BOAT NOODLE DI ALOR SETAR | KAFE HLM AUTHENTIC

Wednesday, February 08, 2017


Petang tadi pusing2 bandar alor setar, terus teringat Boat Noodle yang kawan aku cerita haritu.. so, cari punya cari, akhir jumpa jugak.. rupanya Kafe HLM Authentic ni tingkat satu. tak perasan.. first time sebenarnya rasa boat noodle dekat kafe ni.. ramai jugak yang menyinggah dekat situ dan order bertingkat2 mangkuk boat noodle. hehe. yelakan nama pun boat noodle, sikit sangat mee dalam mangkuk tu.. kalau time lapar memang tak kenyang la jawabnya. so, sedap ke tak sebenarnya boat noodle dekat sini? nak bagi berapa markah ni? hehe. haaa meh la teruskan baca, mana tau nanti korang boleh singgah ke sini.


kafe ni memang menarik sebab kerusi kayu tu kot memjadikan kafe ni ala2 klasik! susunannya pun aku suka tak dak la bersepah.. tersusun ja..


part ni yang aku suka. cantik! dengan langsir dia, dinding lawa!


ada pelbagai rasa yang disediakan, ada rasa sup, tomyam, dan ada lagi, aku tak ingat dah. hehe. then boleh la pilih nak daging ke ayam..selain dari tu, ada menu lain. daging bakar pun ada.. harga untuk boat noodle adalah RM1.90 semangkuk.. okay la, sebab tu normal price rasanya untuk boat noodle. tak tau la kalau ada yang lagi murah dari tu. 


aku hanya order 6 mangkuk saja.. sebab tak mau ambil risiko kalau tak sedap. haha.. so far bagi aku, okay. ada rasa dan aku suka yang rasa tomyam ayam tu.. rasa tomyam dia semua cukup! tak pedas sangat, masin cukup! semua lah. tapi bila tengok di page facebook, ada yang bagi feedback okay dan ada yang tak okay.. depend la pada diri sendiri kan. hehe


air aku order air oren ja! haha. sebab air dekat sini tak pelbagai sangat. terhad, tak banyak. so, keseluruhnnya aku nak cakap yang kafe ni boleh tahan sedapnya, kalau korang nak rasa singgah la ke sini ye. boleh tengok detail di bawah. 

Waktu Operasi

Hari: Sabtu - Khamis (Cuti: Jumaat)
Waktu: 12.00 pm - 8.30 pm

Alamat

No 7, 1st Floor, LiTC Mergong, 
05150, Alor Setar, Kedah

Facebook: HLM Authentic Boat Noodle


#foodie

14 comments

  1. 6 Mangkuk je busyra? Cukup kaaa bnyk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maii.. kalau time lapar mmg order bnyk, tp before ke boat noodle ni busyra dh mkn nasi dah.

      Delete
  2. Kak Ana dah lama teringin nak makan boat noodles ni tapi tak pergi2 jugak. Padahal banyak dah restoran boat noodles dekat KL ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kan. dekat kl lg banyak tmpat boat noodle. try la nnti kak ana, busyra ada tngok satu boat noodle area kl, feedback org kata sedap.

      Delete
  3. menarik betul deco dia. suka tengok mana2 kafe/restaurant yang berkonsepkan perabot kayu2 macam nie :D

    makanan pun nampak sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa BV, cantik kan.. sbb kayu2 tu. hehe. yep! makanan dia sedap jgk. :)

      Delete
  4. menarik cafe ni sis.... noodle tu macam2 perisa ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa sheila ada mcm2 perisa dan boleh pilih nak ayam ke daging. tak salah ada 3 perisa kot. sup, tomyam n satu lg tak ingat. hehe

      Delete
  5. Cantik design hiasan dalaman Boat Noodle di sana.. Adk xcuba roti yang cicah dengan kaya pandan? Sedap.. Roti dikukus dan rasa sanggaaaatttt lembut.

    ReplyDelete
  6. cantiknya dia punya susun atur kedai boat noodle kat sana. kalau makan sini wajib minum green tea dia sedap hehe.

    ReplyDelete
  7. mcm best ja.. nnt bole try.. :)

    www.kataubaid.com

    ReplyDelete
  8. Sampai sekarang ni tak berpeluang lagi nak merasa Boat Noodle. Sigh. Hahahah!

    Best Regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
  9. camni rupenye boat noodle.. tak penah makan lagik takat ni.. design kedai memang terbaik..

    ReplyDelete
  10. boleh try kot pasni ;) jujurnya memang tk penah masuk kedai ni.

    ReplyDelete