RESEPI KEK BATIK CRUNCHY BOLEH BUAT JUAL!!

RESEPI KEK BATIK CRUNCHY BOLEH BUAT JUAL!! | Hai koranggg. Sihat ke tu? Mesti boring kan dekat rumah. Tunggu apa lagi moh ler ke dapur. Memasak boleh hilangkan stress tau tak. Seronok. Kali ni busyra nak share dengan korang resepi turun temurun. Sedap wa cakap lu beb. hehehe. Resepi kek batik crunchy boleh buat jual! 

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

Resepi ni dari Along(kakak) busyra, actually. Since busyra kecik lagi memang kek batik dengan kami tak boleh dipisahkan. Tak kisah lah musim raya ke tak selalu sangat buat. Kami 4 beradik memang hantu kek batik, makan berulang-ulang dari pagi sampai ke malam. hahaha! Tapi itu la orang cakap bila masing-masing dah besar, dah kawin semuanya dah berubah. Tak ada lagi dah air tangan kakak ku dirumah. Apatah lagi sekarang ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulak kan, lagi lah tak boleh kemana. 

Busyra sebelum ni tak pernah ambil tau pun resepi dari Along. Tunggu tengok je, kalau tak pun tolong kacau adunan.. haha. Tapi sekarang bila dah teringin semua benda kena buat sendiri. Semalam whatsapp Along minta resepi. Harini pergi kedai beli barang. So jom tengok resepi super simple ni.

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

Bahan-Bahan:

2 cawan milo
Sebiji telur
Setengah cawan susu pekat
2 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar butter
Biskut marie secukupnya

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

Cara Penyedian:

1. Kacau sebati campuran milo, serbuk koko, telur dan susu.
2. Panaskan butter dalam kuali.
3. Masukkan semua adunan tadi ke dalam kuali panas dengan butter, kacau sampai pekat. Api sederhana perlahan.
4. Tutup api dan masukkan biskut marie yang di patahkan! Gaul sebati

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

**Boleh guna setengah cawan air jika nak versi lembut. Kalau nak yang crunchy macam busyra buat jangan sesekali letak air tau. Bila dah siap, boleh letak dalam loyang berlapik plastik.. Tekan tekan bagi padat. Masukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dihidang.




Selamat Mencuba!

Post a Comment

2 Comments

  1. makan sambil baca novel syok ni.

    ReplyDelete
  2. kek paling mudah nak buat. musim pkp ni biskut marrie pun susah nak jumpa dah. huhu

    ReplyDelete