SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK MICELLAR SHAMPOO

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK MICELLAR SHAMPOO | Sejak dari dulu lagi busyra memang tak pernah berpaling dari Safi Shayla. Setia wa cakap lu.. hehe. Betul lah kata mereka yang syampu ini sangat sesuai untuk wanita bertudung. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni kita perlukan syampu yang mampu menyegarkan kulit kepala sepanjang hari.

Alhamdulillah selama busyra gunakan syampu dari Safi Shayla ni memang kulit kepala tak ada kelemumur dan rambut kekal wangi walaupun selepas balik kerja. Sebab tu lah bila Safi ada keluarkan produk syampu terbaru busyra excited untuk cuba.. Penjagaan rambut tersangatlah penting buat wanita meskipun yang bertudung ataupun tak.. 

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Safi Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo adalah produk terbaru yang dikeluarkan oleh Safi.. Serius menarik! Ia diformulasikan dengan 100% Botanikal Aktif dan 0% Paraben. Tambahan lagi, ia kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke ujung dengan aroma segar yang unik serta tahan lama sehingga 48 jam. Dengan adanya minyak argan, rambut lebih lembut dan terurus. Kulit kepala pun rasa segar dan sejuk selepas penggunaan. 

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Kandungan Safi Shayla Botanical Silk Micellar

Air, Natrium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Natrium Klorida, Decyl Glucoside, Starch Corn Terhidrolisis, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate / Caprate, Panthenol, Asam Citric, Polyquaternium-10, Natrium Citrate, Menthol,

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Busyra suka sangat packaging nya.. Botol besar dan berbentuk lut sinar. Lain dari yang lain. Nampak unsur kesegaran yang nak disampaikan buat pengguna Safi Shayla. 


Organik Habbatus Sauda
Kaya dengan sumber nutrien untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.
Minyak Argan
Menjadikan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan bertambah bersinar, sihat dan menarik
Minyak pokok teh
Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.


product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Cara Penggunaan

1. Picit syampu dan letakkan diatas rambut basah.
2. Urut perlahan-lahan di sekitar rambut sehingga berbuih.
3. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih dan keringkan. 
4. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask/ Conditioner rambut selepas syampu.

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Saiz produk: 480 gram
Harga: RM 22.41

Boleh dapatkan SAFI SHAYLA Botanical Silk Micellar Shampoo di mana-mana pasaraya besar berdekatan seperti Tesco, Giant, Watson, Guardian di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut:


Post a Comment

3 Comments

  1. Cantik botol dia transparent mcm tu..nampak juga kat mall ritu, wangii..tapi tak beli sebab yg kat rumah belum habis. Maybe nanti boleh la try :P

    ReplyDelete
  2. skrg ni org tgh cari sanitizer jer., huhuhu

    take care ;p

    ReplyDelete
  3. cantik pula botol shampoo buat transparent kan? nanti boleh try! harga pun boleh tahan murah

    ReplyDelete