NESTLE
4. Setengah cawan air (air ni pun ikut kesesuaian, jangan letak banyak sangat takut nanti terlalu cair)

resepi dragon fruit yogurt shake, buah naga, yogurt nestle, diet, madu,

5. Sedikit ais batu.
6. Korang campurkan kesemua bahan diatas dan blendkan.. haaa lupa pulak, buah naga yang dah dipotong tu simpan sikit jangan masukkan semua dalam blender tau. Tinggalkan beberapa potongan kecil, last nanti masukkan dalam yogurt shake tu. Barulah bila makan bertambah sedap!

resepi dragon fruit yogurt shake, buah naga, yogurt nestle, diet, madu,

Selamat Mencuba!!

Read More

GOTMEK SUSU KAMBING 100% ORGANIK & TIADA CAMPURAN GULA

Tuesday, January 22, 2019

gotmek susu kambing, susu kambing organik, tanpa kandungan gula, susu kambing super sedap, original, strawberi, coklat, gotmek,

GOTMEK SUSU KAMBING 100% ORGANIK & TIADA CAMPURAN GULA | Hai korang, ada tak disini yang tak minum susu tepung, apatah lagi susu kambing? Sep sikit! kalau macam tu kita sama.. Busyra memang tak boleh telan dek tekak.. Jadi kenapa buat review kalau busyra sendiri tak minum? Sabar dulu makcik pakcik, tuan puan.. hehe. Itu dulu, tapi sekarang dah jadi favorite tau! Sedap sangat ke? Mari busyra story..

Gotmek amat titikberatkan nutrisi dan memastikan kualiti susu kambing adalah 100% organik tanpa bahan pengawet tiruan dan tanpa gula. Gotmek ada 3 flavors yang lazat iaitu original, strawberi dan coklat, jika ada orang tua kita yang tidak minum susu boleh hadiahkan dorang Gotmek strawberi atau coklat.. Yang paling best pasal Gotmek ni, ia tak ada bauan yang hamis!

gotmek susu kambing, susu kambing organik, tanpa kandungan gula, susu kambing super sedap, original, strawberi, coklat, gotmek,

Sebenarnya ada banyak rahsia kebaikan susu kambing yang tidak kita tahu terutama untuk warga emas. Ia mempunyai sumber kalsium yang sangat baik.. Bagi warga emas yang mengalami masalah kolesterol tinggi, susu kambing dapat membantu menurunkan paras kolestrol dan dapat bekerja lebih baik lagi bagi yang memiliki masalah usus. Ini kerana susu kambing kaya dengan asid lemak.

Gotmek susu kambing juga sangat membantu dalam penghasilan dan kekalkan tenaga di dalam tubuh. Jadi kuranglah orang tua kita mengeluh badan lemah dan lesu kerana kekurangan zat terutamanya bagi orang tua kita yang kurang makan nasi. Terkadang kita sendiri sering sakit badan disebabkan penat bekerja.. Jangan risau tentang alahan kerana susu kambing amat sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan dan masalah pencernaan.

gotmek susu kambing, susu kambing organik, tanpa kandungan gula, susu kambing super sedap, original, strawberi, coklat, gotmek,

Susu kambing juga adalah sumber nutrien yang sihat untuk kesihatan dalaman. Terutamanya pasangan suami isteri yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Salah satu alternatif adalah amalan pemakanan bernutrisi sihat. Ini amat penting bagi kestabilan hormon dalam badan. Di luar sana terdapat pelbagai jenis supplement, pil-pil dan segalanya. Tapi sayang, banyak yang bersulam bahan sintetik yang memberi kesan buruk jangka panjang. Sekarang sudah tiba masanya kita bertukar kepada alternatif organik.. Gotmek juga menjadi detox untuk membuang segala makanan yang tidak sihat dalam tubuh badan kita setiap hari.

Bagi yang belum tahu, susu Kambing adalah alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia mempunyai kandungan protein yang sama dalam susu ibu. Tidak hairanlah jika anak-anak sangat suka minum Gotmek kerana rasanya yang lazat dan berkhasiat. Susu tepung yang bewarna kekuningan menunjukkan kandungan susu yang tinggi dan berkualiti.

Pendek kata semua lapisan umur boleh minum dari baby berusia 12 bulan keatas.. Gotmek bagus untuk tumbesaran kanak-kanak serta kecergasan minda.. Terbaik kan Gotmek ni semua boleh minum tanpa ada had. Pastikan amal setiap hari untuk result yang bagus.

