ASMA FELT BOX PEMBEKAL KAIN FELT DAN BAHAN-BAHAN KRAF TANGAN

Friday, March 31, 2017

Hai semua..


Dekat sini ada tak peminat felt craft? korang tau tak apa benda yang aku maksudkan ni? bagi yang belum tau, felt craft adalah projek kraf tangan yang diperbuat daripada kain lembut menggunakan gam then ditambah pula dengan aksesori benang, butang, manik.. alaaa yang bila korang tengok yang bentuk-bentuk burung comel, love, yang kecil2 tu.. yang selalu orang buat keychain menggunakan kain felt.. So sekarang ni aku nak kongsikan dengan korang website yang boleh bantu korang untuk beli dan korang boleh lah mula untuk buat sendiri dengan mudah.. tak payah nak susah-susah pergi kedai untuk beli, zaman sekarang kan semunya di hujung jari.. Apa website yang aku maksudkan ni?

ASMA FELT BOX! korang pernah dengar tak? bagi peminat felt craft mesti pernah buka website ni, ada bermacam jenis alatan kraf tangan yang korang boleh beli dekat sini.. antaranya adalah polyester felt, starter pack, butang-butang comel, kain felt, butang, keychain, brooch dan pelbagai jenis peralatan menjahit.. aku tak cerita lagi bab harga sebab memang berpatutan.. korang boleh usha sendiri harga di webiste tu ye.. hehe.. bagi penggemar DIY tu memang sangat2 lah sesuai untuk beli di website ni.. 

1. Polyester Felt Pack



2. Starter pack



3. Butang Comel (bunga)



4. Keychain



5. Brooch 



6. Benang Sulam



Untuk pengetahuan korang, Asma Felt Box memang baik hati.. hehe. sebab bagi sesiapa yang beli lebih dari RM100 (di website sahaja) akan dapat free pos laju.. best kan? Barang yang dibeli akan dipos setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.. Pembayaran sebelum jam 12 tengahari, akan dipos pada hari yang sama..

Sebenarnya banyak lagi yang dijual di Asma Felt Box ni.. Korang boleh tengok detail yang aku sediakan dekat bawah ni ye.. So senang la nanti korang nak terjah!

Website: asma-felt-box.com
Email: asema84@gmail.com
Facebook: facebook.com/asmafeltbox
Whatsapp: 0183798330

Read More

PENAWAR RABUN HANYA DENGAN 2 SUDU TRI-PEARL EYECARE SETIAP HARI!

Saturday, March 25, 2017

Hai readers ku!


Zaman sekarang ni makin ramai yang ada masalah rabun.. tak kisah la rabun dekat ke jauh ke.. dan aku sendiri memang ada masalah rabun jauh.. dalam kelas tu terkadang terpaksa pakai sebab tak nampak.. bila drive malam kena pastikan spec sentiasa ada! kalau tak pakai pandangan jadi kabur, kan bahaya tuuu.. aku jenis yang rimas bila pakai spec.. ramai yang rabun diluar sana yang memilih untuk pakai lens (ini aku fokuskan pada yang alami masalah rabun ye.. yang pakai lens suka2 tu terpulang lah.. hehe. kenapa aku beria sangat nak cerita pasal masalah rabun ni? sebabnyaaa aku dah jumpa penawar untuk penyakit rabun ni dan aku tak nak lah guna sorang2.. so apa salahnya aku share dengan korang, mana tau berkat dan doa mata korang yang rabun tu akan okay sikit demi sikit..


untuk pengetahuan korang, aku pertama kali cuba produk ni dan terus jatuh cintaaa sebab bila sekali try, rasa sedap! ia sejenis cecair pekat macam ala2 jus yang pekat-pekat sedap tu.. haha. aku suka TRI PEARL EYECARE ni sebab semua ramuan dia dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat2 bagus..


banyak kan ramuan dia?? lobak merah memang bagus untuk mata.. tapi aku ni kalau nak makan lobak merah macam tu ja memang tak la kot.. haha. aku tak suka lobak merah! patut la rabun.. hehe.. tapi bila aku minum Tri Pearl Eyecare ni tak rasa sangat lobak merah tu sebab dah dicampur dengan bermacam jenis buah dan sayur..


cara nak minumnya macam mana? mudah ja just minum macam tu saja untuk 2 kali sehari.. konsisten macam tu setiap hari.. then korang tengok la perubahan pada mata korang tu.. mesti lepas ni power spec berkurang.. InshaAllah.. aku tertarik dengan 3 khasiat utama yang ada pada Tri Pearl Eyecare ni.. pertama adalah ia dapat mencerahkan penglihatan, kedua ia dapat merawat masalah silau/rabun mata dan yang ketiga, yang paling aku suka adalah ia dapat hilangkan lingkaran gelap bawah mata!


borak punya borak lupa pulak nak cakap harga untuk sebotol Tri Pearl Eyecare ni.. harga adalah RM60 untuk 250ml ye.. murah dan memberi manfaat pada korang.. so lepas ni tak payah nak susah2 lagi pakai spec ataupun lens.. mata terus cantik dan dijaga gitueww..  hehe

so sesiapa yang rasa berminat nak try sebab nak cantikkan mata dan hilangkan rabun tu boleh contact En Zul ye..

No Telefon: 013-3690717

Read More

BLOGGER WAJIB ADA BUKU PLANNER!

Saturday, March 18, 2017

Hai readers semuaaa!


entri kali ni aku nak share dengan korang betapa pentingnya planner untuk aku.. aku ni jenis yang suka catat apa-apa saja perkara dalam buku.. tak kisah la perkara tu senang nak ingat ke susah ke, semuanya akan di catat dalam buku.. sebab bagi aku even kalau benda yang remeh sekali pun, kalau time kita busy, confirm kita akan lupa jugak kan? manusia weh! mana ada semua benda akan ingat dalam satu masa.. so, bagi aku, planner memang sangat penting, especially pada semua blogger.. memang kita boleh ja tulis note dalam phone.. tapi tak kan sama kan dengan catat dalam planner/ note book? siapa setuju sila kenyit mata! hehe.. dan semestinya kalau planner yang lawa lagi semangat nak tulis kannnn.. rasa macam sayang gila dekat planner tu.. korang boleh rasa tak apa aku rasa. bila first time nak tulis dekat planner yang baru, rasa macammmm, arghhh sayangnyaaa. haha


boleh letak name card dekat bahagian dalam (name card tu aku buat free dekat website Pixajoy)

Planner tahun 2017 ni aku tak beli pun, aku dapat dari ayah aku.. dia dapat dari tempat kerja dia, tapi buku ni JKR pun dapat dari Kementerian Negeri Kedah. maksudnya semua jabatan kerajaan dapat la kot.. aku pun tak pasti.. then, bila dia tau yang aku ni jenis suka planner yang lawa macam tu.. terus dia bagi dekat aku.. katanya kalau dekat dia pun tak tertulis juga planner tu.. tengok-tengok sampai tahun 2018 still kosong macam tu ja. haha.. aku suka gila dengan planner ni, sebab kulit buku dia serius lawa! kalau kena air pun boleh lap lap gitu ja.. senang! and kalau dah tulis habis pun still boleh guna kulit tu, just tukar dengan buku dalam yang baru.. 


Bahagian dalam dia macam biasa la ada garis-garis. selain tu ada bahagian biodata dan kalender kosong yang kita boleh tulis note kita sendiri dekat situ..

apa yang aku akan catat dalam planner tu? first sekali aku akan bahagikan dulu topik apa yang nak ditulis.. contohnya macam tulis apa yang perlu dibuat time dekat office, tulis pasal blog (entri apa yang aku nak up untuk hari seterusnya, dan tentang financial aku setiap hari (duit keluar).. semuanya ada dalam planner tu.. mudah kan kalau semuanya tercatat dalam planner.. so, kalau lupa sesuatu benda yang semalam atau pun seminggu lepas, senang nak semak balik.. 


design yang cantik sebab boleh tutup macam tu (ada magnet penyambung untuk tutup bahagian buku).. selain tu kulit buku dijahit dengan kemas!


korang tahun 2017 ni ada planner ke tak? tak kisah la buat sendiri ke beli dekat kedai memana pun.. aku time study dulu selalu beli dekat kedai mr DIY.. hehe.. 

