PATUT LAH VIRAL DALGONA COFFEE, MEMANG PADUUU!

dalgona coffee, gula, air panas, nescafe gold, resepi dalgona coffee,

PATUT LAH VIRAL DALGONA COFFEE, MEMANG PADU! | Haluuu haluuu.. hehe. kembali bersiaran di Busyra's Kitchen.. Seperti yang hangat diperkatakan Dalgona Coffee kini menjadi viral buat rakyat Malaysia.. hahahah. bosan weiii. Jom try resepi baru lagi! Busyra rasa busyra antara orang yang lambat untuk try Dalgona Coffee ni. Walhal nya bahan-bahan semua dah ada tapi malas nak buat. Harini diberi kerajinan sikit, moh ler kita buat..

Bahan-bahannya tersangatlah mudah dan super simple. Korang pun mesti dah tau kannn? Nak buat minuman ni korang kena ikut nisbah yang betul kalau tak, tak kan jadi. Ini adalah kali kedua busyra try. Sebabnya yang first try terlobihhhh airr. hahaha. 

2 Sudu Nescafe : 2 Sudu Gula : 2 Sudu Air Panas

dalgona coffee, gula, air panas, nescafe gold, resepi dalgona coffee,


Ikut nisbah macam tu ye. Kalau korang nak buat 3 or 4 sudu pun boleh, so jadinya gula dan air panas pun kena sama. Baru jadi. Busyra kacau guna sudu je. ambil masa dalam 10 minit nak jadi macam ni.. Dekat rumah busyra tak ada mixer or pemukul telur. sadis betul! huhu.. pukul punya pukul, finally jadi la jugak. haha. usaha tangga kejayaan kan? 

dalgona coffee, gula, air panas, nescafe gold, resepi dalgona coffee,

Dalam banyak-banyak brand susu, busyra suka Goodday or Farm Fresh.. Busyra beli goodday full cream. Letak ais sikit, letak susu then last sekaliii.. treng teng tenggggg.. Letak la nescafe yang pulun dok kacau tadi.. hehe.. Siappp! Minum time panas-panas memang cool habesss!! Busyra bukan coffee lover, tapi untuk resepi ini boleh diterima. Sedap!!


Korang dah cuba ke belum Dalgona Coffee?


Post a Comment

7 Comments

  1. Iyaaa memang sedap giler ni, lagi kalau tambah ais bebanyak, perghhh nikmatnyaaaa

    ReplyDelete
  2. setiap kali tengok terliur kak PC ni..tapi belum buat-buat lagi.

    ReplyDelete
  3. sumpah sedap! asyik nak berdalgona je kejenya :)

    ReplyDelete
  4. Mmg padu...skali wife buat rasa nak lagi..done follow sini

    ReplyDelete
  5. sebab tak suka kuppi n x minom susu jadi tak buat ni..
    tapi suka tengok foam kuppi tu gebuuu..

    ReplyDelete