"Gotmek telah mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan & Pensijilan Susu Kambing"

gotmek susu kambing, susu kambing organik, tanpa kandungan gula, susu kambing super sedap, original, strawberi, coklat, gotmek,

Gabungan Nutrisi Terbaik dalam Segelas Susu

- Susu kambing GOTMEK amat sedap & menyihatkan! Adunan GOTMEK susu kambing yang berkualiti diimport khas dari New Zealand & Holland.. Formula hebat dan berkhasiat untuk keluarga. Ia diperkaya dengan ekstrak badam, ekstrak delima, ekstrak gam arab (manna), dan ekstrak kismis.

gotmek susu kambing, susu kambing organik, tanpa kandungan gula, susu kambing super sedap, original, strawberi, coklat, gotmek,

- Ekstrak badam kaya dengan zat besi, vitamin A, B6, & E, kalsium, asid folik and riboflavin. Selain serat dan lemak yang baik untuk kesihatan, ekstrak badam juga amat baik untuk menguatkan rambut & mencantikkan kulit.

- Ekstrak delima mempunyai khasiat nutrien yang luar biasa. Kaya dengan fiber, protein, vitamin C & K, folat, potassium untuk kesihatan tubuh. Kadar anti oksidan yang tinggi terbukti secara saintifik membantu mengelak perkembangan sel kanser.

- Ekstrak Gam Arab kaya dengan fiber dan boleh larut bagi membantu sistem penghadaman & mengelakkan  sembelit. Dikategorikan sebagai probiotik yang meningkatkan penghasilan bakteria baik untuk menguatkan sistem imun badan serta menyihatkan.

- Ekstrak kismis kaya dengan zat besi, vitamin serta mempunyai kadar katesin tinggi yang bertindak sebagai anti oksidan dalam darah. Kismis juga amat baik untuk membantu sistem penghadaman & mengawal paras gula dalam darah.

gotmek susu kambing, susu kambing organik, tanpa kandungan gula, susu kambing super sedap, original, strawberi, coklat, gotmek,

Pilihan terbaik untuk keperluan keluarga sihat!

Sekotak RM59
Sebarang tempahan, boleh hubungi Agen Sah Gotmek:

Read More

SIXTEEN BRAND BRICKIT SHADOW HIT10 (CHOCO)

Friday, January 18, 2019

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,

SIXTEEN BRAND BRICKIT SHADOW HIT10 (CHOCO) | Minggu lepas busyra ada terima gift dari Althea.. Ya Allah, I'm super happy sebab suka gila dengan packaging dia. haha. and of course tak sabar nak cuba! Thanks to Althea Angels bagi busyra try Sixteen Brand Brickit Shadow Hit10 Choco. Tak tahan betul tengok eyeshadow ni rasa nak makan je. haha..

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,

See! busyra zoom in sikit.. comel sangat idea packaging macam ni! Tulisannya memang nampak jelas dan seolah-olah timbul walaupun sebenarnya tak. Siapa sangka bentuk coklat boleh buat eyeshadow palette kan.. Arghhh. Tetiba lapar chocolate bar. hehe.. 

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,
Source: Google image

Dalam nya ada 10 jenis warna yang sesuai dengan semua jenis tona kulit muka.. Dari yang paling cerah ke yang paling gelap.. Suka warna nude dia! Bila apply, nampak cantik je dimata.. Tak terlalu terang.. pigmented and creamy! Busyra bukan jenis yang suka pakai eyeshadow bila keluar rumah. Bila tiba mood rajin tu boleh la nak lama-lama depan cermin. haha.. tapi bila dah try yang Sixteen Brand ni rasa best pula, semangat nak guna..

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,

Korang boleh tengok pada gambar diatas, nampak blink-blink coklat tu.. Busyra pilih (kod warna hazelnut syrup) dari kiri.. Eyeshadow jenis warna nude macam ni sesuai sangat digunakan bila ke office. Nanti mesti ada makcing bawang di office mengata di belakang.. tapi versi memuji punya! Cantiknya eyeshadow dia tu kan.. haha.

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,
Sixteen Brand Brickit Shadow Hit10 "Choco"

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,

Mudah guna benda ni.. Busyra pun tak tau nak panggil apa. haha. nak cakap berus bukan.. Tapi busyra lebih selesa guna tangan. hehe. kampung sangat uolsss! Eyeshadow ni mudah sangat nak dibawa kemana-mana dengan saiznya yang kecil, muat-muat beg tangan je..

eyeshadow, sixteen brand, brickit shadow hit 10 choco, pigmented, creamy,

Harga dia busyra survey dalam RM90 keatas.. Agak mahal tapi berbaloi! boleh pakai lama..

Read More

DAH TAHUN BARU,KENAPA TAK TUKAR TEMPLATE BLOG?

Friday, January 11, 2019

blogging, template blog, blogspot,

DAH TAHUN BARU,KENAPA TAK TUKAR TEMPLATE BLOG? | Hati ni terpanggil nak tulis entri pasal ni lepas baca blog blogger sayidahnapisah (kc).. Siapa tak nak kan, blog nampak cantik dan kemas then bila orang baca rasa sejuk saja mata memandang.. Ramai sudah blogger yang busyra tengok blog mereka masing-masing dah berubah, ambil aura baru!

Rasanya perasaan ni ada pada semua blogger yang hati dah membuak-buak nak tukar template baru tapi rasa takut lebih menguasai diri.. Paling berat bila dah siap tukar template, ehhh alih-alih terindu pulak dengan template lama. tak ke menyesal.. hehe.. Udah la busyra tak pandai sangat dengan coding-coding ni, kena upah orang untuk buatkan. Faham-faham lah kan, taste setiap orang tak sama.. Melainkan lah kita pandai edit template sendiri. mudah la kejanya..

Busyra juga lemah dalam seo dan apa saja yang berkaitan dengan ilmu blog ni.. Kena banyak menggali lagi.. Orang yang bukan blogger, pasti fikir yang sebenarnya blogger ni senang je kerjanya.. Update blog lepastu payment di bayar.. Idok ler semahhh oii.. haha. Banyak benda yang perlu diterapkan dalam setiap entri. Kalau nak cerita pasal ni sampai satu page pun tak habis. heee..

Pageviews (pv) blog confirm-confirm akan jatuh merudum selepas tukar template blog. Ada sesetengah blogger yang tak kisah.. Tapi for me, benda ni lah paling penting.. Habis punah harapan, impian semua kalau pv jatuh.. haha. Kena kerja keras sikit lah untuk naikkan semula dan ia take time nak stabilkan balik.

Busyra sejenis yang sangat cerewet pasal blog. Kalau tak kena sikit pun sampai kesudah lah duduk depan komputer untuk betulkan. Pandailah sikit-sikit nak edit coding, cuma macam yang busyra bagitau tadi nak edit whole template memang tak pandai.. Pernah dulu, busyra pakai template yang ada slider, tetiba pulak slider tak keluar.. huhu. satu hari satu malam tak tidur.. Ecehhhh tak da la sampai macam tu.. Tapi pastinya akan fikir satu hari pasal blog. Siapa perangai macam ni? baik mengaku cepat.. haha

blogging, template blog, blogspot,

Kesimpulannya disini, (dah macam buat karangan, hehe) ..busyra masih belum nak tukar template blog.. Biarlah pakai yang ni dulu. Lagipun dah serasi dengan yang sekarang.. Korang macam mana? dah tukar ke? tak salah pun nak tukar template, asalkan kita happy berblogging :D

Read More

PUISI#25 MASIH MENDONGAK KE LUKISAN BIRU

Thursday, January 10, 2019

koleksi puisi, busyra takiyudin, puisi masih mendongak ke lukisan biru,

PUISI#25 MASIH MENDONGAK KE LUKISAN BIRU | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 

Puisi Masih Mendongak ke Lukisan Biru

Langkah kaki terhenti di sini
Lalu aku mendongak ke lukisan biru
Aku bisik di hati
Sungguh indah ciptaanMU
Aku rindu KAMU.

Hatiku berbisik lagi
Andai ini takdirMU untuk ku
Aku terima seperti seluas lautanMU
Jalan ceritaku, ada padamu
Rahsia yang akan ada penghujungnya nanti.

Saat bahagia ku harini
Alasan untuk ku teruskan takdir hidupku
Terima kasih kerna KAMU bahagiakan ku
Mata ku terpesona melihat lukisan biru ini
Sampai akhir ku tetap bersama KAMU.

-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Read More

REVIEW | ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Wednesday, January 09, 2019

Althea Serum Cleanser , Althea Angels, Althea Korea, pembersih muka dan serum,

REVIEW | ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER | Siapa saja kan yang tak suka makeup? Even hanya makeup yang light-light saja, pasti perlu tanggalkan makeup jika nak solat dan sebagainya.. Ada yang makeup jenis waterproof pulak, aduduu la jawabnya.. Tapi lepas ni korang tak perlu risau lagi sebab busyra nak kenalkan dekat korang satu produk yang boleh hapuskan makeup dengan cepat.. Produk tersebut adalah Pore Purifying Serum Cleanser! Produk dari mana ni? Pastinya dari Althea Korea.

