#FoodWritingChallenge - Day 7: Resepi Ayam Goreng Kunyit

Thursday, January 05, 2017

Hai semua..

kalau ikutkan tajuk entri kali ni sebenarnya dah lama sangat dah. haha.. iaitu #foodwritingchallenge ni.. tapi disebabkan aku tak sempat nak masak sebab tulah tertangguh.. bukan namanya cabaran dah ni, sebab dah lepas banyak hari! haha. abaikan je la, yang penting aku nak share dekat korang resepi simple dari favorite food blogger aku! siapakah blogger tu? semestinya "Dapur Tanpa Sempadan"! hehe. suka sangat tengok semua resepi dari dia. so, harini aku masak resepi mudah sangat! Ayam goreng kunyit! campak2 siap! taraaaaa...


resepi ni di olah oleh aku sebab aku tak suka kacang buncis! haha. blogger dapur tanpa sempadan letak kacang buncis dalam ayam goreng kunyit ni.. so aku cari sayur lain untuk campak dalam kuali! okay meh sini nak share resepi rahsia yang di olah aku sendiri.. hahaha.. :p semua orang boleh masak ayam goreng kunyit hakakkkk oi!

Bahan-bahan:

1. potong ayam mengikut saiz yang disukai (isi ayam).. aku campur dengan hati ayam
2. garam kunyit
3. bunga kubis
4. bunga jagung
5. lobak merah
6. kubis
7. bawang besar
8. daun bawang
9. daun sup
10. serbuk perasa sayur cap maggi *yang plastik warna kuning tu (biji2)

Cara-caranya:

1. tuang sedikit minyak dan masukkan ayam yang telah digaul bersama garam kunyit, goreng sampai garing
2. masukkan bunga jagung, lobak merah, bunga kubis 
3. masukkan kubis, bawang besar, daun sup, daun bawang
4. masukkan serbuk perasa maggi
5. tutup api!! siap!

mudah sangat kan? aku suka makan dengan nasi yang panas. pastikan nasi tu berasap2. haha. okay bai. selamat mencuba. *baru lega sikit hutang entri dah langsai! :p

15 comments

  1. Nampak sedap.. rajin busyra masak.. :)

    ReplyDelete
  2. Favourite! Makan dengan nasi panas dan telur dadar. Hihi

    ReplyDelete
  3. Menarik!! Selalu nak buat resepi macam nie tapi sudahnye buat ayam goreng kunyit and sayur goreng asing je.. :D

    ReplyDelete
  4. sedap makan dengan nasi nie. :D kreatif :3

    ReplyDelete
  5. sedapnye .boleh try jugak ni.

    ReplyDelete
  6. hadoi terliur tgk,lauk fav ni selalu order kt restoren, makan ngan nasi kosong, couplekan dengan kangkung belacan and telur bungkus,pergh!

    ReplyDelete
  7. simple tapi sedap.. ratah sambil tengok tv lagi best.. hehe

    ReplyDelete
  8. saya ni setakat baca je.
    nak makan tu tak dapat.
    takde orng nak masakkan.
    isteri dah tak de.
    se, tengok gambar je lah.

    ReplyDelete
  9. dicoba cari resep ayam betutu insyallahh sedap bundo

    ReplyDelete