PAKAI BRACES KALI PERTAMA SAKIT KE TAK? #PART 1

PAKAI BRACES KALI PERTAMA SAKIT KE TAK? #PART 1 | Hello everyone! I'm going to share with you gais my new friend... heee. Busyra decide nak pakai braces since gigi atas busyra semakin jarang. Keputusan nak pakai braces ni bukanlah di buat dalam jangka yang pendek tau, seriously busyra fikir nak pakai braces sejak 2 tahun lepas. lama kan? So, apa dalam kepala masa tu fikir "pakai braces ni sakit ke tak?" sebab takut.

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah emerald green,
I terpaksa edit muka I sebab the real one is muka tak ready. hahaha

Percaya tak busyra tak pernah jumpa dentist since sekolah menengah. Sakitlah macam mana sekali pun still tahan. Gigi geraham nak tumbuh pun busyra sanggup tak jumpa doktor. Mak cakap busyra ni orang yang tahan sakit. Kalau orang lain dah meraung dah sebab sumpah sakit actually. haha. It's okay, abaikan topik gigi geraham tu. back to braces! 

Banyak klinik gigi yang busyra survey dari aspek kualiti, harga, tempat, doktor & staf okay ke tak.. macam macam lah. Nak buat satu-satu benda kita kena fikir semua tu. Finally, jumpa jugak klinik yang feedback nya positif dari previous patient. Klinik Pergigian Kaseh, Pendang Kedah. Sebelum pergi ke klinik, busyra whatsapp mereka dulu untuk tahu info pasal braces. So, my first appointment pada hari sabtu 9 November 2019

Apa yang busyra buat masa tu?
1. Scaling (Cuci gigi) -RM70
2. Acuan gigi - RM60

Sehari dah siap, buat payment.. guess what apa doktor cakap dekat busyra? "Awak tak jumpa dentist dah lama tapi gigi awak tak ada sangat karang gigi. sikit sangat-sangat. Bagus awak jaga gigi" haha. omg, Doktor jangan puji lebih-lebih sangattt.. :p

Okay, then lepas 5 hari mereka whatsapp untuk pergi ke Klinik Pergigian Beauty Smile, Laguna Merbok Sungai Petani, Kedah. Busyra memang sedia maklum yang klinik di Pendang tak ada alatan untuk buat braces. Memang dari awal busyra dah setuju untuk ke Sungai Petani. Untuk pengetahuan korang, Doktor Norliza ada 3 cawangan klinik.. power kan? sebuah di Pendang dan lagi 2 buah lagi di Sungai Petani. 

Apa yang busyra buat masa tu?
1. X-ray gigi (RM100)
2. Pasang Braces (deposit RM800)

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah emerald green,
Sumber Gambar: Google

Buat x-ray tu sekejap saja. Dalam 5-10 minit saja, doktor nak tengok gigi kita bermasalah ke tidak. Alhamdulillah gigi busyra tak perlu cabut. Masalah gigi busyra ni dikatogerikan minor juga la. Gigi atas jarang dan gigi bawah tak sama. Lepas dah settle x-ray, pembantu doktor suruh busyra pilih warna getah yang nak dipasangkan. So that time busyra pilih warna hijau emerald green. Randomly pilih ja. Tunggu beberapa minit, Dr. Norliza pun sampai dan start pasang braces. 

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah emerald green,

Sakit ke tak masa pasang? Yes rasa jugak la masa Dr tarik dawai braces tu. haha. Time letak bracket okay lagi. Bagi siapa yang tak tahan sakit memang macam errr jugak la. Tapi trust me, sakit tu masa Dr. tarik dawai saja. rasa macam gigi nak tercabut pun ada walaupun hakikatnya tak. hehe. Masa Dr letak getah tu tak rasa apa pun. dalam 30-45 minit macam tu siap!! Masa Dr kata siap tu, sumpah excited gila nak tengok apa jadi dengan gigi aku. anddd masa tu rasa ada benda pelik dalam mulut. nak tutup mulut pun janggal. For the first time pakai, Dr kata memang rasa macam ni. Lepas ni awak akan  terbiasa.

Sempat jugak la bergambar dengan Dr.. She's so friendly and soft spoken. Masa dia pasang braces pun lembut saja, tak ganas-ganas. Alhamdulillah, settlekan payment semua. Then every month kena bayar RM150.. Harga bulanan ni depend on klinik. Ada yang mahal dan ada yang murah. Korang kena pandai-pandai survey okay. 

After pakai braces, please take note 3 perkara ni:

1. Jangan terlalu banyak cakap. haha. aduiii iouls dah la jenis cakap banyak. lepas ni kena senyum je la kan.
2. Jangan gigit benda yang keras macam tulang ayam or ketam. Makan makanan yang lembut saja (bubur, pisang)
3. Berus gigi dengan perlahan, jangan terlalu kasar dan guna berus gigi yang khususnya untuk braces.

Lupa pulak nak cakap yang busyra dapat 1 beg comel berisi barang-barang untuk braces seperti berus gigi, ubat tahan sakit, colgate, wax (RM20).. Untuk kali pertama busyra pakai braces, busyra tak makan ubat tahan sakit sebab tak rasa sakit sangat yang tak memudaratkan untuk buat kerja. 

Next appointment untuk tukar getah warna baru pada 6 Januari 2020.. Part 2 coming soon okay? Next entry! Thank you.


Post a Comment

14 Comments

  1. Brapa lama kena pakai braces? Lepas ni nanti once braces dah buka, mesti gigi makin cantik tersusun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahun setengah @ pun 2 tahun lebih mengikut perubahan gigi. kalau gigi cepat bergerak, cepat buka :)

      Delete
  2. wah bestnya pakai braces...saya pon dri dulu nak pakai braces,tapi doktor pakar kata tak payah...cuma sampai skrg sy masih bercita2 untuk pakai braces..nak gigi lawa meyh..ngeh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Dr akan check dulu dan tnya kita kenapa kita nak buat braces. cuma pakai braces ni leceh sikit, setiap kali makan kena sentiasa check gigi. hehe

      Delete
  3. Terima kasih Busyra perkongsian.Ada juga terfikir nak pakai braces ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 :) boleh je akak. nnti akak buat survey di klinik berdekatan ye.

      Delete
  4. wah bestnyee.. so next apoimnt kena bayar berapa ??

    ReplyDelete
  5. yay geng braces :D hehe saya dah pakai nak dekat 3 tahun. malas g appointment so gigi still under construction. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy.. awk pun pakai braces ye. hehe. yeahh geng! haha. ye malasnya kan bila nk g appointment.

      Delete
  6. Nasib balik tak lama pakai.

    ReplyDelete
  7. Hai busyra! hehe weh zira pon rasa teringin nak pakai tapi takot. haha da lama dok ushar2 je..

    ReplyDelete
  8. seram tak orang pakai braces. macam ada yang menganggu keselesaan gitu.

    Anyway, orang pakai braces semua lawa-lawa. ^^

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Wrmbth Sis Busyra.Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete