LUNA SELAMAT MELAHIRKAN 5 ANAK!

LUNA DAH SELAMAT MELAHIRKAN 5 ANAK! | Hai korang. 16 Mei 2020 Luna dah selamat melahirkan 5 anak weiii! I lah bidan terjun dia. hahaha. Alhamdulillah rezeki bulan ramadan. haha. Btw kan ini bukan pertama kali beranak, ini dah second time. Tapi ada yang lainnya cara dia beranak kali ni. Busyra sayang gila dekat Luna, kucing yang sangat-sangat baik. Dari kecil tak pernah pun dia cakar busyra. Lembut gila, That's why I letak nama dia Luna Serra.. Gituuuu! kah kah

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Dia start meraung sakit tu pukul 4.30 pagi semalam. Masa tu busyra dah boleh tau yang dia dah nak beranak. Dulu masa first time Luna beranak busyra tak sempat nak tengok pun, tengok-tengok dah beranak. Busyra baru balik kerja, baring sekejap then dengar ada suara kitten meow.. Tapi kalini kan Luna lain sangat-sangat, dia terlalu manja. Dia nak busyra temankan dia belai-belai sentiasa. Bila busyra bangun pergi dari sangkar dia terus mengiau tapi bila busyra duduk dekat sangkar terus diam. Weiiii tak kan mommy nak kena jadi bidan hang Luna?? hahaha

Pukul 8.10 pagi, masa tu dia dah keluar air dan sedikit darah. Dia dah mula angkat-angkat buntut dia. Busyra kesian tengok dia. Bila tangan busyra belai dia, dia nampak macam lega. Busyra tak tau nak explain macam mana, orang yang ada kucing saja yang dapat baca reaction kucing pada kita. Sampai 8.30 pagi, Luna berjaya keluarkan anak yang pertama. Keluar sekali dengan kantung lendir tu tau. omg ini pertama kali busyra tengok kucing beranak. Setiap anak keluar sekali dengan uri, ala macam manusia. Tapi bezanya kucing ni dia makan uri dia sendiri. Dia jilat darah anaknya sampai bersih. 

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Jangka masa anak pertama, kedua dan ketiga dalam 20 minit macam tu. Yelakan benda ni ambil masa sebab dia nak makan uri lagi, nak jilat darah lagi. Bukan mudah. Anak pertama warna putih, anak kedua warna oren (ada putih sikit pada hidung) dan anak ketiga warna hitam. Bila tiba nak keluarkan anak keempat, dia dah tak larat. busyra bagi dia air sebab kucing ni bila dia beranak dia perlukan air dan tempat sejuk. Dekatkan sangkar dia pada bilik beraircond. Tempat yang panas boleh buatkan dia lagi bertambah penat. 

Jam 10 pagi macam tu dia baru dapat keluarkan anak keempat warna hitam juga tapi ada tompok putih dibelakang. Luna nampak letih sangat-sangat. Busyra ingat dah last dah 4 tu, tapi dia asyik dok jilat lagi buntut dia. Rupanya busyra nampak macam ada lagi. haha. Haihhhh 5 la jawabnya anak dia. 10.45 pagi macam tu keluar anak ke lima warna orennn! 

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Huhhh lepas dia beranak tu busyra asingkan anak dia sekejap ja untuk bersihkan tempat dia beranak tu (busyra alaskan dengan kain, nanti terus basuh dan buang). Tukarkan dengan kain yang baru, supaya dia selesa susukan anak dia dan tempat dia pun sentiasa bersih. Settle semua dalam pukul 12.. Letih wei.. haha. Bila busyra masukkan semula anaknya tu, dia susukan anak dia dan tidur sebab letih sangat. 

Busyra ada 2 ekor kucing (sepasang) Luna & Tuah. So anak mereka tak dikacukkan dari mana-mana kucing lain. Dari benih mereka sendiri. haha. Nak tengok Tuah? Baca di SINI ..Okayyy! nanti busyra update lagi untuk tengok perkembangan anak Luna Serra.. Ehhhh kelas nama kau jahhh. :p


Thank you for reading!

Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah.Selamat hari Raya Luna Dan Tuah sekeluarga.Hehehehehe..geram je.

    ReplyDelete
  2. selamat berpantang LUNA hehe :)

    ReplyDelete
  3. wahhh comelnya.. selamat berpantang utk luna.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. comel anak2 nya. selamat berpantang ye luna..hehe

    ReplyDelete
  5. chomeyy je baby kucing2 tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  6. Wow! tahniah Luna hehehee...
    Color Luna serupa dengan Koko #themamacat Mrs. A

    ReplyDelete
  7. alaaa omeyyy :( nak bela tapi takut tak leh nak jaga, umah tak de orang kesian pulak kat kucing kalau bela. uhuhu

    ReplyDelete