MEJA LAPTOP MURAH DARI SHOPEE! BOLEH SANTAI ATAS KATIL

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

MEJA LAPTOP MURAH DARI SHOPEE! BOLEH SANTAI ATAS KATIL | Hai guys! Hampir 3 bulan busyra tak update blog.. huwaaaa rindu sebenarnya! Tapi mood jadi hilang bila ingatkan link blog masih tak boleh share di facebook dan instagram. Sayang, blog yang kita bina hampir 10 tahun jadi macam ni. Apakan daya, busyra dah cuba bermacam cara untuk aktifkan semula link but still macam ni. sedih! 

Okay! teruskan dengan topik kali ni, busyra nak share pasal meja lipat untuk laptop. Nak beli nya tu dah lama cuma asyik tangguh ja. Busyra lebih suka buat kerja atas meja. Even orang cakap tak bagus. haha. Tapi kalau bab kerja design memang busyra kena duduk atas meja kerusi cumanya kalau setakat nak buka laptop santai-santai tu boleh stay atas katil. 

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

Why busyra nak share pasal meja ni?? SEBAB MURAH!! Ya Allah murah wei. Berbaloi dengan apa yang kita dapat. Busyra tak akan share benda yang tak bagus dan kualiti tak elok. Eh lupa nak cakap awal-awal, post ni bukan paid review tau. Ini review tak berbayar. Busyra memang nak share dengan semua. Boleh la korang nak santai-santai sambil update blog. Tak rasa rugi pun beli sebab meja ni banyak fungsinya selain boleh letak laptop, boleh juga letak phone dan botol air di tempat yang disediakan. 3 in 1 la orang cakap. hehe

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

Harga asal meja ni RM36.00 tapi after less RM17.50.. Sapa nak bagi meja kukuh macam ni dengan harga yang murah? Busyra terus grab sementara tengah diskaun. Bab kualiti memang betul-betul puas hati. Risau juga mula tu, betul ke okay ni sebab takut bila beli kualiti tak cun. Jenis perangai busyra kalau nak beli akan godek seberapa banyak review customer untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah komen orang ramai di situ yakinkan busyra yang meja ni memang terbaik. 

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

Pelbagai jenis warna yang ada. Biru, corak kayu, pink, hijau, hitam dan cream.. Masa busyra beli ni tinggal 2 warna saja. Nasib baik warna yang busyra nak memang ada. Cream! Cepat betul laku kan? barang baik mesti cepat habis. Busyra tak rasa yang harganya murah macam tu sebab kualiti tidak setanding harga. kualiti macam harga RM50. cantik..

Okay lah, busyra share link shoppe dekat korang ye. So sesapa nak beli boleh terus ke kedai mereka. Sementara stok masih ada. Oh lupa pulak nak cakap pasal masa penghantaran. Busyra order 15/9/2020 dan sampai pada 17/9/2020.. Cepat ke tak? hehe. Padu dorang buat kerja. Barang pos dari johor.. Busyra bagi 5star.


Shopee Link: Meja Serbaguna

Post a Comment

4 Comments

  1. Walawehhhh, murahhh sungguh ni...Kalau sy belum ada meja, memang sy pun nak beli jugakkkk.. Huhu..Nice info..nak save lah.hehee..Mana tahu, boleh buat hadiah ....kan

    ReplyDelete
  2. Baru cakap dengan en suami kak PC.. Nak beli satulah.. Mudah.Boleh bersila juga.

    ReplyDelete
  3. Wow nice! murah dan sgt berbaloi. tetiba macam nak beli jugak! haha..Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  4. Lenne pun ada meja lipat yg sama macam busyra! Color pun sama color cream gitu. Sangatlah function bila tengah kat katil and nak hadap laptop at the same time. Murah pulak tu, tak sampai 20 ringgit. Sangat worth it!

    lenne | www.lennezulkiflly.com

    ReplyDelete