Read More

HARI PERTAMA BEKERJA SEBAGAI GRAPHIC DESIGNER

Sunday, March 12, 2017

Hai semuaa..


aku nak share dengan korang hari bahagia aku sebab dah dapat kerja. haha. excited sebenarnya, alhamdulillah.. ya la kan.. aku ni dah berbulan-bulan tanam anggur dekat rumah.. sampai dah boleh makan dah. hehe.. aku dapat kerja ni pada hari rabu lepas dan start hari ni (ahad).. Alhamdulillah buat masa sekarang aku bekerja ni, bos okay, staf okay, dan environment office pun okay.. selesa ada aircond tak panas. perghhh demand betul kau! eh bukan demand pun, rasanya itu memang wajib kot ada aircond kalau duduk office kan.. hehe. masuk pukul 9, paling lewat 9.30 pagi dan balik pukul 6 petang.. tapi kan dalam bahagia ada jugak sedih.. huhu.. 

sedihnya adalah aku masih tak dapat kerja dalam bidang town planning.. aiyokkk. susah betul nak dapat kerja dalam bidang sendiri.. masa aku first dapat tau yang aku dapat kerja ni, aku ada story dekat mak.. then mak cakap ambil ja dulu kerja apa yang ada depan mata.. mak sokong dari belakang, mak sentiasa ada, dan bukan senang zaman sekarang nak dapat kerja... T_T .. huhu. bila seorang mak cakap macam tu, aku terus bersemangat balik.. bukan aku nak cakap aku tak suka dengan kerja aku sekarang ni.. aku suka gila! sebab aku memang suka dan minat main-main photoshop.. dan aku sangat bersyukur.. mungkin sebab Tuhan bagi apa yang aku perlu tapi bukan apa yang aku mahu.. 


bersepahnyaaa mejaa.. tak sempat nak kemas, sebab ambil meja staf lama, so banyaknya masih barang dia.. mybe esok aku akan settlekan dan kemas, tak ada la buat kerja dalam keadaan stress tengok tempat bersepah.. apa kerja yang aku dah buat hari ni? aku dah siapkn dua design banner iaitu design untuk pusat servis kenderaan dan banner jom pi mesir! semua design tu, customer yang bagi detail, datang kedai dan jumpa dengan designer sendiri.. lusa mungkin dorang akan datang semula dan tengok hasil kerja aku, kalau ada pindaan apa-apa, baru kena betulkan. actually, design ni letih kalau customer banyak songeh sikit. hehe.. tapi apakan daya, dorang kan customer.. selalu betul dan benar. hehe..

okay lah penat dah membebel dan story pasal first day kerja di syarikat printing.. terima kasih sebab sudi habiskan masa untuk baca entri aku.. btw buat masa sekarang aku tak sempat nak blogwalking dekat blog korang, tapi jangan risau aku akan blogwalking ke blog korang inshaAllah pada hari jumaat ye.. thanks korang! <3

Read More

KOLEKSI FRIDGE MAGNET DARI SI PEMBERI YANG SAMA

Saturday, March 11, 2017

Hai semuaaa


apa aku nak story dalam entri ni adalah aku nak share dengan korang tentang hasil koleksi fridge magnet yang aku ada dan yang specialnya, ia dari orang yang sama.. setiap kali dia travel, dia akan beli fridge magnet pada aku! sebab tu rasa teruja, actually, yang dah rosak pun ada. hehe.. sebab dah lama dah kan.. cuma baru nak update nak story pasal ni.. orang yang beri ni adalah mak njang aku sendiri iaitu kakak kepada ayah aku.. dia memang suka travel! maklum lah anak-anak dah besar dan dah kahwin pun, tinggal berdua ja dengan suami.. jadi boleh la travel satu dunia dengan suami. hehe.. dan akan datang ni dia nak ke australia.. alahaiii bestnyaaa.. kalaulah aku ditempat tu.. okay jom tengok satu-satu fridge magnet yang ada! 

1. Sumatera Barat, Indonesia



2. Ayasofya, Istanbul



3. Lake Toba, Indonesia



4. Korea


5. Lombok


6. Taj Mahal, India


7. Egypt



rezeki souvenir! even aku sendiri belum sampai ke tempat-tempat ni, tapi ada la juga kenangan abadi..cewah! hehe.. aku sebenarnya tak ada la suka sangat kumpul koleksi fridge magnet ni.. cuma setakat suka tengok bila dah banyak-banyak melekat dekat peti ais! hehe.. korang suka kumpul fridge magnet tak? dan ada setengah orang jadikan ini satu hobi! mesti lagi banyak kan kalau hobi kumpul benda ni.. :)

Read More

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Hai readers kesayangan!


Dah nampak tajuk tu kan, rasa-rasa excited tak nak join? apa yang bestnya tentang Lazada Birthday Blogger Contest ni? yang bestnyaaa adalah korang yang menang dalam contest ni akan dapat hadiah lumayan dari Lazada sempena birthday Lazada yang ke 5.. specialnya contest ini hanya terbuka kepada blogger sahaja.. lain-lain media sosial tidak diterima.. hehe. okay kejap! jangan terus nak tekan new post dulu tau sebelum baca entry aku ni sampai habis... haha. jangan la excited dulu nak join contest ni.. :p sabar-sabar.. untuk pengetahuan korang, bagi sesiapa yang kaki online shopping tu, Lazada ada buat Birthday Sale pada 22 Mac hingga 24 Mac 2017.. masa tu, korang boleh shopping habis-habisan ye.. ok penat dah menaip, baru intro, haha.. so aku nak mula menjawab 4 soalan yang diajukan oleh pihak Lazada Malaysia..

1. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Sebenarnya banyak yang aku suka tentang Lazada Malaysia ni. tak tersenarai rasanya.. amboi! hehe. okay, aku bagi dua jawapan ye.. pertama, Lazada ni memang antara online shopping yang sangat cepat masa penghantarannya (bukan untuk yang luar negara ye) yang dalam Malaysia ni.. serius cepat gila. aku memang pernah order barang dari Lazada. percaya ke tak hanya 2 hari saja ambil masa untuk sampai. aku pun terkejut, sebab cepat sangat.. siapa tak suka kan barang dia cepat dan selamat sampai ke rumah.. dan yang kedua adalah Lazada lah online shopping yang paling murah aku rasa.. setiap barang mostly ada diskaun! diskaun bukan sikit ye. banyak pulak tu.. sebut ja pasal diskaun, rakyat Malaysia akan senyum lebar! betul tak?


2. Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran)

tiga produk dari Lazada? apa ehh.. confirm lah aku selalu tengok produk yang mahal-mahal dan barangan kecantikan.. nak beli tak mampu lagi.. haha.. so usha ja setiap kali buka website Lazada..


a) Mary Kay TimeWise Miracle Set


Produk Mary Kay ni memang antara produk yang mahal tapi base on aku punya survey kan, Mary Kay memang produk yang bagus dan berkesan.. teringin jugak nak cuba.. tapi mybe belum sampai masanya.. kena kumpul duit sendiri untuk beli set macam ni.. kawan aku pun ada jual produk Mary Kay ni, seronok tengok dorang jadi beauty consultant Mary Kay.. 



b) Make up Set with Box + Paper Bag


yang ni semua lengkap! blusher, lipstick, eyeshadow (even aku tak suka pakai benda ni, haha), foundation dan banyak lagi lah! perfect box.. suka tengok semuanya. tapi cuba tengok harga la, dekat rm100.. hehe



c) Apple iPad Mini 32GB Wifi


As blogger memang impian aku nak ada ipad sendiri.. sebab senang nak kemana-mana boleh usha blog! kalau guna phone kecil sangat. tak puas rasa. so, kena kumpul duit untuk beli ipad! mini pun dah okay.. harganya pun murah di Lazada. then aku ada baca review pun cakap okay! 


3. Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat tingkatkan lagi perkhidmatannya?

Pendapat tulus dari aku kan.. hehe.. tulus sangat.. aku harap Lazada dapat percepatkan lagi masa untuk barang sampai ke rumah customer bagi yang barang dari oversea.. aku sendiri pernah order dan barangnya agak lambat sangat. aku faham, pos barang dari oversea bukan urusan Lazada cumanya ia melibatkan Lazada juga.. sebab customer order dari website Lazada.. yela kan, kalau oversea memang la lama.. faham tu, tapi cumanya jangan terlalu lama.. hehe. 

dan yang kedua, mybe one day, Lazada boleh buka cawangan untuk semua negeri.. maksud aku buat perkhidmatan Cash on Delivery.. so senang customer nak dapatkan perkhidmatan COD ke tempat masing-masing. tak perlu pos lagi..