Althea Serum Cleanser , Althea Angels, Althea Korea, pembersih muka dan serum,

Busyra jenis suka produk yang cepat dan mudah macam ni.. Mana tak mudahnya wei, korang hanya perlu letak dibahagian muka, tonyoh-tonyoh sikit. Siap! Pore Purifying Serum Cleanser memang sangat cepat untuk hilangkan makeup. Sukanya dengan bauan dia. Soft je. Tapi kan, ia agak berminyak sikit but jangan risau minyak dia tu tak rimaskan muka kita pun. Ia okay! Trust me.. hehe.

Pore Purifying Serum Cleanser ini mampu mengawal kulit PH serta mampu membersih secara mendalam segala kotoran makeup dan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah dan tanpa sebarang iritasi. Apa yang sangat best adalah ia merupakan gabungan pencuci (cleanser) dan serum.. Mana nak jumpa produk macam ni. Satu-satunya produk yang sangat menarik..

Bahan-Bahan Utama:

1. Ekstrak daun mint - Menyejukkan kulit dan mengurangi iritasi
2. Minyak biji jojoba - Melembabkan kulit kering dan kulit terasa lebih ringan
3. Ekstrak daun teh - Memiliki sifat anti-bakteria yang membersihkan kulit

Bahan-bahan lain:

Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Cara Penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser


Cara Penggunaan

(Boleh tengok video diatas)
1. Tuang 2-3 titik serum diatas tapak tangan
2. Urut secara membulat pada seluruh kulit muka selama 5-10 saat, biar sampai betul-betul tertanggal makeup.
3. Bilas dengan air dan boleh gunakan ia sebagai pencuci juga selepas itu untuk betul-betul bersihkan muka.

Siapa yang boleh menggunakan Pure Purifying?

1. Kulit yang sensitif terhadap produk berasaskan minyak
2. Kulit sensitif yang memerlukan pembersih yang ringan teksturnya
3. Mereka yang memerlukan pelembap pembersih untuk kegunaan kecantikan harian
4. Mereka yang tercari-cari pembersih wajah yang mampu membersih dengan cepat dan berkesan.

Althea Serum Cleanser , Althea Angels, Althea Korea, pembersih muka dan serum,

HARGA
RM33 (150ml)

RATINGS
Bauan : 5/5
Packaging : 4/5
Ketahanan : 5/5

Boleh buat pembelian di sini >> https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser

#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea

Read More

RESEPI CORNFLAKES TELUR MASIN (SALTED EGG CORNFLAKES)

Sunday, January 06, 2019

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

RESEPI CORNFLAKES TELUR MASIN (SALTED EGG CORNFLAKES) | Petang-petang sambil tengok tv sambil layan Salted Egg Cornflakes sedap jugak kan.. Lamanya busyra tak share resepi di blog.. Kena start balik ni, projek masak memasak. hehe.. Resepi ni sangat mudah nak sediakan. Mudah tapi sedap! Busyra pun first time nak cuba ni. Bahan-bahannya pun sikit je.. So jom tengok resepinya..

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

Bahan-bahan:

1. Cornflakes (kuantitinya 1 pek cornflakes cuma buangkan suku darinya).. Faham tak korang? hehe.
2. 10 - 15 tangkai cili kering (boleh letak banyak jika sukakan pedas)
3. 4-5 tangkai daun kari (ini pun sama, masukkan banyak mana pun ikut korang suka)
4. Telur masin (rebus dan ambil yang bahagian kuning saja)
5. 1 sudu besar serbuk kari
6. Sedikit gula dan garam / perasa.

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian goreng sekejap daun kari dan ketepikan.

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

2. Goreng cili kering dalam minyak yang sama dan ketepikan (jangan sampai hitam, nanti tak rasa pedas nya tu)

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

3. Masih guna minyak yang sama, masukkan telur kuning yang telah dihancurkan dan satu sudu serbuk kari.

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

4. Nanti korang akan nampak telur masin mula naik buih-buih, perasakan dengan gula dan garam. Rasa dulu.. jika kurang boleh tambah lagi.
5. Kemudian tutup api dan masukkan cornflakes, kacau sebati. 
6. Akhir sekali masukkan cili kering dan daun kari tadi.
7. Setelah siap, biarkan sejuk sekejap dan boleh masukkan dalam bekas. Siappp!
**boleh makan time layan movie, tak sedar tengok-tengok dah habis. hehe

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

Selamat Mencuba!

Read More

PUISI#24 NOTA UNTUK MU

Saturday, January 05, 2019

koleksi puisi, busyra takiyudin, puisi nota untuk mu, mak ratu hati,

PUISI#24 NOTA UNTUK MU | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas.

