SIAPA BLOGGER UTARA?? SILA BACA!

Tuesday, February 14, 2017


Hai.. sepanjang 6 tahun aku berblogging, macam-macam jenis blogger yang aku kenal even tak pernah jumpa sekalipun.. ada blogger utara, selatan, timur, semualah.. seronok kan sebenarnya jadi blogger ni, boleh dapat beribu riban kawan.. haha.. sepanjang korang jadi blogger ni dah berapa post yang korang dah post dalam blog? ada tak korang buat planning untuk blog korang? untuk jangka masa pendek dan panjang.. perlu ke? ehhhh.. jangan fikir main-main, blog ni macam satu career jugak tau! kena update setiap hari, kalau tak update macam buat kerja office tak selesai. hehe.. ke korang tak ada langsung plan untuk blog? macam kalau hari ni nak update, then update.. kalau esok tak nak, tak payah.. macam tu ke? tak kisah la apa pun yang korang buat, aku yakin korang ada aim korang sendiri dalam blogging.. 

berbalik pada tajuk entri aku ni, siapa dekat sini blogger utara? sebab aku tengah cari dan nak kumpul semua blogger dari utara.. 

kenapa nak cari blogger utara? 

tak ada apa yang penting pun.. salah satunya sebab aku adalah salah satu blogger yang berasal dari utara.. aku cuma nak kumpulkan semua blogger utara saja.. lepas tu aku nak letakkan semua link blogger utara pada satu ruangan khas dalam blog aku.. 

Ini satu giveaway ke?

eh tak da la.. ini bukan giveaway ke apa.. ni hanyalah suka-suka dan ingin kenal dengan blogger utara dengan lebih rapat lagi.. tapi inshaAllah, tahun ni aku nak langsung kan giveaway juga! stay tuned! tengah survey hadiah yang menarik. jangan risau sebab giveaway aku, tak ada sponsor or apa. semuanya dari aku sendiri. tujuan tak ambil sponsor? sebab aku tak berapa suka kalau sponsor banyak-banyak.. kalau satu okay la. hehe.. dan aku nak memudahkan semua blogger lain yang nak join giveaway aku nanti. :)


Nanti akan ada event ke untuk blogger utara?

itu tak tau lagi.. mungkin masa panjang sebab aku teringin sangat nak jumpa kawan-kawan blogger. thats why aku nak kumpulkan semua blogger dari utara. bukan tak nak blogger dari lain tapi untuk memudahkan proses perjumpaan.. yelakan tak semua blogger yang bekerja dan ada duit untuk jumpa. at least kalau sebelah utara ja tak da la jauh sangat kan.. korang teringin tak nak jumpa blogger-blogger lain? ke aku ja yang excited? hehe

Yang dah ada kelab blogger lain boleh join ke?

bolehhh.. tak ada masalah.. kita blogger untuk semua kan? tak kisah kalau korang dah ada kelab sendiri pun if nak drop link dekat bawah.. tak ada masalah.. 

Apa kelebihan kalau tinggalkan link di ruangan komen?

tak ada apa-apa kelebihan untuk jangka masa pendek ni.. tapi untuk jangka masa panjang, tak tau lah kan. mungkin kita dapat jumpa.. tak habis-habis nak jumpa.. haha. :p .. banyak tau kelebihan kalau blogger dapat jumpa sama-sama ni.. dapat borak lebih mendalam tentang blogging.. sebab kalau aku borak dengan kawan-kawan aku, dorang tak paham dan tak memahami pun pasal blogger. haha.. sebab dorang tak rasa nikmatnya jadi blogger. amboi kau! :p


itu saja beberapa soalan yang aku dah jawab kalau terlintas dekat fikiran korang.. if ada soalan lain, boleh tanya.. so, korang blogger utara? tunggu apa lagi, sila komen link korang di bawahh.. <3 blogger lain pun boleh nak komen untuk memeriahkan lagi kotak komen aku tu. hehe.. 

21 comments

  1. Salam singgah. Good luck utk semua blogger utara. jalan2x sambil klik iklan menarik di sini. :D

    ReplyDelete
  2. alahhh tak dok utara tapi dok timur.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. insyallah kalo xda aral mlintang, dr plan utk giveaway, boleh arrange pla utk meet up. mna tau kan =)

    ReplyDelete
  4. kalau perak kira utara ka tidak? ekeke

    try usha page Blogger Utara sbb kami ada kat sana.

    ReplyDelete
  5. semoga selamat semua blogger utara

    ReplyDelete
  6. Saya pernah jumpa logo Blogger Utara, btw saya blogger Selatan dan Borneo... Eh? Mana satu ntah... hehe

    ReplyDelete
  7. cek dari sabah tapi nk baca juga..hihihihi wahh bestnya Unni x pnh lagi jumpa sorang pun geng blogger lagi2 skg tgh bz tahap dewa...

    ReplyDelete
  8. hi, Murni dari team #projekbloggerutara..ada 11orang semuanya..Murni duk Bayan Lepas Penang..sudi2 kan laa jemput kami ya..hehehe

    ReplyDelete
  9. huhu..good luck kumpul geng utara...sy bukan org utara...hehe

    ReplyDelete
  10. Alamakkk! nak tukar kerakyatan la macam ni. nak jadi orang utara la hahaa.

    ReplyDelete
  11. macam busyra jugak .. kalo dok sembang yang tak pernah berblogging langsung ..cam sembang dengan tunggul kayu.. orang lain tak pahammm :D..betapa nikmatnya blogger ni kan

    ReplyDelete
  12. Shad singgah mai dari Jitra Kedah ni.. 😘😘

    ReplyDelete
  13. Jemput singgah, akuvsdiashadhira.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. wahhh..best2.. selamat mengumpul blogger utara.. 😊

    ReplyDelete
  15. Blogger timur mai baca jugak entry nih. Cek boleh cakap utagha apa? Padahal selalu kena marah dgn kawan dr Utara sebab over sangat katanya. Haha :")

    ReplyDelete
  16. emmm....akak dah berblog...8 tahun ++. bukan blogger utara..sbb asal Johor, dulu keja kat KL..duduk Seremban. now...dah jauh.. but still cuba meng'aktif'kan diri ngan blog.. sbb blog ni dah mcm diary...tak tulis sehari..rasa mcm tak best. accect kalau busy sgt la...seronoks sbb dpt ramai kawan..melalui blog ni. ada yg dah jadi geng pun.. best la.. follow kat sini juger..

    ReplyDelete
  17. Alaaa siqah duk shah alam. Nak gelar blogger apa pun tak tahu. Hihi. Best kan ada komuniti blogger :) Boleh berkongsi pendapat, support each other :)

    ReplyDelete
  18. Cik Ila kat KL tapi asal utagha...boleh kira blogger utara tak? hehehe

    ReplyDelete
  19. haa mellya orang penang, ulang alik lunas. heheh

    ReplyDelete