4. Apakah ucapan birthday anda untuk Lazada Malaysia? 

Selamat Ulangtahun yang ke 5 buat Lazada Malaysia! semoga Lazada Malaysia sentiasa mempunyai perkhidmatan servis online yang terbaik untuk semua customer dan selalu lah buat saleee! haha.. dan semoga Lazada Malaysia terus menerus menjadi empayar yang besar dalam industri online shopping sedunia! 


Akhirnyaaa siap jugak aku menjawab semua soalan dari Lazada Malaysia.. korang nak join jugak? boleh klik banner Lazada Malaysia yang aku letak di atas sekali tu ye.. okay jom ramai-ramai join sebab masih belum terlambat lagi, tarikh tutup adalah pada 23 Mac 2017 (11.59 pm).. so, bagi semua blogger yang belum join, silakan join! sebab syaratnya mudah sangat tapi berpeluang untuk dapat hadiah dari Lazada Malaysia..


Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


lagi ramai yang join, lagi banyaklah hadiah yang dapat! okay sekarang korang dah boleh tekan button new post dan fikir nak mengarang ayat untuk Lazada Birthday Blogger Contest ni. Selamat mencuba! Mudah-mudahan rezeki kita bersama :)

Read More

SHELL OUT MURAH DAN SEDAP DI DECO CAFE, AMAN CENTRAL ALOR SETAR

Thursday, March 09, 2017

Hai..


siang tadi aku keluar dengan kawan ke Aman Central Mall semata-mata nak tengok Syurga yang tak dirindukan 2.. betul orang cakap menangis satu panggung wayang.. haha. :p ..then lepas tu singgah di Deco Cafe, Aman Central untuk rasa sedap ke tak shell out dekat situ.. pernah dengar orang cakap sedap jugak.. so time tu memang kena sangat, lepas keluar dari tengok wayang pukul 2.30.. so sempat lagi nak order shell out sebab dia ada pakej kalau makan time lunch.. dari pukul 12 sampai 3 petang.. time masuk ke Deco Cafe tu ada 3 family dan pasangan yang tengah makan.. fuh tengok dorang makan memang berselera.. tak cakap bayak dah, terus tulis order!. sebab time tu pun memang tengah lapar.. siapa suruh masuk wayang dulu baru nak makan.. padahnya tanggung sendiri.. haha.


ini menu set untuk pasta shell out.. aku belum cuba lagi yang ni, mungkin lain kali boleh datang lagi untuk try yang ni pulak.. menu ni start pukul 4 petang sampai la cafe ni tutup. pukul 10.30 malam kot kalau tak salah.. hanya RM38,80 untuk 3 orang makan dan harga tu tidak termasuk tax lagi ye.. hehe


inilah menu yang aku order untuk lunch tadi.. harga RM28.80.. kalau termasuk tax RM32.20 kalau tak salah. resit dah buang.. hehe. tapi okay la dapat air free lagi.. rasanya sedap tak? setanding tak macam orang cakap shell out dekat sini sedap? aku bagi 3.8/5 .. okay la.. sedap jugak ada rasa.. semua cukup. cumanya kuahnya kurang sikit.. first masa sampai order ni, aku bau rempah kari pelik semacam ja.. then cakap dekat kawan aku, ni mesti tak berapa sedap ni.. tapi bila dah ngappp masuk mulut.. tak seperti yang aku bau tadi.. haha.. betul orang cakap jangan pandang sekali tanpa kita mengenali dan merasainya.. cewah! ayat nak bombastik ja! haha..


udang, ketam, kepah aku boleh masuk dalam mulut.. tapi bila sampai kupang yang besauuu tuu.. emmm, aku tak makan.. heeee.. pernah rasa tapi tak boleh telan dek tekak ni.. rasa bunga kubis dan brokoli bakar dia sedap! nasi pun lembut ja!


