AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM ATASI MASALAH MUKA BREAKOUT

Tuesday, January 01, 2019

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM ATASI MASALAH MUKA BREAKOUT | Kebanyakkan ramai diluar sana yang masih mencari skincare yang sesuai dengan kulit muka disebabkan masalah muka berminyak, berjerawat, berparut, kulit kering dan lain-lain problem. Jadi dalam entri kali ni, busyra nak share dengan korang semua satu produk yang mampu merawat dan memperbaiki muka breakout hanya dengan Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum! InshaAllah..

Bagi yang belum tahu, NSA Beau diasaskan oleh Hafiz Mahamad dan Aina Syafiqah. Kenal tak siapa ni? Alaaa korang, ini instafamous yang tengah meletop-letops sekarang ni. Kulit dia macam telur! hehe. serius cantik! Dalam skincare Ainaa ada 2 produk iaitu Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum.. Kedua-duanya ada tugas masing-masing untuk mencantikkan kulit muka..

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

Busyra baru pertama kali cuba produk NSA Beau ni dan pastinya sekarang ni dah in love sangat tau!  Cara penggunaannya pun mudah sangat. Nak cantik kena lah jaga skincare dulu kan? Korang tak perlu risau untuk pakai skincare ni kerana ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan natural, bebas bahan kimia dan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) NOT180202252K dan NOT180406150K.. 

Ainaa Cleanser

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

Ainaa Cleanser ni best sebab dia 2 in 1.. Boleh jadikan pembersih dan makeup remover. Masa pakai tak rasa macam tengah cuci muka pun, buih tak banyak.. Teksturnya seperti water base dan kulit tak rasa pedih langsung semasa pakai mahupun selepas siap cuci. Then, ada sesetengah cleanser bila dah pakai akan rasa kulit kering kan. Tapi dengan Ainaa Cleanser tak! Kulit rasa tegang je, best sangat..

Kandungan Ainaa Cleanser adalah terdiri daripada minyak castor, kelapa, lecitin dan ekstrak biji Avena. Kelebihannya pula ia dapat menanggalkan solekan dengan mudah, anti jerawat, membersihkan liang roma, menyegarkan kulit serta dapat membuang segala lebihan minyak di muka. Ia diformulasikan dengan pH yang seimbang dan bebas bahan kimia merbahaya. Pastinya ia 100% tanpa paraben, tanpa sulfat dan tanpa minyak mineral. 

Ainaa Serum

ainaa skincare, ainaa serum, ainaa cleanser, syafiqah aina, hafiz mahamad, masalah muka breakout, berjerawat, nsa beauty official,

Kandungan yang digunakan adalah Aloe Vera, Timun, Soapwort, Lavender dan Asparagopsis Armata. Salah satu bahan yang busyra suka adalah Aloe Vera! Kulit muka memang bagus guna lidah buaya ni (bahasa kampung) hehe.. Teksturnya macam mana pula? Namanya pun serum semestinya sama saja dengan serum yang lain. Suka lah pakai Ainaa Serum ni sebab tak melekit sama sekali. Lepas sapu dimuka then tak basuh tangan pun okay je. 

Kelebihannya ialah dapat membersihkan kulit dari dalam, merawat dan mengurangkan jerawat dan jeragat, mengecilkan liang pori, melembapkan dan mencerahkan kulit wajah serta dapat menjadikan tona kulit jadi sekata. Kulit rasa lembut je selepas apply! Sapu pada sebelah malam, esok bangun tidur minyak pun lari jauh.. hehe. Tak boleh pakai siang ke? Boleh je, lagi bagus sebenarnya.

Tengok video di bawah untuk cara penggunaan


Busyra dah cuba, korang bila lagi?

Info Lanjut

Tel: +60 12 - 246 6900 

5 comments

  1. suka cleanser dan serum ainaa ni. Wangi je. Then boleh rasa kulit muka segar dan nampak sekata

    ReplyDelete
  2. dok intai2 jugak product depa ni.. hehe kot2 nanti nak cuba =D

    ReplyDelete
  3. Dengar juga orang kata best produk NSA ni. Makin cantik lah busyra nanti :)

    ReplyDelete
  4. Yang penting produknya selamat dan disahkan KKM.. Macam nice je 😍

    ReplyDelete