NASI ARAB DI AL HAURA ARABIC KOPITIAM, SUNGAI PETANI KEDAH

Thursday, June 27, 2019

nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,

NASI ARAB DI AL HAURA ARABIC KOPITIAM, SUNGAI PETANI KEDAH | Minggu lepas busyra singgah makan tengahari di Nasi Arab Al Haura Arabic Kopitiam, Sungai Petani. First time rasa memang power! serius cakap.. Busyra bukan penggemar nasi arab, nak makan dalam sebulan pun jarang sekali. Tapi penangan dekat sini memang tak pandang kiri kanan dah.. haha

nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,

Busyra suka environment di restoran Al Haura ni. Ada two versions tempat duduk yang kita boleh pilih. Sebelah bahagian boleh makan di atas kerusi dan sebelah bahagian restoran lagi boleh duduk bersila ala-ala makan dirumah tapi disediakan meja. Of course busyra pilih yang santai-santai.. Duduk atas kerusi dah biasa sangat di restoran memana pun. Kebersihan busyra baik A lah! ada karpet lagi! terlupa nak snap pic dalam restoran.. 

Menu:

nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,


nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,

Nama restoran je nasi arab tapi bukan itu saja yang dijual disini, ada pelbagai makanan lain yang boleh korang order. Tapi percayalah datang sini kalau tak order nasi memang rugilahhh! disebabkan busyra datang sini time lunch, akak dan mak busyra pun order nasi arab jugak. yelah kena isi perut yang kosong ni, baik makan makanan berat terus kan. 

nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,

1 pinggan nasi arab ayam ni RM18.90. Berbaloi sebabnya ayam besar plus juicy lagi! lembut sangat ayamnya.. Nasi sepinggan tu sebenarnya boleh share untuk 2 orang. Bagi busyra harganya memang berbaloi, dengan ayam besar, nasi sebutir pun besau-besau.. haha. Part paling busyra tak boleh move on air asam dia, paduuu! sedap wei. rasa manis, masin, masam semua cukup.. Kenyang sepinggan! Bagi korang yang nak try daging pun boleh. busyra tak berapa gemar daging.

nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,

cerita ini pulak! order satu je sebab dah kenyang nasi sebenarnya.. tapi rupanya rotinya pun power weii.. RM10.90.. lembut sangat sangat. sambal dia nampak macam biasa, tapi sedap! ikan bilis tak nampak pun, rasanya dia blend sekali kot. 

nasi arab al haura arabic kopitiam, nasi arab sungai petani kedah, nasi arab paling sedap di sungai petani, roti arab,

okay korang, bagi sesiapa yang singgah Sungai Petani bolehlah makan di sini.. Korang boleh rasa sendiri, nak bagi berapa star.. busyra punya rating 4.8 star. haha. power! detail semua dekat bawah okay

Maklumat lanjut

No Tel:  0127400419
Waktu Operasi: 10:30 pagi - 11:30 malam

Read More

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

Tuesday, June 25, 2019

ariq azhafi, remaja autisme berjaya, seni muzik,

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK | Busyra nak kongsikan satu cerita dan semangat seorang remaja autisme yang berjaya dalam seni muzik dekat korang! Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

ariq azhafi, remaja autisme berjaya, seni muzik,

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau. Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

ariq azhafi, remaja autisme berjaya, seni muzik,

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.

LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini. Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

ariq azhafi, remaja autisme berjaya, seni muzik,

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya. Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process.. Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -

ariq azhafi, remaja autisme berjaya, seni muzik,

Maklumat Lanjut:

Instagram: @ARIQAZHAFIOFFICIAL
Twitter: @ARIQAZHAFIOFFICIAL

Read More

DISEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI YANG DIKENALI RAMAI

Monday, June 10, 2019

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

DISEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI YANG DIKENALI RAMAI | Kepada mereka yang suka memasak pasti tak asing lagi dengar tentang Produk Rempah Ratus Mak Siti ni kan? Sudah 40 tahun dalam pasaran, ia merupakan salah satu jenama produk yang "wajib" ada di dapur kerana kelainan rasa yang bebas dari penggunaaan perasa, pewarna dan bahan pengawet. Bahn-bahan yang digunakan di dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dari ladang mereka sendiri dengan keluasan 1500 hektar (telah diiktiraf sebagai Ladang herba dan rempah terbesar di Asia), menghasilkan lebih kurang 6 hingga 10 metric tan rempah setiap hari! Salah satu alasan utama rempah ratus Mak Siti menjadi pilihan ialah ianya juga sesuai untuk mereka yang vegetarian. 

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd dengan suaminya, Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya atas tunjuk ajar dari Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah). Ramai yang bertanggapan mudah bagi anak founder mewarisi legasi perniagaan keluarga, hakikatnya pelbagai dugaan dan cabaran bagi Puan Siti Khawa dan suaminya untuk memajukan perniagaan rempah ratus Mak Siti ini. 

Bermula dari minatnya sejak kecil untuk berniaga, beliau telah memulakan langkah nya dari bawah sebelum di beri tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan keluarga ini. Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti. Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal. 

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan. 

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Antara produk utama Rempah Mak Siti ialah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin). Syarikat Rempah Ratus Mak Siti kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus, Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti juga mengusahakan sebuah restoran iaitu restoran Nasuha (Herbal Restaurant & Spa). Mereka menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti.

Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. “Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli. Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu.

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini. Semoga Rempah Ratus Mak Siti terus maju, setanding dengan jenama antarabangsa satu hari nanti.

Maklumat Lanjut:


Whatsapp: 017-330 9330

Read More