bismillahhh.. sesi makan pun bermulaa.. acah-acah jjcm.. :p cafe ni kalau duduk dekat dalam agak sempit sikit. kalau nak luas dan lapang, boleh duduk di luar cafe, pun ada disediakan kerusi dan meja.. sambil tu kalau duduk dekat luar boleh menikmati angin luar dan Deco Cafe ni betul-betul nampak menara alor setar!


akhirnya selesai masuk ke dalam perut.. tetiba aku cakap dekat kawan aku "nasi dia sikit sangat la, tak kenyang".. haha.. cukup-cukup la busyra jangan makan banyak sangat nanti tak larat nak jalan.. hehe

bila dah isi perut.. boleh sambung berjalan pusing satu aman central balik.. heee. btw kalau yang belum rasa shell out di Deco Cafe ni ataupun bagi yang ada datang ke kedah, boleh la singgah ye.. aku bagi detail tempat di bawah. :)

Alamat: Deco CafĂ© ™ Aman Central Mall,
No. 1-51 & 1-62, 1st Floor,

Aman Central Mall,

05100 Alor Setar, Kedah.

Masa: 10:00am - 10:30pm (Daily)

Reservation Line: +604-733 0551

Facebook: https://www.facebook.com/decocafe.my/

Read More

BLOGGER TERKENAL CIK EPAL KOMEN DI BLOG AKU

Tuesday, March 07, 2017


photo credit: cikepal06.blogspot.com

Hai, Assalamualaikum.. bertambah excited nak berblogging sebab blogger terkenal cik epal komen di blog aku! seriously, aku memang suka dengan blog cik epal dari pelbagai aspek. cewah! hehe.. dari segi penulisan, design blog yang simple, gambar yang menarik.. semua lah! cik epal antara salah satu blogger favorite aku.. selain dari tu, blogger namee roslan, blogger yuyu, blogger irine nadia.. dan ada beberapa blogger lain.. bila ada blogger terkenal macam ni komen di blog kita, rasa macam terkejut dia tu 7 hari 7 malam tak habis. haha.. over nau! thank you cik epal sebab sudi komen di blog picisan ni.. siapa dekat sini suka baca blog cik epal jugak?? sila angkat tangan. heee



cik epal komen di entri free sample pixy. walaupun hanya sebaris ayat.. tapi ianya sangat memberikan inspirasi yang besar untuk aku terus menulis dalam dunia blog.. bila korang jadi seorang blogger mesti akan ada seorang yang korang suka sangat baca blog dia kan? dan jadikan dia sebagai inspirasi korang. :)



nak acah-acah posing macam cik epal.. hehe. tapi tak mampu nak pegang handbag sebab masa ni seronok sangat dah selesai viva thesis.. :p even hanya berlatarkan dinding kolej uitm.. kau hadoo.. haha.. okay tadaaa, bai!

Read More

FREE SAMPLE PIXY UV WHITENING TWO WAY CAKE

Monday, March 06, 2017

Hai semua


siang tadi aku ada terima sampul surat yang berisi free sample pixy uv whitening two way cake.. actually, aku memang pengguna bedak pixy dari dulu lagi.. kenapa aku apply nak dapatkan free sample dari pixy? salah satu sebabnya aku memang suka sample barang2 free ni.. hehe.. sapa tak suka kan, orang nak bagi kita cuba secara percuma.. selain tu, aku memang nak try cuba pixy jenis natural beige, nak tengok sesuai ke tak dengan muka aku.. sebab sebelum ni aku tak pernah tukar selain yang jenis natural white.. bedak pixy ni memang best bila pakai, sesuai dengan muka dan muka nampak natural gituuu.. macam mana nak dapatkan free sample pixy ni? haaa cepat-cepat isi form dekat page pixy sementara masih ada stok! dekat bahagian sebelah kiri klik pada 'Pixy pilihanku'..


aku x sure berapa lama pihak pixy ambil masa untuk pos, tapi rasanya aku punya ni, boleh la tahan dalam sebulan baru sampai dirumah. hehe. tak pe la kan.. tunggu ja, cepat lambat pun okay, janji sampai.. lepas aku try pakai yang natural beige ni, muka nampak gelap sikit.. so, aku lebih prefer pada yang natural white.. sebenarnya ada lagi warna lain, cuma aku tak ingat sangat.. yang lain tu rasanya ada yang lagi putih iaitu white cream.. yang putih sangat pun tak sesuai jugak dengan aku, nampak macam hantu cina.. hehehe.. 


selalunya kan kalau aku ke kedai nak beli yang natural white selalu habis.. itu maknanya ramai pengguna suka guna natural white.. mybe sesuai dengan semua jenis muka.. korang pengguna pixy ke tak? and korang prefer jenis warna yang mana satu? or korang memang tak pernah cuba bedak pixy lagi? kalau belum korang boleh lah isi form untuk dapatkan free sample tu ye..  



PIXY sempurnakan ku <3

Read More

IKAN SIAKAP 3 RASA MENU HUJUNG MINGGU

Saturday, March 04, 2017

Hai semua..


hujung minggu macam ni selalunya korang buat apa dekat rumah? aktiviti bersama family ke, kawan ke or suka keluar shopping? macam aku lebih memilih duduk rumah layan blog! lagi best. hehe.. tapi siang tadi cuma keluar ke tesco beli barang dapur dengan mak dan ayah kejap.. then, mak nak makan ikan siakap 3 rasa.. terus beli ikan dekat tesco! selalunyakan tesco ni ikan semua tak fresh kan, tapi kali ni aku tengok segar bugar lagi mata tu! heee.. apa bahan-bahan yang ada dalam ikan siakap 3 rasa? bagi aku yang penting kena ada nenas dan tomato, sebab nak ikan rasa masam-masam manis gitu.. selebihnya tu, masukkan pelbagai jenis sos dan bahan-bahan yang nak diblend.. lain orang lain citarasa kan.. ada orang tak suka letak nenas, ada orang tak suka letak sos banyak-banyak.. 


untuk pengetahuan semua, masakan kali ni memang superb sedappp sebab bukan aku yang masak.. hehe, tapi bonda kesayangan! sampai tambah 2 pinggan nasi. selain dari menu siakap 3 rasa, ada udang goreng kunyit dan kailan ikan masin.. simple sangat sebab ada 3 menu saja.. aku ni jenis yang tak boleh menu banyak-banyak, nanti tak tau nak ambil yang mana satu.. last-last dalam pinggan tu penuh lauk ja lebih, nasi tak nampak sangat. haha..


korang menu apa hujung minggu ni? masak di rumah or makan dekat luar?

Read More

HADIAH UNTUK TOP KOMENTATORS DI BLOG BUSYRA TAKIYUDIN

Thursday, March 02, 2017

Hai..


seperti yang dijanjikan, aku memang berhasrat nak bagi hadiah pada top komentator di blog ni.. hadiahnya adalah Huda lipstick yang aku ada story di entri sebelumnya.. hanya 2 blogger saja yang akan dipilih.. macam mana aku kendalikan siapa top komentator di blog ni? aku guna applikasi top widget commentators.. tak da nya aku nak kira satu2.. hehe. hadiah yang aku nak bagi ni tak seberapa dibandingkan dengan kasih dan setia dorang ke blog aku. haha.. tanpa blogger2 macam ni, blog aku akan sunyi sepi.. jadi dengan hadiah ni, boleh lah dibuat kenangan dan di pakai setiap hari.. sepanjang aku ada blog sejak 2010, tak pernah sekali pun aku bagi hadiah top komen pada blogger-blogger.. memang selama ni ada niat nak bagi, cuma belum masanya.. so! siapa blogger tersebut? and taraaaaaaa.. 


tahniah blogger mai dan kak sha.. terima kasih sekali lagi sebab selalu datang melawat dan tinggalkan komen di blog busyra.. nanti bagi nama, alamat dan no phone di facebook atau email busyra ye.. hari isnin or selasa busyra akan pos.. InshaAllah.. okay, ini saja untuk kali ni, dan InshaAllah akan datang akan ada lagi hadiah untuk top komentator di blog busyratakiyudin.com.. dan tak lupa jugak aku pada blogger kak siqah, mek, dan kak lea.. mereka juga top 5 komentator di blog ni.. 

dan pada aku tak sebut nama tu, bukan bermakna korang tak selalu komen di blog aku ye, sebab terlalu ramai blogger yang komen di blog ni, kalau boleh semua aku nak sebut tapi nanti panjang pulak entri kali ni. hehe.. apa pun, terima kasih sangat pada semua <3

Read More