TEMPAHAN LABEL STICKER POPIA KRUP KRUP 100 KEPING

Sunday, July 14, 2019

label sticker, sticker makanan, sticker murah 4cm,

TEMPAHAN LABEL STICKER POPIA KRUP KRUP 100 KEPING | Alhamdulillah, walaupun busyra jarang update tempahan design di sini, tapi bisnes printing busyra masih berjalan sehingga sekarang.. Tak sempat nak update di blog tapi kena cari masa update jugak! hehe. 

label sticker, sticker makanan, sticker murah 4cm,

Untuk tempahan kali ni, customer ni ambil sticker saiz 4cm. Saiz standard untuk produk makanan ataupun mana-mana produk yang sesuai.. Selain dari saiz ini, ukuran 5cm juga menjadi pilihan customer yang pernah order dengan busyra. Busyra tak suggestkan dekat dorang yang baru mula berbisnes untuk ambil saiz yang besar-besar.. Cukuplah sekadar nampak dek mata pembeli sebagai permulaan menjual, yang penting label sticker ada pada produk yang nak dijual.

Customer memilih black and white theme. Tak nak terlalu crowded.. Yang penting simple but nice..

Jenis Perniagaan : Homemade Food
Jenis Sticker : 4cm - Round | 100 pcs 
(Design + Printing + Cut Sticker)

label sticker, sticker makanan, sticker murah 4cm,

Untuk Sebarang Tempahan:

Facebook: Y.ra Printing
Whatsapp: https://www.wasap.my/60146729316

Read More

CARA TRANSFER DUIT DARI PAYPAL KE AKAUN BANK MALAYSIA

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

CARA TRANSFER DUIT DARI PAYPAL KE AKAUN BANK MALAYSIA | Alhamdulillah, baru saja transfer duit dari Paypal ke akaun bank sendiri. Dah lebih 3 kali busyra berurusan menggunakan akaun Paypal. Mudah sebenarnya buat korang yang ada job dengan client luar negara. So, kali ni memang nak share dengan korang cara-caranya bagi yang belum tahu. 

1. Log in akaun paypal, pergi ke bahagian "summary" dan klik "Transfer Funds".

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

2. Pilih Funds out "Transfer to your bank".

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

3. Kemudian check no akaun (4 digit last), jika dah confirm klik button "Next".

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

4. Masukkan jumlah amaun yang korang nak transfer, then klik button "Next".

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

5. Fee yang dikenakan untuk transfer duit ke akaun sendiri adalah RM3 untuk semua transaksi. Anggaran masa duit masuk ke akaun pula mengambil masa 2-3 hari bekerja. Klik button "Transfer now". 

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

6. You transferred! Finally siappp! Klik button "Done"! Tunggu saja duit masuk ke akaun di Malaysia. Tak kisah korang ada akaun bank apapun..

paypal akaun, bank islam malaysia, maybank, cimb bank, cara transfer duit dari akaun paypal,

Dengan adanya akaun Paypal ni sangat memudahkan kita untuk berurusan.. Mudah sangat cara penggunaannya.. Satu-satunya laman web yang busyra percaya untuk buat permindahan duit dari luar negara ke akaun bank sendiri. Lepas ni korang tak perlu risau lagi dapatkan job dari luar negara. 

Semoga Bermanfaat :)

Read More

SHOPPING HANDBAG DI BAGINNING, PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH DUNIA

Thursday, July 11, 2019

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,

SHOPPING HANDBAG DI BAGINNING, PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH DUNIA | Baginning adalah satu wesbite untuk pencinta fesyen beg mengikut trend terkini. Semua jenis beg yang di jual sangat cantik, dengan pelbagai bentuk dan warna. Siapa yang tak gemarkan handbag kan? Untuk wanita itu satu kemestian. Jom busyra nak tunjukkan dekat korang betapa bestnya bila dapat masuk ke website mereka. Itu baru tengok, belum beli lagi. hehe!

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,

Untuk pengetahuan korang, Baginning bertempat di United Kingdom (UK). Itu tak jadi masalah pun untuk korang shopping di sana, semuanya dihujung jari. Mereka menawarkan pembayaran secara online payments sama ada melalui paypal atau credit card. Apa yang bestnya, worldwide FREE shipping tau! Masa penghantaran cuma mengambil masa 2-4 hari jika memilih secara express.. Gila cepat kan? Satu lagi yang busyra suka, mereka menyediakan perkhidmatan FREE return. Mana lah tahu kalau korang tak berpuas hati dengan beg yang dibeli atau ada kesan yang cantik, boleh sangat nak return semula pada mereka. Don't worry okay. 