Puisi Nota Untuk Mu

Aku dapat rasakan hangatnya sesuatu
Belaian mu
Pelukan mu
Cinta mu
Sungguh itu buatku rasa paling beruntung

Kamu suapkan aku makan
Mandikan aku setiap hari
Buatkan ku susu, ya pasti paling tersedap ku rasa
Sungguh buat aku teruja bilamana kau tatap mataku
Sungguh ku bahagia ketika itu

Pagi ini aku tersedar dari lena panjang semalam
Dibelek-beleknya tangan ku, muka ku dan seluruh tubuh ini
Aku tertanya mana susu buat ku pagi ini
Dimana kamu
Sungguh aku terpinga

Dikala mulutku tersenyum lebar
Baru ku sedar
Aku bukan lagi budak-budak seperti dulu
Aku kini 26 tahun di awal 2019
Dan kamu masih ada disisi sehingga kini, MAK..
Terima kasih ratuku

-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Read More

AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM ATASI MASALAH MUKA BREAKOUT

Tuesday, January 01, 2019

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM ATASI MASALAH MUKA BREAKOUT | Kebanyakkan ramai diluar sana yang masih mencari skincare yang sesuai dengan kulit muka disebabkan masalah muka berminyak, berjerawat, berparut, kulit kering dan lain-lain problem. Jadi dalam entri kali ni, busyra nak share dengan korang semua satu produk yang mampu merawat dan memperbaiki muka breakout hanya dengan Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum! InshaAllah..

Bagi yang belum tahu, NSA Beau diasaskan oleh Hafiz Mahamad dan Aina Syafiqah. Kenal tak siapa ni? Alaaa korang, ini instafamous yang tengah meletop-letops sekarang ni. Kulit dia macam telur! hehe. serius cantik! Dalam skincare Ainaa ada 2 produk iaitu Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum.. Kedua-duanya ada tugas masing-masing untuk mencantikkan kulit muka..

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

Busyra baru pertama kali cuba produk NSA Beau ni dan pastinya sekarang ni dah in love sangat tau!  Cara penggunaannya pun mudah sangat. Nak cantik kena lah jaga skincare dulu kan? Korang tak perlu risau untuk pakai skincare ni kerana ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan natural, bebas bahan kimia dan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) NOT180202252K dan NOT180406150K.. 

Ainaa Cleanser

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

Ainaa Cleanser ni best sebab dia 2 in 1.. Boleh jadikan pembersih dan makeup remover. Masa pakai tak rasa macam tengah cuci muka pun, buih tak banyak.. Teksturnya seperti water base dan kulit tak rasa pedih langsung semasa pakai mahupun selepas siap cuci. Then, ada sesetengah cleanser bila dah pakai akan rasa kulit kering kan. Tapi dengan Ainaa Cleanser tak! Kulit rasa tegang je, best sangat..

Kandungan Ainaa Cleanser adalah terdiri daripada minyak castor, kelapa, lecitin dan ekstrak biji Avena. Kelebihannya pula ia dapat menanggalkan solekan dengan mudah, anti jerawat, membersihkan liang roma, menyegarkan kulit serta dapat membuang segala lebihan minyak di muka. Ia diformulasikan dengan pH yang seimbang dan bebas bahan kimia merbahaya. Pastinya ia 100% tanpa paraben, tanpa sulfat dan tanpa minyak mineral. 

Ainaa Serum

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

Kandungan yang digunakan adalah Aloe Vera, Timun, Soapwort, Lavender dan Asparagopsis Armata. Salah satu bahan yang busyra suka adalah Aloe Vera! Kulit muka memang bagus guna lidah buaya ni (bahasa kampung) hehe.. Teksturnya macam mana pula? Namanya pun serum semestinya sama saja dengan serum yang lain. Suka lah pakai Ainaa Serum ni sebab tak melekit sama sekali. Lepas sapu dimuka then tak basuh tangan pun okay je. 

Kelebihannya ialah dapat membersihkan kulit dari dalam, merawat dan mengurangkan jerawat dan jeragat, mengecilkan liang pori, melembapkan dan mencerahkan kulit wajah serta dapat menjadikan tona kulit jadi sekata. Kulit rasa lembut je selepas apply! Sapu pada sebelah malam, esok bangun tidur minyak pun lari jauh.. hehe. Tak boleh pakai siang ke? Boleh je, lagi bagus sebenarnya.

Tengok video di bawah untuk cara penggunaan


Busyra dah cuba, korang bila lagi?

Info Lanjut

Tel: +60 12 - 246 6900 
Read More