RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT

Wednesday, August 28, 2019

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT | Hai korang! Harini busyra nak share resepi mudah buat donut.. Donut ni kalau makan waktu petang mahu pula masa tu hujan.. fuhhh. sedap! Busyra makan pelik sikit cicah dengan sambal ikan bilis. hehe. disebabkan gula yang ada pada donut dah manis, so kena gabungkan dengan pedas pula. Okay! Jom tengok resepinya!

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Bahan A:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 1/2 cawan air suam
2 sudu gula
**campurkan bahan ni dan biarkan kembang selama 15 minit**

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Bahan B:

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1 sudu teh/kecil baking powder
1 sudu teh/kecil garam

Cara-Caranya: 

1. Ramaskan bahan B hingga sebati.
2. Kemudian campurkan dengan Bahan A, uli dan gaul rata.
3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

4. Adunan memang jadi lembik tapi korang jangan risau ye.. Jangan cuba-cuba nak tambah tepung tau.. haha
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan tekap. (busyra terlupa beli acuan nya, so terpaksalah buat secara manual. haha. buruk naww).
6. Biarkan lagi selama 30 minit.. Lepas tu baru boleh goreng. Pastikan minyak betul-betul panas.. Goreng dengan api sederhana perlahan.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Nak buat frozen pun boleh!! goreng dulu 1 minit kemudian simpan dalam plastik, masukkan dalam peti bahagian atas sekali. Bila petang, bolehlah goreng makan panas-panas.. Jika korang buat frozen,  keluarkan dulu dalam 20 minit baru goreng ya.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Selamat Mencuba!

Read More

RANCANG PERCUTIAN JIMAT DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION 2019

Saturday, August 24, 2019

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

RANCANG PERCUTIAN JIMAT DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION 2019 | Hai korang, dah nak dekat akhir tahun ni mesti terfikir nak bercuti kan? Dalam kepala ni asyik terfikir tempat-tempat menarik je ni, ye la mana tak nya setiap hari badan ni penat dengan bekerja sesekali nak juga tenangkan fikiran.. Tak kisah sebenarnya dapat bercuti dalam atau luar negara, yang penting bercuti yukkk! hehe. Sementara masih ada masa ni, jom rancang percutian jimat dengan Traveloka Saleabration!

Bila sebut saja percutian ni pasti macam-macam nak kena fikir. Yang paling menjadi keutamaan adalah tiket penerbangan dan hotel penginapan.. Busyra bukan lah seorang yang kaki travel, tapi pastinya suka travel! hehehe. Busyra sendiri ada tempat idaman yang nak sangat pergi dari dulu.. Banyak perkara yang kita kena research before travel. Dari A sampailah Z tau bukan main-main bedal je nak bercuti.. haha. Tambahan pula kalau pergi luar negara.

Pada bulan Mac yang lepas, ramai kaki travel yang tidak terlepas untuk menghadirkan diri dalam Matta Fair 2019. Event ini adalah pesta pelancongan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan terkenal sebagai pameran pelancongan terbesar yang diadakan pada setiap tahun. 

TRAVELOKA SALEABRATION & MATTA FAIR 2019


traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,
Antara tawaran yang ada adalah seperti diskaun tiket kapal terbang, diskaun hotel, pakej untuk luar negara dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang yang ada, sememangnya tak lekang lagi dengan tawaran pakej percutian yang menarik dan murah! Busyra sendiri tak sabar nak tunggu apa promosi yang akan berlangsung di website Traveloka nanti. Mana tahu boleh terus grab peluang promo yang lebih murah dari harga asal serta berbaloi baloi..

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

Bagi yang terlepas entri busyra yang lepas, busyra pernah ke Kuala Lumpur pada awal tahun haritu.. Masa tu Traveloka memang dah ada dalam fikiran. Terus booking hotel penginapan melalui Traveloka. Harga masa busyra tempah tempoh hari memang berbaloi dengan hotel yang busyra pilih. Selesa dan besar. Mudah sangat berurusan dengan Traveloka. Yang paling penting, jimat masa dan tenaga. Klik-klik dah siapppp!

Kenapa Traveloka menjadi Pilihan?

Dengan Traveloka ni mudah sangat sebab kita boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Bagi yang belum tahu, Traveloka merupakan satu platform carian tiket penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara dengan lebih 100,000 laluan penerbangan dan lebih 100,000 pilihan hotel di seluruh dunia. See! busyra tak perlu dah nak cari wesbite-website lain untuk buat tempahan. Di sini lah tempat yang sesuai untuk buat semua tempahan. Tiada cas tersembunyi bagi sebarang urusan yang dibuat. Tambahan lagi, korang boleh download aplikasi Traveloka di smartphone sendiri. Lagi senang kan?

Pulau Belitung Indonesia, Pulau Idaman

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

Busyra teringin sangat nak ke Pulau Belitung, Indonesia.. Cantik! Indonesia adalah salah satu negara yang bajet untuk percutian.. Busyra ada baca satu pasal Trip ke Pulau Belitung yang mengambil kos lebih kurang RM1100 - RM1500 keatas.. Yang pentingnya kena pandai pilih tiket flight dan hotel.. Apa lagi Traveloka la tempat nak usha-usha nanti. hehe..

JOM DOWNLOAD SEKARANG!

traveloka, saleabration, matta fair, diskaun, promo, cheap flight deals,

Korang!! Dah bersedia untuk promosi percutian yang hebat? Jangan lupa tau Traveloka Saleabration tak lama lagi akan berlangsung iaitu pada 26 Ogos - 27 September 2019.. Sama-sama kita rebut "cheap flight deals" dan hotel yang superb jimat!

Read More

TIPS SIMPAN DUIT SELAMA 4 BULAN UNTUK MELANCONG

Wednesday, August 21, 2019

melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,

TIPS SIMPAN DUIT SELAMA 4 BULAN UNTUK MELANCONG | Semua orang suka travel, tapi tak semua yang mampu nak travel selalu ataupun ada yang tak pernah kenal pun apa itu travel. Macam-macam alasan kita beri, banyak komitmen sampaikan tak sempat nak tarik sikit duit simpan untuk diri sendiri.. Percayalah korang, jika cara kita menabung betul, InshaAllah boleh!

melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,
sumber : Google

Cara-Caranya :

1. Plan "ke mana" nak pergi .

2. Tetapkan tarikh "bila" kita nak pergi . 

3. Cari tahu kos (anggaran saja) termasuk kos minyak kereta, penginapan , anggaran belanja makan , dan berapa bajet untuk shopping.

4. Kirakan tempoh berapa lama masa kita ada untuk saving sebelum tarikh pergi .


melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,
sumber : Google

5. Misalkan sekarang OGOS, dan kita nak pergi trip on DECEMBER. So, berapa bulan kita ada ? 4 bulan!

4 bulan = 30 hari x 4 = 120 hari

Kalau anggaran bajet untuk pergi bercuti adalah RM1000

RM1,000 bahagikan dengan 120 hari 
Bersamaan, RM8.30

Sehari simpan 9 ringgit . Takkan tak boleh?

RM9 x 120 hari = RM1,080

Cukup kan? Ini cara orang susah . Kalau tak berduit, kena belajar menabung. Apa pun boleh dapat, InshaAllah. Simpan sehari sikit , pasti tak terbeban . Kalau nak simpan beratus sekali gus dalam sebulan , memang lah rasa bebannya . So, work smart okay? and tak perlu pun melancong jauh-jauh, dalam Malaysia pun okay.


Busyra jumpa tips ni dari facebook kawan busyra.. Dia kongsikan pada semua. Busyra sendiri pun sebenarnya berat nak menabung macam ni. Tapi InshaAllah, akan diusahakan. Bukan untuk orang lain untuk diri sendiri juga. Semoga bermanfaat buat semua.

Read More

FAVORITE DRAMA | SWEET DREAMS LAKONAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR

Monday, August 19, 2019

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

FAVORITE DRAMA | SWEET DREAMS LAKONAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR | Sekarang ni dah jadi fenomena sign language.. Semuanya gara-gara Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah dan Ben Amir. Arahan Michael Ang berjaya memukau ramai rakyat Malaysia untuk tidak melepaskan peluang menonton drama ini pada setiap episod. Busyra sendiri pun terjebak ni haaaa. 

Bila kita tengok sesebuah drama jangan sekadar menonton for fun, gelak-gelak, sedih-sedih then habis.. Tapi ambil lah seberapa banyak pengajaran dari sesebuah cerita. Setiap cerita pasti ada intipati tersendiri. Bukan cerita sekadar borak kosong. Dalam drama Sweet Dreams ni busyra dapat banyak input dan boleh kita contohi yang baik dan elakkan sesuatu yang tak baik.

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

First, watak Mira Filzah pegang adalah watak seorang yang bisu. Setiap orang dekat dunia ni even bisu, pekak, buta, mereka semua ada hati dan perasaan. Jadi janganlah sewenangnya saja diperlakukan yang tak baik. Watak Didi Astilah sebagai Melissa yang suka sangat buli Si Putri, sedangkan kerja Putri jauh lebih baik dari dia..

Second, pengorbanan Qash Adam watak yang dilakonkan oleh Ben Amir. Entah siapa yang dia mimpikan tapi dia tetap nak tolong walaupun tak kenal sama sekali dengan Putri. Seperti yang kita tahu dia ada penyakit kan, daripada dia kisah tentang Putri lebih baik dia sembuhkan penyakitnya..  Sampikan tidur malam pun tak tenang.. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan jodoh. 

Third, sikap adik Putri yang sangatlah tidak sopan dengan ibu dia sendiri.. Even seorang ibu tu marah-marah tapi dia tetap sayangkan anaknya. Busyra kurang suka sikit watak adik si Putri tapi dalam hati dia tu sebenarnya sayang pada mak dan kakak dia cuma mungkin sejak kecil dia di layan kasar. sebab tu la begitu jadinya.. haha. Menjadi betul watak Cempaka!

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

Banyak lagi sebenarnya pengajaran yang kita dapat. Bukan saja dalam drama ini tapi setiap drama mana pun mesti ada yang boleh kita pelajari. Apapun arahan dari pengarah hebat ini memang betul-betul mendapat sambutan. 

Read More

CARA BAYAR @ TOPUP FACEBOOK ADS DENGAN MUDAH

Sunday, August 18, 2019

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

CARA BAYAR @ TOP UP FACEBOOK ADS DENGAN MUDAH | Lama rasanya busyra tak share topik tutorial.. Jadi disebabkan tadi busyra baru saja lancarkan iklan untuk bisnes busyra maka terjadilah entri Cara Bayar @ Topup Facebook Ads dengan mudah.. Bagi yang baru ingin mencuba, jom lihat cara-caranya di bawah.. 

Cara-caranya:

1. Klik button pada hujung profile facebook, then klik "Manage Ads"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

2. Akan keluar new tab seperti gambar dibawah.. Klik "Billing"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

3. Kemudian klik "Payment Setting"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

4. Pada bahagian Payment Setting, Klik "Add Money".

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

5. Kemudian akan tertera seperti gambar dibawah. Buat pilihan sendiri mengikut cara apa yang korang nak guna.. Nak senang klik saja "Perbankan Internet"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,


6. Letak berapa amaun yang korang nak topup.. Busyra cuba ni untuk RM10 sehari.. Kemudian klik "Review Payment".

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

7. Klik "Make Payment"

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

8.  Kemudian pilih bank yang korang ada.. Busyra pilih "Maybank".. Klik saja pada maybank tak perlu tekan continue..

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,
 9. Kemudian baru klik "Continue" 

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,
10. Akan tertera korang punya maybank2u.. Isi username dan password macam biasa, ikut saja langkah transfer duit. sama saja..

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

11. Selepas siap buat transfer maybank2u.. "Reload" semula page yang awal-awal tadi tu.. See, Balance duit dah ada RM10. 

tutorial facebook, facebook ads, iklan di facebook, cara bayar iklan facebook,

Siap! Lepas tu korang boleh lah buat iklan di page sendiri. Step ni nampak macam banyak sebab busyra tunjuk one by one.. Selamat Mencuba!


Read More

BEAUTEA BY SAFI PEMBERSIH MUKA 100% EKSTRAK TEH PREMIUM

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

BEAUTEA BY SAFI PEMBERSIH MUKA 100% EKSTRAK TEH PREMIUM | Baru ini Safi Malaysia telah mengeluarkan pembersih muka 100% ekstrak teh premium.. Woww! Menarik ni.. Busyra terus grab Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser dan Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser. 

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Beautea by Safi ini dirumus khas untuk kulit wajah yang terdedah dengan segala kotoran. Tak kisah la persekitaran luar mahupun kotoran dari makeup seharian. Menariknya, Beautea by Safi adalah produk yang bebas alkohol, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan bebas silicone. Selamat digunakan dan pastinya halal. 

4 variasi mengikut jenis kulit

1. Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser - Normal to oily skin
2. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser - Sensitive skin
3. White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser - Dry to normal skin
4. Apricot Tea Revitalising Face Scrub - All types of skin

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Busyra jenis kulit yang agak berminyak.. sebab itulah busyra pilih untuk cuba Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser. Lepas saja cuci muka segar sangat dan rasa liang-liang pori tertutup rapat.. Bila bangun pagi, muka tak ada la banyak sangat minyak seperti sebelum ini. Ia sangat membantu kulit muka busyra untuk terus segar sepanjang hari. 

1. Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser 

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Pembersih gel yang lembut dan ia dapat menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan teh Green Tea & Neem ekstrak, dapat mengawal sebum dan membantu mengurangkan parut di wajah. 

2. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Pembersih krim Amino Acid yang lembut dan wangi. Ia dapat membersihkan dan menghapuskan segala kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang membantu menghasilkan kulit baru serta mengekalkan kulit agar lebih sihat dan melindungi daripada proses penuaan.

3. White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran di kulit wajah. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan bagi mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan liang-liang pori.

4. Apricot Tea Revitalising Face Scrub

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Ia dapat membersihkan liang pori dan mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan kulit lebih cerah dan berseri. Amalkan sekali atau 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik. 


So korang yang mana nak dapatkan Beautea by SAFI ni boleh dapatkan di hypermarket terdekat ataupun boleh beli secara online di website Watsons. Dapatkan segera sebab sekarang tengah ada sale, hanya RM19.90. Harga biasa RM23.30. 

safi my, safi skin story, premium tea cleansers, rush media, Safi Malaysia, safi beautea, beautea by safi,

Facebook : SAFI
Instagram : Safi Malaysia

Read More

TEMPAHAN BANNER BIRTHDAY MURAH HANYA RM35!

Thursday, August 15, 2019

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah

TEMPAHAN BANNER BIRTHDAY MURAH HANYA RM35! | Hai.. Untuk para ibu yang ingin membuat parti hari jadi anak-anak ala kartun boleh buat tempahan banner birthday hanya RM35 sahaja.. Murah tetapi kualiti dijamin terbaik. Anak-anak pun pasti suka bila dapat tengok kartun kesukaan mereka. Bagaimana cara menempah? Teruskan membaca..

Contoh-Contoh Banner

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Jungle Theme

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Little Pony Theme

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Baby Boss Theme

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Baby  Shark Theme

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Boboi Boy Theme

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Upin Ipin Theme

banner birthday murah, banner hari jadi, tarpaulin banner, banner murah
Disney Princess Theme

Semua gambar diatas adalah custom design iaitu dibuat mengikut permintaan customer. Tiada cas tambahan untuk design. Semuanya PERCUMA kecuali korang buat perubahan lebih dari 3 kali. Tunggu apa lagi? Jom request banner birthday sekarang! Follow step dibawah jika ingin membuat tempahan.
Cara Menempah

1. Whatsapp Y.ra Printing - 014-6729316 (Beritahu nak tema apa)
2. Buat pembayaran 
3. Designer mereka akan proceed design (1-2 hari bekerja)
4. Discuss design. Setuju @ ada minor correction
5. Setelah setuju design, maka proceed ke bahagian printing (ambil masa 2 hari bekerja)
6. Siap print, mereka akan terus buat pengeposan dan update tracking number.

Mudah saja kan cara membuat tempahan? Korang tak perlu lagi dah susah-susah nak ke kedai.. Whatsapp saja dari rumah, tunggu beberapa hari banner sampai.. Sebaiknya order 2 minggu sebelum tarikh birthday anak supaya tidak rushing dalam membuat tempahan.. 

Info Lanjut

Facebook : @Y.ra Printing

Read More

BELAJAR MELEPASKAN SESUATU HAL YANG BUKAN MILIK KITA!

belajar melepaskan, bukan milik kita, milik Allah,

BELAJAR MELEPASKAN SESUATU HAL YANG BUKAN MILIK KITA! | Busyra selalu ingatkan pada diri yang kita hanya manusia biasa yang perlu terima jika sesuatu itu mulanya datang dan akhirnya pergi. Bukan tak boleh bersedih tapi jangan lama-lama. Kita perlu belajar melepaskan sesuatu hal yang bukan milik kita. Semua benda dalam dunia ni, semua milik DIA..

Siapa saja yang tak pernah merasa sakitnya kehilangan. Kita perlu belajar banyak perkara untuk masa depan. Manusia tak akan ada dengan kita selamanya.. Ia datang, Ia pergi.. Apa yang perlu kita buat jika kita tengah alami situasi ni? Busyra story dari pengalaman sendiri. Melepaskan seorang insan tersayang untuk kebahagian busyra sendiri. "Tak mudah, Tapi tak susah juga"

Tak perlu kita nak simpan hal yang buatkan kita sakit, pedih.. Jangan tau! Jangan sama sekali. Buang terus dari life korang. Teruskan hidup. Jangan nak pusing-pusing belakang lagi dah. Busyra tak cakap yang benda ni mudah. Harini jadi, esok dah boleh lupa. Tak! ambil masa seminggu, sebulan bahkan bertahun.. Itu depends pada diri korang sendiri. Kalau decides dalam diri nak sedih lama-lama maka bersedihlah sendiri. Kalau fikir, ahhh cukup lah seminggu aku bersedih.. Then you will be okay, right?

belajar melepaskan, bukan milik kita, milik Allah,

Faham kan apa busyra maksudkan? FIRST sekali adalah MINDSET korang sendiri.. Fikir dalam-dalam supaya kita terus belajar dan belajar agar tak teruskan usaha untuk sesuatu yang kita sendiri dah tahu jawapannya.. Sesuatu hal yang bukan milik kita, sampai bila-bila bukan milik kita! Jangan lemah dalam fikiran korang tu.. Orang lain tak boleh nak bantu, diri sendiri kena kuat.. 

Hidup kita ni sekejap saja, jadi jangan buangkan masa waktu yang tersisa untuk sesuatu yang tak happy. Tutup buku lama, buka buku baru.. Hadamkan dalam kepala tu yang SEMUANYA MILIK ALLAH.. then korang akan rasa tenang, kosong fikiran tu sekejap.. Jangan terus berfikir yang dia akan ada dengan aku lagi nanti.. Walhal si dia dah bahagia dengan orang lain.. haha. Gelak sendiri weh! Korang pun berhak bahagia. Trust me, cari life korang sendiri. Bukan bermaksud cari pasangan baru ye.. Kenal diri korang dulu, one fine day akan hadir seseorang yang jauh jauhhhhh lebih berharga.. 

Selalulah kita ingat semuanya Milik Allah, tak ada yang kekal abadi dekat dunia ni. Yakin dalam buat keputusan dalam hidup. kalau korang dah decides tinggalkan si dia, jangan patah balik.. Berbalik pada tajuk asal "BELAJAR MELEPASKAN SESUATU HAL YANG BUKAN MILIK KITA!"

Read More

KULIT KEKAL SIHAT DAN CANTIK DENGAN KITA BEAUTIES PU'TH

Friday, August 09, 2019

kita beauties pu'th, campuran minuman botani, buah oren, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

KULIT KEKAL SIHAT DAN CANTIK DENGAN KITA BEAUTIES PU'TH |
Dalam pencernaan badan kita sangat memerlukan makanan tambahan untuk lebih aktif setiap hari. Begitu juga dengan kulit muka yang kusam dan tak bermaya. Busyra nak kenalkan satu produk untuk kulit kekal sihat dan cantik dengan KITA Beauties Pu'th.. Jangan sesekali biarkan raut wajah kita lesu! 

Bagi korang yang belum tahu, KITA Beauties ada 8 jenis flavor yang masing-masing ada khasiat tersendiri.. Sebelum ni, busyra pernah consume KITA Beauties Col'la.. Boleh baca DISINI.. Jadi sekarang cuba pula KITA Beauties Pu'th.. Sedap rupanya! masam-masam buah oren buatkan tekak rasa selesa..

kita beauties pu'th, campuran minuman botani, buah oren, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

KITA Beauties merupakan salah satu jenama produk kesihatan dan kecantikan yang terlaris di farmasi Guardian. Yang paling penting ia mempunyai sijil Halal dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tak terlepas juga di instagram, ramai yang berkongsi feedback positif. Mana tidaknya cara nak consume tersangatlah mudah. Terdapat 8 flavor KITA Beauties iaitu KITA Be'ries, KITA Pu'th, KITA Blok'It, KITA Fib're, KITA Ku'ros, KITA Mo'Hair, KITA Push Up dan KITA Col'la. 

KITA Beauties Pu'th mengandungi 4 jenis kandungan utama iaitu buah oren, camu-camu, alpha lipoic acid dan biji anggur. Kesemua ramuan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

kita beauties pu'th, campuran minuman botani, buah oren, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Kandungan KITA Beauties Pu'th

1. Buah oren - buah oren kaya dengan sumber vitamin c iaitu ia dapat membuatkan kulit kita lebih sihat dan menguatkan ssitem imunisasi dalam badan.

2. Camu-camu - sejenis buah-buahan, dipercayai ianya bagus untuk kulit dan diet. Selain itu, camu-camu juga dapat mengecilkan liang pori-pori di wajah kita dan mengurangkan keradangan kulit apabila jerawat tumbuh.

3. Alpha Lipoic Acid - bertindak sebagai anti oksidan iaitu melambatkan proses penuaan dan keradangan kulit.

4. Biji anggur - untuk mencerahkan dan mengimbangi kulit.

Ramuan Penuh: Serbuk Jus Oren, Fructose, Maltodextrin, Vitamin C, Guar Gum, Silicon Dioxide, Camu-Camu, Alpha Lipoic Asid, Serbuk Biji Anggur, Tricalcium Phosphate, Perisa Pic.

Kelebihan KITA Beauties Pu'th

• Mencerahkan kulit
• Melicinkan kulit
• Mencegah pertumbuhan jerawat
• Tona lebih sekata
• Menegangkan kulit
• Liang pori menjadi lebih kecil
• Mengurangkan minyak pada muka
• Melembapkan kulit

kita beauties pu'th, campuran minuman botani, buah oren, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Cara pengambilan

Bancuhkan dalam 100ml air. Boleh bancuh dengan air biasa, air suam ataupun air sejuk tapi pastikan ia betul-betul larut dulu sebelum minum.. Mudah kan? Boleh ambil selepas sarapan pagi ataupun sebelum tidur. 

Tips / Pantang

• Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
• Elakkan pengambilan KAFEIN kerana ia boleh mempercepatkan penuaan. 
• Masa period better stop sebab sistem pnyerapan badan masih lemah.
• Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/ klinik
• Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil sebarang jenis produk/ supplement/ jamu lain. 
• Sesuai diambil selepas kandungan/ baby yg berusia 4 bulan keatas untuk ibu 
mengandung/ ibu menyusu. 
• Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter untuk kesan terbaik. 
• Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar 
kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk. 
• Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut, masalah 
kulit sensitif atau masalah resdung. 



Cara Pembelian KITA Beauties Pu'th

Korang boleh dapatkan KITA Beauties Pu'th atau mana-mana produk KITA Beauties di semua rangkaian Guardian di seluruh Malaysia. Harga sekotak hanya RM28.80 dan mengandungi 10 sachet. Setiap sachet bersaiz 6 grams.

kita beauties pu'th, campuran minuman botani, buah oren, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

“make your skin & body happy”

Untuk Maklumat Lanjut

Facebook: kita beauties
Instagram: kita_beauties

Read More