Ada 2 jenis beg yang busyra terpikat bila usha di website Baginning. Semua beg dari mereka, memang lain dari yang lain. For me harganya berpatutan mengikut kualiti dan rekabentuk yang dibuat. Mereka menjaga kualiti beg menggunakan tekstil yang berkualiti. 

1. Clear Bags & Jelly Bags

Kebanyakannya beg jenis ini tahan air dan bersifat gloss, berbeza dengan beg kasual yang biasa. Jika korang sukakan Clear Bags & Jelly Bags ini, jangan teragak-agak untuk membeli di Baginning.

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,
Clear Bags & Jelly Bags

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,
Clear Bags & Jelly Bags

Gold Jelly Purse Cute Clear Bag PVC Cross-body Shell Handbags ($49.99)

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,

Inilah beg yang menjadi pilihan busyra. Serius nampak elegan dan kemas. Dengan warna gold yang bersinar membuatkan si pemakai lebih confident dan bergaya. Ada pelbagai jenis warna lain seperti black, silver and nude.. Sesuai digayakan untuk Anniversary, Beach, Date, Going out, Hanging out, Honeymoon.

2. Clutch Purse

Clutch Purse adalah koleksi terkini untuk beg wanita. Dengan adanya metalic or glitter adalah sangat sesuai untuk event pada sebelah malam.

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,
Clutch Purses

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,
Clutch Purses

Blush Satin Rose Clutch Bag Elegant Wedding Hand Purse for Bride ($49.99)

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,

Untuk Clutch Purses, ini adalah pilihan busyra (warna Champagne/ nude). Terdapat beberapa pilihan warna iaitu blush, pink, grey, red and white. Sangat sesuai digunakan ketika Anniversary, Big Day, Date, or Wedding. Suka sangat sebab ada elemen rose pada bahagian hadapan purse. Nampak eksklusif dan gaya feminin..

Kenapa perlu shopping di Baginning? 2 sebab utama yang busyra bagitau tadi, pastinya FREE SHIPPING dan FREE RETURN.. Tak perlu risau lagi untuk shopping disini.. So apa tunggu lagi. Jom la tengok-tengok dulu. mana tau tersuka tanpa sengaja. If korang nak info lebih lanjut lagi, boleh terjah sendiri ke website mereka. 

online shopping Baginning, handbag, purse, clear bag, jelly bag, clutch bag, Baginning United Kingdom,

Info Lanjut:

Email: support@baginning.com
Address: Rm 101, Maple House, 118 High Street, Purley, 
London, England, United Kingdom, Cr8 2ad

Read More

MENARIK! BACA ARTIKEL DARI BAGASI.MY TENTANG HOTEL DI CHERATING.

Tuesday, July 09, 2019

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

MENARIK! BACA ARTIKEL DARI BAGASI.MY TENTANG HOTEL DI CHERATING | Sebut saja tentang hotel mesti ramai yang tak sabar-sabar nak pergi bercuti bersama tersayang. Cherating salah satu tempat menarik untuk percutian bersama pasangan mahupun keluarga. Part yang busyra concern bila nak holiday adalah hotel! Pastinya nak yang terbaik kan? Lepas baca artikel dari bagasi.my, ada 5 hotel menarik di Cherating yang busyra nak kongsikan bersama korang! So let's.

Dalam banyak-banyak tempat percutian kenapa busyra pilih untuk baca artikel mengenai Cherating? Seperti yang korang tahu, Cherating merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Sesuai sangat bagi yang sukakan pantai dan perlukan ketenangan.. Busyra sendiri pernah ke Cherating semasa site visit time study di uitm dulu.. Kenangan bbq, jalan-jalan tepi pantai tu best sangat!  Terus mengimbau kembali memori zaman dulu-dulu! That's why busyra suggestkan dekat korang...

Apa itu bagasi.my?

Busyra seorang yang suka baca artikel berkaitan percutian. Ia jadi mudah dengan adanya bagasi.my kerana sememangnya semua artikel di dalam website ini khusus tentang percutian sahaja. Tak perlu lagi nak buka website lain untuk mengetahui info terkini. Bagasi adalah satu laman web yang memberi ulasan dan cadangan serta menyiarkan kandungan mengenai perjalanan, percutian dan tempat penginapan di seluruh Malaysia. Tujuan utama website ini adalah untuk menggalakkan pelancongan tempatan di Malaysia dan meraikan keindahan destinasi pelancongan tempatan.

Dalam artikel bagasi.my menerangkan 17 Hotel Terbaik di Cherating dengan lokasi startegik yang hampir dengan tempat menarik, ada 5 hotel yang busyra suka sangat! Bila baca tentang hotel ni, terus rasa macam kita ada di sekitar hotel.. I need a vacation, pleaseeee. 

========================================================================
Ulasan dibawah adalah dari website bagasi.my:

Antara 5 Hotel Terbaik di Cherating

1. The Kasturi

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Kadangkala, selepas penat bekerja, kita ingin mencari destinasi percutian yang menenangkan dan jauh dari kesibukan kota. Jom bercuti di Cherating dan menginap di hotel mewah lima bintang The Kasturi. Anda boleh memilih sama ada untuk bermalam di bilik Studio, Suite atau Villa.

Harga yang dibayar sangat berbaloi dengan tahap layanan yang diberikan (anda akan dilayan bagaikan VIP!), kemudahan eksklusif (pool peribadi bagi villa & tab mandi moden dalam bilik air!), dan keindahan pemandangan laut dan hutan yang sangat mengasyikkan.

Setiap bilik di sini amat luas dan mempunyai katil, tempat duduk, meja, serta bilik air yang bersih dan moden. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan TV skrin rata dengan saluran kabel. Jika anda datang ke The Kasturi sekitar bulan 8 atau 9, anda juga boleh menyaksikan pelepasan penyu ke pantai – syoknya!

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM660 Semalaman.
Alamat - Km 32.5 Jalan Kuantan/Kemaman, 26080 Cherating, Malaysia.

2. Residence Inn Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Pemandangan hutan yang serba menghijau dan menenangkan, udara kabus pagi yang sejuk dan nyaman dan keindahan pantai yang serba memutih dan laut yang membiru – itu semua dapat anda nikmati ketika bercuti di Residence Inn Cherating.

Ia merupakan salah satu hotel best-seller di dalam talian, makanya anda harus cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali untuk menikmati layanan dan pengalaman penginapan yang menyeronokkan! Di sini, bilik-biliknya cantik dan kemas dengan rekaan warna lembut dan kelengkapan bilik yang tampak baru.

Katilnya besar dan empuk serta bilik airnya moden dan bersih. Anda boleh memilih sama ada untuk mempunyai pemandangan hutan/taman atau kolam renang. Nikmati juga akses Internet di dalam bilik dan sarapan pagi untuk dua atau tiga orang ketika bermalam di sini. Dengar khabar, menu hidangannya pelbagai dan rasanya pun sedap!

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM175 Semalaman.
Alamat - Lot 826, Mukim Sg. Karang, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia.

3. Royale Chulan Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Kalau anda mencari lokasi percutian di Kuantan yang sesuai untuk honeymoon atau ulang tahun perkahwinan yang romantis, jom laburkan sedikit bajet dan masa dengan bercuti di Royale Chulan Cherating. Ini adalah antara hotel mewah lima bintang yang ada di Cherating yang menjanjikan pengalaman penginapan yang eksklusif dan tidak dapat dilupakan!

Ramai tetamu di sini telah memberikan ulasan yang terbaik tentang resort ini. Ia terletak di kawasan yang berbukit dan betul-betul menghadap pantai dan laut. Kawasan di sekeliling hotel sememangnya cantik dan penuh privasi. Harganya berbaloi dengan kemudahan berkualiti tinggi yang disediakan.

Yang menariknya, harga bilik turut termasuk sarapan pagi dan makan malam! Di sini, anda sekeluarga boleh berehat di tepi pantai, bermandi-manda di laut atau kolam renang outdoor, serta pergi ke tempat menarik seperti Limbong Art yang berada hanya 300 meter sahaja dari Royale Chulan.

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM950 Semalaman.
Alamat - Kampung Cherating Lama, 26100 Cherating, Malaysia.

4. LaVilla By Holiday Villa Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

LaVilla By Holiday Villa, atau turut dikenali sebagai Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa Cherating, menjadi salah satu hotel di Kuantan yang sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang eksklusif dan mendamaikan.

Resort ini terletak dalam kawasan yang serba menghijau dan banyak pepohon kelapa dan lanskap yang cantik. Dari bilik hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan perabot kayu berkualiti, katil yang empuk dan selesa, serta dekorasi warna tema yang lembut.

Bilik airnya juga moden dan disertakan dengan jubah mandi, tab mandi, dan pancuran air panas. Malah, setiap villa di sini turut mempunyai kolam renang peribadi. Wah, seronoklah anda dan anak-anak bermandi-manda di luar bilik! Tempat menarik di sekitar Cherating juga hanya berada kira-kira 3 km dari hotel ini.

