RESEPI CORNFLAKES TELUR MASIN (SALTED EGG CORNFLAKES) - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Sunday, January 06, 2019

RESEPI CORNFLAKES TELUR MASIN (SALTED EGG CORNFLAKES)

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

RESEPI CORNFLAKES TELUR MASIN (SALTED EGG CORNFLAKES) | Petang-petang sambil tengok tv sambil layan Salted Egg Cornflakes sedap jugak kan.. Lamanya busyra tak share resepi di blog.. Kena start balik ni, projek masak memasak. hehe.. Resepi ni sangat mudah nak sediakan. Mudah tapi sedap! Busyra pun first time nak cuba ni. Bahan-bahannya pun sikit je.. So jom tengok resepinya..

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

Bahan-bahan:

1. Cornflakes (kuantitinya 1 pek cornflakes cuma buangkan suku darinya).. Faham tak korang? hehe.
2. 10 - 15 tangkai cili kering (boleh letak banyak jika sukakan pedas)
3. 4-5 tangkai daun kari (ini pun sama, masukkan banyak mana pun ikut korang suka)
4. Telur masin (rebus dan ambil yang bahagian kuning saja)
5. 1 sudu besar serbuk kari
6. Sedikit gula dan garam / perasa.

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian goreng sekejap daun kari dan ketepikan.

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

2. Goreng cili kering dalam minyak yang sama dan ketepikan (jangan sampai hitam, nanti tak rasa pedas nya tu)

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

3. Masih guna minyak yang sama, masukkan telur kuning yang telah dihancurkan dan satu sudu serbuk kari.

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

4. Nanti korang akan nampak telur masin mula naik buih-buih, perasakan dengan gula dan garam. Rasa dulu.. jika kurang boleh tambah lagi.
5. Kemudian tutup api dan masukkan cornflakes, kacau sebati. 
6. Akhir sekali masukkan cili kering dan daun kari tadi.
7. Setelah siap, biarkan sejuk sekejap dan boleh masukkan dalam bekas. Siappp!
**boleh makan time layan movie, tak sedar tengok-tengok dah habis. hehe

Salted Egg Cornflakes, resepi cornflakes telur masin, cili kering, telur masin, daun kari, cornflakes, serbuk kari,

Selamat Mencuba!

11 comments:

  1. Waduh sedapnya dik. Nak try buat juga lah.

    ReplyDelete
  2. Cornflakes telur masin? Uniknya ni first time tengok😍

    Mesti sedap buat kudapan

    ReplyDelete
  3. nampak macam senang hehe sedap ye? mell xpernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sedap mel.. hehe. try la buat. busyra pun first time cuba ni.

      Delete
  4. sedap nmpknye conflake salted egg

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa Busyra! Nak try jugaklah buat nanti sebab simple aje resepinya.

    ReplyDelete
  6. First time dengar resepi cornflakes salted egg ni . Mcm mana rasanya kan

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved