DISEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI YANG DIKENALI RAMAI

Monday, June 10, 2019

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

DISEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI YANG DIKENALI RAMAI | Kepada mereka yang suka memasak pasti tak asing lagi dengar tentang Produk Rempah Ratus Mak Siti ni kan? Sudah 40 tahun dalam pasaran, ia merupakan salah satu jenama produk yang "wajib" ada di dapur kerana kelainan rasa yang bebas dari penggunaaan perasa, pewarna dan bahan pengawet. Bahn-bahan yang digunakan di dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dari ladang mereka sendiri dengan keluasan 1500 hektar (telah diiktiraf sebagai Ladang herba dan rempah terbesar di Asia), menghasilkan lebih kurang 6 hingga 10 metric tan rempah setiap hari! Salah satu alasan utama rempah ratus Mak Siti menjadi pilihan ialah ianya juga sesuai untuk mereka yang vegetarian. 

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd dengan suaminya, Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya atas tunjuk ajar dari Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah). Ramai yang bertanggapan mudah bagi anak founder mewarisi legasi perniagaan keluarga, hakikatnya pelbagai dugaan dan cabaran bagi Puan Siti Khawa dan suaminya untuk memajukan perniagaan rempah ratus Mak Siti ini. 

Bermula dari minatnya sejak kecil untuk berniaga, beliau telah memulakan langkah nya dari bawah sebelum di beri tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan keluarga ini. Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti. Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal. 

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan. 

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Antara produk utama Rempah Mak Siti ialah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin). Syarikat Rempah Ratus Mak Siti kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus, Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti juga mengusahakan sebuah restoran iaitu restoran Nasuha (Herbal Restaurant & Spa). Mereka menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti.

Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. “Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.

anak rempah mak siti, mak siti, rempah ratus, masakan tradisional,

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli. Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu.

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini. Semoga Rempah Ratus Mak Siti terus maju, setanding dengan jenama antarabangsa satu hari nanti.

Maklumat Lanjut:


Whatsapp: 017-330 9330

2 comments

  1. Rempah macam ni sangatlah penting, jadi mudah nak masak di dapur kan

    ReplyDelete
  2. akak memang guna rempat mak siti ni..best

    ReplyDelete