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM500 Semalaman.
Alamat - Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating, Malaysia.

5. Club Med Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Antara hotel terkemuka di Cherating yang sering ditempah ramai pelancong adalah Hotel Club Med Cherating. Dengan menginap di Club Med, anda berpeluang menginap di biliknya yang cukup bergaya serta eksklusif dan melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti bermandi-manda di Zen Pool atau bermain papan luncur air di laut!

Sudah pasti, dengan statusnya sebagai hotel empat bintang, anda akan dilayan dengan baik oleh para pekerja yang terlatih, profesional dan mesra. Bilik hotel di Club Med cukup besar dan selesa untuk anda sekeluarga. Ia dihiasi dengan lengkapan kayu ala Bali dan kemasan berkualiti tinggi.

Malah, anak anda juga pasti berasa seronok dapat membuat istana pasir di pantai peribadi, melihat penyu, bermain sukan air dan menyertai aktiviti Kid’s Club. Anda turut boleh memanjakan diri di spa. Sarapan pagi turut disediakan di restoran hotel dan ia cukup lazat!

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM1,170 Semalaman.
Alamat - Km 29, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, 26080, Pahang, Malaysia.

========================================================================

Itulah 5 Hotel yang busyra suka nawww nak pergi. Cantik sangat pemandangan hotel ni! Dari 17 hotel di Cherating yang busyra dah pun baca di artikel website bagasi, busyra sort kan kepada 5 yang paling meletops.. itu pilihan busyra lah. Korang kena baca sendiri entri dari mereka. Pastinya korang ada pilihan hotel tersendiri..

Semoga entri busyra kali ini bermanfaat buat korang semua yang ingin berkunjung ke Cherating, Pahang.. Tak perlu untuk kita ke luar negara, terjah tempat menarik di Malaysia terlebih dulu.. Jom teroka negara tercinta!

Maklumat Lanjut:


Read More

RESEPI SAMBAL MATAH BALI PENAMBAH SELERA

Thursday, July 04, 2019

sambal matah bali, sambal matah dan ayam bakar, sambal indonesia,

RESEPI SAMBAL MATAH BALI PENAMBAH SELERA | Macam biasa busyra akan kongsikan resepi untuk korang. Diambil dari pakcik google tetapi di olah mengikut selera makan sendiri.. Masakan kali ni sangat simple tapi boleh tambah nasi tau! hehe.. Sambal matah bali dari indonesia memang superb sedap! 

Bahan-Bahan:

1. 2 batang serai
2. 10-15 ulas bawang merah/kecil
3. 3-5 helai daun limau purut
4. 6-8 biji cili padi 
**kesemua bahan diatas dihiris halus. Kalau nak lagi pedas boleh tambah cili lagi. Ikut pada citarasa masing-masing.
5. Sedikit belacan
6. Sedikit minyak
7. Gula dan garam secukup rasa

sambal matah bali, sambal matah dan ayam bakar, sambal indonesia,

Cara-caranya: 

1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan belacan, serai dan daun limau purut. Kacau seketika.
2. Kemudian masukkan bawang kecil, kacau sehingga layu.
3. Masukkan cili padi dan kacau lagi. Perasakan dengan gula dan garam.
4. Siappp! 

sambal matah bali, sambal matah dan ayam bakar, sambal indonesia,

Busyra makan dengan ayam yang di bakar dalam pan tanpa minyak. Lepas tu tumbuk sikit ayam dalam lesung batu. Aura lesung batu tu buatkan ayam lagi sedap!. Makan dengan nasi panas dan sambal matah. Aura serai dan daun limau purut tuuu.. power! Korang kena cuba!

**Kenapa sambal ni dinamakan sambal matah? Apa yang busyra tau (matah = mentah).. Sebenarnya resepi ni tidak dimasak sama sekali. Makan macam kerabu mangga tu. Tapi busyra buat versi masak sampai layu. hehe. Tak boleh nak telan kalau tak masak langsung. 

Read More

DASHING SEMBURAN DEODORAN + PERFUME UNTUK LELAKI MASKULIN

Monday, July 01, 2019

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

DASHING SEMBURAN DEODORAN + PERFUME UNTUK LELAKI MASKULIN | Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad. DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY hadir dalam 4 variasi:

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

dashing, dashing wangian lelaki, deodoran dan perfume body spray, dashing 2 in 1,

Maklumat Lanjut


Read More